November 30, 2010

Lots of love

Bismillahhirahmanirrahim.......

Setinggi puji-pujian itu hanya bagi Allah..Tiada kata yang paling indah mampu diukir atas segala nikmat dan kasih sayangNya kepada diri ini yang senantiasa dibelenggu dosa dan noda....Rahmat dan mahgfirahNya adalah setinggi cita-cita...

Lama sudah bersarang hajat di hati untuk buat blog bersama. Alhamdulillah hajat kesampaian juga akhirnya. Suami yang tercinta, Mohd Latiffi, sudah berkali menyuarakan rasa hati untuk buat blog bersama. Katanya, moga apa yang di tulis boleh menjadi tatapan dan mendatangkan manfaat terutamanya kepada keluarga kita serta sanak saudara jua sahabat handai. Boleh berkongsi pengalaman dengan keluarga yang jauh di tanah air, Malaysia. Mana tahu, suatu hari nanti, blog ini jadi kenangan manis dan dikongsi dengan anak-anak, amiiiiinnn...

Jadi, post pertama ini adalah tulisan dari isteri abang dulu yee...

Rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan Allah dengan suami tersayang. Ramai yang bertanya "dalila, apa perasaan lepas kahwin?"


Jawapan kepada soalan itu ialah, rs sgt bersyukur dan in love......terima kasih kepada suamiku sayang kerana sangat memahami dan bersabar dengan kesibukan jadual harian serta kelemahan diri ini yang banyak sangat. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.
Alam baru yang dibina, sama-sama kita harungi dengan petunjuk dari Allah untuk membimbing kita ke syurgaNya yang kekal abadi..Untuk sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah. Semoga suka dan duka, pahit dan manis bakal ditempuhi bersama dengan redha Ilahi...

akhir kalam...segunung kasih dan selautan sayang untukmu, abang....maafkan segala salah dan silap dila....insyaAllah akan berusaha jadi lebih baik...fighting!!!!

Lots of Love
dila


Pageviews