Tahukah anda bukan Islam sahaja agama yang mengharamkan riba? Yahudi dan Kristian masing2 menceritakan perihal pengharaman riba ini dalam kitab mereka. Ini boleh dirujuk dalam kitab undang2 yahudi iaitu Talmud bab Exodus 22:35-37 dan dalam Bible bab Luke 6:34-35.
Pekerjaan amat sinonim dengan paycheck, iaitu duit gaji. Duit gaji lah yang akan digunakan utk kehidupan sebelum mati menghadap Allah kelak. Duit gaji ini akan digunakan utk savings, pelaburan, kegunaan makan pakai anak isteri dan juga sumbangan utk ibubapa di kampung. Namun, tiada kefahaman dalam financial planning boleh menjerumuskan kita ke arah dosa besar riba.
Sepanjang mengisi masa lapang sambil tunggu postings kerja, aku meluangkan sedikit masa untuk mengenali dunia kewangan. Pengkhususan kepada cara islami, elakkan riba dalam pinjaman (pembiayaan bank), insurans (takaful), dan juga pelaburan. Buku Rancang Wang Dari Sekarang tulisan Pakdi dan Wang, Anda dan Islam tulisan Ustaz Zaharuddin sudah habis dibaca. Dan kini sudah halfway through untuk habiskan buku Millionaires are from a Different Planet tulisan Azizi Ali. Semuanya sangat2 bermanfaat utk aku yang tak pernah ada pendidikan formal financing.
So, entri ni aku nak share apa y aku baca dan juga jadi notes utk rujukan aku masa depan.
Memandangkan ini notes, so aku suka utk buat sesimple mungkin.
Riba ada 2 jenis:
1. Riba ad-duyun (Riba terhasil dari hutang)
- iaitu kadar tambahan y disyaratkan atas pemberian hutang.
- contoh yang terdapat dalam masyarakat hari ini: bank konvensional bagi loan kereta RM40000, dengan kadar interest 4% setahun.
2. Riba al-buyu' (Riba muncul dari jual beli barang ribawi- emas, perak, gandum, tamar,garam)
- iaitu ketidaksamaan pada kuantiti pertukaran atau jual beli barangan ribawi y sama jenis (dikenali sbg riba al-fadhl).
- contoh y terdapat dalam masyarakat hari ni: pergi kedai emas, nak tukar emas lama 6g dengan emas pattern baru 4g.
- atau pertukaran brg ribawi atau jual beli dibuat secara bertangguh (dikenali sbg riba an-nasa').
- contoh dalam masyarakat hari ini: beli emas RM 4000 secara ansuran bulanan.
Sepertimana kata Pakdi, Riba itu dosa yang cantik, namun ianya tetap sangat tak worth it. Maksud hadis. “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad). Jadi, tiada keberkatan rezeki untuk pemakan riba.
Jom kita renungkan apa lagi firman Allah dan hadis Nabi Muhammad yang menunjukkan betapa besarnya dosa pengamal riba ini. Kita kena ingat, individu yang memberi riba dan mengambil riba, dua2 dosa besar.
1. Allah ibaratkan pemakan riba ini mengisytiharkan perang dgn Allah
Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
2. Dosa besar
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Dosa besar seperti berzina dgn ibu bapa sendiri
Erti Hadis: “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Ibn Abbas r.a berkata: Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”
Bagi kita di malaysia ini, sebenarnya terdapat sangat banyak alternatif untuk urusan perbankan y tidak melibatkan riba langsung tak kiralah soal pinjaman perumahan, kereta, insurans (takaful) dan pelaburan. Jadi, sebelum buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan konvesional, eloklah kalau cuba ingat apa amaran2 Allah mengenai riba. Nanti aku update apa bank2 islam kat Malaysia.
No comments:
Post a Comment