December 29, 2011

Dave Ramsey's 7 Steps to Getting Out of Debt

Salam alaikum..

Untuk Thursday Tips hari ni aku nak share klip Youtube ni. Simple, yet can give big impact in one's life. This is Dave Ramsey's 7 Steps to Getting Out of Debt. =)

 




Selamat beramal tips ini. Dave Ramsey's 7 Steps to Getting Out of Debt =)

December 28, 2011

Erti Sedekah bagi Financial Gurus

Salam alaikum..

Entri ni aku tulis last few days. Tapi belum publish. So malas lah nak edit. Jom layan, zasss..

Aku baru balik dari Terengganu semalam, tapi tidur lambat jugak sebab skype dgn wifey utk tlg dia plan apa nak beli shopping boxing day di Manchester nanti.  Pagi ni, catch up baca entries bloggers y aku follow. Pastu dapat idea lepas tengok klip video Dave Ramsey, US financial counsellor y famous dengan buku Total Money Makeover. 




Erti Sedekah bagi Financial Gurus

Aku kagum and a bit surprised selepas baca buku2 western financial gurus y turut menekankan keperluan bersedekah.  Kita tidak hairan jika orang Islam nasihatkan kita untuk bersedekah. Ini disebabkan keyakinan kita y sedekah dapat menyuburkan rezeki. Antara dalil al-Quran y wajib kita percayai ialah al-Baqarah 245 dan 261

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (al-Baqarah: 245)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui." (al-Baqarah: 261)


Robert T Kiyosaki dan Dave Ramsey sudah menjadi financial coaches kepada ramai jutawan di dunia ini. Kalau Robert Kiyosaki, dalam buku Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrants, dia sangat menekankan US citizens utk keluar dari The Rat Race, iaitu kerja kuat utk dapat paychecks dan duit tersebut digunakan utk bayar bills dan loans y akhirnya tinggal sedikit sahaja utk kegunaan sendiri, apatah lagi nak build own wealth. Dan dalam Chapter 8: Getting Started, nasihat ke 10 dari Robert Kiyosaki ialah tentang the necessities of being charitable. Rich Dad ajar beliau "if you want something, you first need to give" dan character Rich Dad dalam buku ni boleh kita teladani. Rich Dad selalu bagi derma kepada badan2 kebajikan dan rumah agama jika dia short of money. Kita pula bagaimana ye?


Dave Ramsey pula menekankan Debt-Free Life. Beliau famous dgn teknik debt snowball y banyak menimbulkan kontroversi. Tapi somehow, aku macam setuju dengan teknik beliau.  Beliau juga menasihatkan benda sama iaitu beri sumbangan kepada non-profit organisations supaya wang y kita ada, terasa lebih bermakna. Mereka orang bukan beragama Islam memandang tinggi sedekah kerana sedekah menyuburkan rezeki mereka. Tetapi, kita orang Islam lagi bertuah. Selain dapat kesenangan dunia, InsyaAllah reward Allah menanti kita di alam sana. Dan itulah y lebih utama buat kita. =)


Aku tertarik dengan tulisan ringkas Pakdi dalam Majalahniaga. Sangat mendalam maknanya.

"Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima. Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali."


Imam as-Sayuthi pula menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:- 

  1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
  2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
  3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
  4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
  5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.



Anda ingin bermula? Aku cadangkan satu website y aku dapati dari Majalah Solusi Isu 34. Iaitu derma kepada pembinaan Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah. InsyaAllah y ni bukan scam. Dan pahalanya insyaAllah lasts for generations, selagi bangunan ini digunakan utk melahirkan tokoh2 agama dan hafiz al-Quran. Then, pahala akan compounding lg dengan ilmu2 y diajar oleh agamawan tersebut. InsyaAllah.. Klik sini utk website tersebut


Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan menikmati syurga Allah di akhirat kelak. =)



December 27, 2011

Kepercayaan Khurafat Bulan Safar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..



Assalamualaikum warahmatullah..


Asal Usul Perkataan Safar

Hari ini sudah hari kedua bulan Safar, mengikut kalendar Islam. Perkataan 'Safar' dipilih untuk menamakan bulan kedua dalam kalendar Islam oleh Saidina Umar Al-Khattab berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kosong atau sifar

Hal ini kerana pada waktu ini, orang-orang Arab, lelaki khususnya akan keluar dari rumah untuk mengadakan urusan perdagangan, kegiatan ekonomi serta mengembara. Malah berlaku juga beberapa peperangan ketika ini. Contohnya perang Al-Abwa (tahun kedua hijrah), perang Bani Qainuqa dan Zi Amin (tahun 3 hijrah) dan perang Khaibar (tahun 4 hijrah). Oleh itu, rumah-rumah kosong dan cuma dipenuhi oleh kaum wanita dan kanak-kanak.



Khurafat Bulan Safar : Masyarakat Arab Jahiliyyah

Kaum Arab jahiliyah mempunyai kepercayaan khurafat dalam bulan ini. Mereka menganggap bulan ini adalah bulan sial dan bala. Kepercayaan khurafat ini telah menyebabkan berlakunya masalah tahyul dan khurafat yang dilakukan oleh mereka dengan harapan kononnya dapat menangkis bala dan sial dalam bulan ini. Malah ada antara amal tahyul mereka ini sampai ke sesetengah golongan masyarakat Melayu kita.


مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.”  (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748)


Oleh kerana percaya bulan ini bulan bala, masyarakat Arab tidak akan melakukan upacara perkahwinan pada bulan Safar dan begitu juga pada bulan Syawal. Ini kerana sekiranya dilakukan pada bulan-bulan ini, akan berlaku bala pada rumah tangga pengantin tersebut. Malah kepercayaan ini masih wujud dalam sesetengah masyarakat Melayu dan khuatir jika dilakukan jua pada bulan Safar, pasangan pengantin tersebut akan sukar untuk mendapat zuriat dan perkahwinan itu tidak akan kekal lama. Amalan dan kepercayaan ini sangatlah merbahya dan boleh merosakkan aqidah kita.


Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 51:

 قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad), sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.



Khurafat Bulan Safar : Masyarakat Melayu

Pernah menjadi amalan masyarakat melayu suatu ketika apabila tiba bulan safar wujudnya upacara Pesta Mandi Safar. Terutamnya mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai atau sungai akan turun beramai untuk mandi Safar untuk menolak bala. Upacara ini selalunya dilalukan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar. Mereka akan berarak  dengan iringan  jampi serapah dan zikir-zikir tertentu. Lalu mereka menulis jampi dan zikir tersebut atas kertas dan memasukkan kedalam bekas mandi lalu mandi dengannya.


Selain itu wujud penulis kitab Al-Futuhat Al-Haqqaniy, yang mengikut sebuah tarekat bawah pimpinan syeikh mereka yang bernama Abdullah Faiz Daghestani, menahan diri daripada keluar rumah pada bulan Safar kecuali atas keperluan mendesak dan menasihati pengikut tarekatnya berbuat demikian juga. Dicatatkan juga dalam kitab tersebut bahawa mengikut Syeikh Abdullah Faiz, pada hari rabu terakhir bulan Safar akan turun 70000 bala atas dunia.Dan pengikut tarekat ini mempunyai amalan-amalan serta bacaan-bacaan khas untuk dibaca dalam bulan Safar.



Kesemua amalan-amalan pelik yang dilakukan ini tidak pernah di ajar oleh Rasullullah dan tidak pernah di amalkan oleh para sahabat. Janganlah kita terpengaruh dengan kepercayaan tahyul dan khurafat. Takutlah kita pada kemurkaan Allah.


 “Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)


Apa yang disuruh oleh Rasulullah adalah untuk memperbanyakkan amalan-amalan sepanjang tahun termasuk juga bulan Safar. Oleh itu, mari kita tingkatkan ibadah dan iman serta ikhlas kita...


Wallahu'alam
Warm wishes
Dalila

December 26, 2011

Boxing Day

Salam alaikum..

Hari ni 26 November 2011, hari Boxing Day di UK!!..Aku asyik duk BBM dengan wifey aku y masih berada di Manchester. Kitorang duk bincang worth it ke tak beli itu dan ini. Biasalah orang perempuan ni, dorang suka tanya pendapat suami walaupun nak makan apa utk tengah hari..Apatah lagi hari ni shopping boxing day. Baguslah, dapat keberkatan di situ. Aku suke isteri aku tanya macam2. Tak tahu lah orang lain macam mana..Hehe..






Apa y istimewa sangat Boxing Day ni?

Boxing Day ni dibuat sehari lepas Christmas. Y aku faham bukan orang bertinju. Tapi disebabkan dorang beli berkotak2 barang murah. So Boxing Day laah! Kalau di Manchester, kedai bukak seawal 6 pagi utk buat jualan murah. Orang datang memang ramai gile. Sebab memang harga murah kadang2 boleh capai 90% off! I miss Manchester..huhu.. cuba bayangkan sale macam tu di Topman, Next, Perfume Shop, CK dan macam2 lah.. Wifey aku cakap dia dah sampai tahap ribu ringgit shopping hari ni. Adoiii.. Takpelah, final year kat sana tahun ni. To be exact, 89 hari je lagi! =)


 
Apa aku beli utk Boxing Day hari ni?

Tahun lepas mmg banyak habis duit shopping sbb final year aku kat sana. Macam2 beli. Untuk tahun ni, aku tak tahu lagi apa y wifey aku belikan utk hubby dia. Aku rasa gift sets perfume lah biasanya murah sangat2. Dan shirts or ties. Tu aku punya wishlist. Hehe.. 

Tapi utk diri sendiri, aku baru beli 4 buah buku baru. Sangat murah sempena Boxing Day hari ni. Buku2 tersebut ialah:


1) The Millionaire Next Door [Paperback] by William D Danko
2) The Total Money Makeover [Hardcover] by Dave Ramsey
3) Who Moved My Cheese [Paperback] by Spencer Johnson
4) Your Money or Your Life [Paperback] by Joe Dominguez


Inilah y aku rindu negara penjajah, England. Buku2 tersebut aku dapat beli dengan harga £18.50 sahaja including postage. Iaitu bersamaan dengan less than RM 90. Apa2pun syukur Alhamdulillah kerana Allah kurniakan masa selama 4 tahun utk aku hidup di sana. Kalau kita bersyukur, Allah tambah lagi kurnia-Nya, InsyaAllah.. 



When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith. (Al-Baqarah: 152)






December 25, 2011

Mana nak cari RM 50,000 atau RM 500,000?

Salam alaikum.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Medical Card Prudential umi aku dah sampai. 2 minggu je Prudential BSN Takaful process Medical Card dan polisi ni. So selepas ini, aku sudah tidak risau (dari segi kewangan) jika umi sakit. Boleh terus pergi Hospital KPJ Pakar Perdana, KB untuk dapat rawatan pakar dan insyaAllah hospital y selesa utk beliau recover.  

Matlamat utama medical card ini ialah utk menyediakan dana berjumlah RM 50,000 setahun dan lifetime limit sebanyak RM 500,000 bagi tujuan bil perubatan dan rawatan umi aku.




Impian aku ialah, jika umi aku sakit, aku mahukan rawatan y terbaik daripada Pakar Perubatan dan keselesaan utk beliau recover. Aku sanggup bayar berapa puluh ribu sekalipun bagi memastikan impian tersebut dicapai. Manalah tahu ini harga y perlu aku bayar sebagai tiket ke syurga. So, aku kena cari jalan. Tetapi disebabkan aku masih early 20s, duit pun tak ada, so aku tak dapat memastikan impian tersebut dicapai jika umi aku sakit dalam masa terdekat ini. Kita tak pernah tahu bagaimana percaturan Allah kepada kita.

Aku belum ada RM 50 000 ni dalam tangan bagi tujuan pembayaran bil rawatan ibu bapa. Satu perkara y aku tahu ialah syarikat Prudential BSN Takaful ada wang tersebut dan ianya syarikat y boleh dipercayai berdasarkan track record di sini, syarikat insurans pertama mencapai RM 1 Billion sales di Malaysia dan pengalaman kawan2. (contoh: schoolmate aku ayah dia kena stroke, dua kali operate, Prudential bayar semuanya).


Memandangkan umur umi dah 50s dan sudah covered utk khairat kematian dan elaun hospital dari insurans lain, so Medical Card Prudential y aku suggest utk umi adalah y paling basic, supaya bayaran bulanannya murah. Matlamat utama ialah mahukan funds sebanyak RM 50, 000 setahun dan RM 0.5 juta sepanjang hidup beliau, jika sakit y perlu warded ke hospital.


Secara ringkas, aku nak share sedikit apa benefits y umi aku dapat:


Manfaat Pertama: Medical card 
1) Cover bil perubatan sehingga RM 500, 000 utk sepanjang hidup umi utk semua jenis penyakit.
2) Yearly limit utk pelan y umi amik ini ialah RM 50,000 utk semua jenis penyakit jika warded.
3) Coverage bil rawatan sebanyak RM 2000 per accident jika accident kecil y tidak perlu warded (contohnya jatuh di bilik air or terkena minyak panas).
4) Kalau tak sakit sepanjang tahun, dapat Non-Claim bonus RM100. 

Manfaat Kedua: Perlindungan
1) Jika umi meninggal sebelum umur 80, anak2 dapat RM 10,000 (sedikit sahaja sebab umi dah covered dgn amount lain oleh insurans lain)
2) Jika umi meninggal accident RM 20 000.


Manfaat Ketiga: Savings
1) Projected earnings by umur 70 ialah minimum RM 10,000 (kalau return on investment hanya 2%). Jadi, takdelah burnt semua duit y dibayar tiap2 bulan.


Jadi, mendapatkan perkhidmatan Medical Card Prudential BSN Takaful menjadi salah satu cara utk mewujudkan funds sebanyak RM 50 000 utk kegunaan bil rawatan umi. Aku juga memilih cara ini utk kegunaan sendiri, isteri dan anak2 nanti supaya aku rasa lebih terjamin. Y penting, kita berusaha mengawal risiko. Dan beli takaful tanpa RIBA =)

Baca sini utk mendapatkan benefits y sama.





December 23, 2011

Fadhilat Surah Al-Kahfi

Bismillahhiramanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah...



Muharam sudah tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirai keberkatannya. Berlalu sudah sebulan tanpa kita sedari. Bersempena dengan hari yang mulia,saiyyidul aiyam, hari jumaat yang penuh barakah, ayuh kita sama-sama muhasabah kembali banyak dan berkualitikah amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini di pandangan mata Allah yang Maha Agung.

Atau kita banyak terperangkap dengan kesibukan duniawi. Dunia, adalah tempat untuk mencari bekalan. Untuk bercucuk tanam agar hasilnya dapat dinikmati di dunia sana kelak. Maka, lakukanlah setiap kerja anda seharian dengan niat untuk mencari redha Ilahi. Semoga pekerjaan itu mendapat keberkatan.

Mari kita jadikan hari Jumaat ini sebagai hari kita membersihkan kembali minggu kita ini dengan amalan-amalan yang mulia.

  
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

 Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)


Antara amalan saranan pada hari jumaat ialah membaca surah Al-kahfi. Oleh itu, ingin berkongsi fadhilat-fadhilat Surah Al-kahfi berdasarkan hadis. 


1. Dari  Abu Sa'id Al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda :

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Ertinya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq. Diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Alban.




2. Manakala dari  Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:


 مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ



Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.



3. Selain itu, aku masih ingat lagi, Ustazah Fauziah Sani, ustazah pengajianku dan mama, di Perlis asyik menekankan muslimat pengajiannya menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah Al-Kahfi. Tercatat dalam hadis bahawa sesiapa yang menghafal 10 ayat dari surah Al-Kahfi nescaya akan terselamat dari fitnah dajjal ketika menjelang ajalnya.


Oleh itu, mari kita jadikan surah ini amalan kita. Kalau ada dikalangan kita sibuk, dan tidak sempat baca, download bacaan Surah Al-Kahfi bacaan imam-imam yang terkemuka seperti Syeikh Sudais(sebab saya suka  bacaan Syeikh Sudais), aatau Imam-imam Masjidil Haram yang lain, atau ustaz-ustaz Malaysia pun ada. Download dalam Mp3. On the way untuk pergi ke kelas atau ke tempat kerja, boleh pasang dan dengar.


Wallahhu 'alam

Warm wishes
Dalila





December 22, 2011

Keputusan PMR 2011 - SMSTMFP

Salam alaikum..

Baru mendapat berita tentang keputusan PMR 2011 bekas sekolahku. Tahniah diucapkan pada guru2 y mengajar dan juga pelajar2 y berusaha keras utk kejayaan masing2. All of you deserved this! =)
128 daripada 144 orang pelajar mendapat semua A dalam PMR 2011.


Berikut merupakan pecahan terperinci keputusan pmr 2011


MATA PELAJARAN
JUMLAH CALON
GRED A
GRED B
GPMP /GPS
BAHASA MELAYU
144
144
0
1.00
BAHASA INGGERIS
144
130
14
1.10
MATEMATIK
144
144
0
1.00
SAINS
144
144
0
1.00
SEJARAH
144
144
0
1.00
GEOGRAFI
144
144
0
1.00
PENDIDIKAN ISLAM
143
141
2
1.01
KEMAHIRAN HIDUP
144
144
0
1.00
GPS



1.01
BIL SEMUA ‘A’
128

PERATUS SEMUA ‘A’
88.89%

Matching a tie to your shirt


Salam wrt.. I've read a couple of websites regarding how to match a tie to dress shirt. So, i think it is a good idea to share my 'take-home messages' form those websites.

1. The rule of thumb is, the colour of your tie should always be darker than your shirt.

2. Tie and shirt should have at least has one colour in common.

3. White shirt can go well with any tie. In fact, if you want to show off the tie, put it on a white shirt.

4. Stripe on stripe is okay but watch the scale of patterns. A wide stripe tie is the match for narrow stripe shirt.

5. Same colour shirt and tie is still a valuable options eventhough it has been done for decades.

6. But, if you dont want to match the same colour, you can use coordinates colour. Here you go:
- blue shirt can be matched with yellow, red and gold ties.
- tan shirt can be matched with brown ties.
- pink shirt is a match to navy blue or burgundy ties.

It wasnt that hard afterall, but these tips can avoid mismatch and more importantly can actually raise your confidence. Have a try, and pass it around! =)

NB: A necktie with a short sleeve shirt is a big no-no.


December 17, 2011

Sudara Beach Resort

Salam alaikum.

Minggu lepas aku dan family pergi berehat sehari semalam di Sudara Beach Resort y terletak di Pantai Melawi, Bachok Kelantan. Kitorang pergi hari Selasa, kiranya weekdays lah. Sebab umi aku sakit kaki. So, alang2 umi dapat mc dua hari sebab sakit kaki, aku fikir elok biar umi dapat rehat betul2. Kalau duk kat rumah, mesti banyak buat kerja jugak. Biasa lah orang perempuan, ada je kerja rumah nak dibuat. Aku tengok wife aku pun sama.. Maybe genetics dorg kot. Takpun sebab kaum lelaki ni suka sepah. hehe.. =)

Weekdays bilik selalunya tak penuh. Korang boleh pilih nak garden view, pool view ataupun sea view. Kitorang hari tu takut sebab musim tengkujuh, so pilih y paling jauh dari pantai, which is pool view.
 

pool view

Sudara Beach Resort ni rate dia murah kot. Kalau weekdays RM88, weekend RM120. Basic facilities ada lah macam tempat makan, swimming pool, tempat main volleyball. Bilik pun airconditioned, ade hot water, towels, kettle dan basic utensils. Yang best kat sini ialah mandi pantai kurang bahaya sebab pantai melawi ni landai je.

pantai melawi


dining hall


ni number phone utk booking. 0123190009. adioss =)






December 15, 2011

Bagaimana Menjaga Non-stick Frying Pan

Assalamualaikum warahmatullah.....

Thank you hubby, buat Thursday tips..rasa nak sangat share lots of thing..(since I talk a lot..I love to write a lot too..Sorry abg :) trpakse dgr me ckp byk).. Kerana constraint masa nak dekat exam ni, tak dapat nak buat homework utk share bahan yang bermutu..

Therefore, nk kongsi satu tip yg simple yang saya amal buat kaum muslimat yang membaca entry ini..dan juga mungkin kaum Adam yang rajin dan pandai memasak...Tip bagaimana nak menjaga non-stick frying pan anda yang mahal2 tu..

I love non-stick pan.sebab kite tak payah guna banyak minyak or tak gune minyak pun utk memasak.so, it is healthy..n periuk pun tak payah kene tonyoh teruk sebab tak melekat dgn bahan masakan anda..sbb itu lah die dinamakan non-stick frying pan.So, ini adalah simple rule to care for your non-stick pan


Tips Untuk Menjaga Non-Stick Frying Pan


1-Please girls, never ever use metal utensils with your non-stick pan.Jangan guna senduk besi sbb you can scratch out the non-stick coating. Instead, guna senduk plastik, kayu, getah dan sebagainya.


2. Jangan guna api yang terlampau kuat with the pan.sebab selalunya, the heat will distribute evenly,warm and fast enough..so no need nak bukak api besar.


3.Jangan cuci pan dgn air waktu masih panas2..Let it cool dulu..sebab could permanently damage the coating.


4.Do not clean the pan abrasively. Bila cuci frying pan tu, jangan guna span yang kasar or besi..guna span yang soft or guna tangan je.


5. Lps cuci simpan frying pan dalam keadaan yang selamat tanpa ada tindihan dgn barang2 dapur lain yang boleh rosakkan coating. Some company suggest utk gantung frying pan..if dapur anda xde tempat gantung periuk, letak dalam kabinet and cover dgn soft cloth or dish towel.


So, no matter berapa harga pun non-stick frying pan anda, dari jenama tefal, teflon atau cap biasa saja..yang penting, ialah to know how utk jaga the pan wisely..That's all from me..
Selamat mencuba.InsyaAllah semoga dapat berkat dalam mengurus rumah tangga anda..

Please pray for my final exam..:)

warm wishes,
Dalila





December 13, 2011

Usaha kecil, Ganjaran besar.

Salam alaikum.

Entri pendek utk kita sama2 amalkan. Effort y dikeluarkan sgt minimum. Siapa tahu amalan sekecil ini y membantu kita masuk syurga. InsyaAllah.



Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "2 kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah SubhanAllahi wa bihamdih, dan SubhanAllahil-`Azim". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung


Terdapat satu doa agar dipermudahkan hisab, klik sini utk ke laman facebook Ustaz Zahazan.

December 12, 2011

Harga Rumah Berpatutan

Salam alaikum =)

Agak2, berapa harga rumah berpatutan utk kita? Ok, kali ni nak share mcm mana calculation y dibuat oleh experts utk tahu berapa harga rumah y sesuai dimiliki oleh seseorang. Pengiraan harga rumah y berpatutan ini hanyalah sebagai guide bagi memastikan anda tidak overspent ataupun terlalu live below your means. hehe =)


Rumah berpatutan utk kita = ukur baju di badan sendiri.


Aku suke design rumah English mcm ni.


Cara pengiraan ialah: (Pendapatan bulanan suami dan isteri) X 12 bulan X 4


Contoh: Suami isteri kerja sebagai guru lepasan universiti. Pendapatan mereka pada awal perkhidmatan ialah RM 2500 seorang. Jadi, kita imagine dengan peningkatan sebanyak RM150 setahun. So pada tahun ke 5, dorg mahu bina atau beli rumah utk own stay. Gaji pada tahun ke-5 utk setiap seorang ialah RM 3250.


Rumah mampu milik mereka = (Pendapatan bulanan suami dan isteri) X 12 bulan X 4
                                                                   = (RM 3250 + RM3250) X 12 bulan X 4
                                                                   = RM 312000


Maka terhasillah harga rumah berpatutan dan mampu milik buat mereka. =) Saya suggest mereka follow tips ni. Jangan beli rumah y melebihi kemampuan anda. Sepertimana kata Robert Kiyosaki, rumah for own stay adalah bukan asset. Kenapa? Sebab asset ialah perkara y bawak pengaliran wang masuk ke akaun kita. Tetapi rumah duduk sendiri sentiasa membawa kepada pengaliran wang keluar. Jika rumah besar, duit keluar pun besar. Carilah harga rumah berpatutan utk anda. Ada wang lebih lg, guna utk purchase next property, buat investment utk rental returns or capital appreciation.

Saya tertarik apabila borak dgn seorang pakcik cina ni. Dia beli 2,3 rumah sebagai tabung pendidikan utk anak2 dia nanti. Sambil nikmati monthly rental returns, dia jugak dapat tunggu harga rumah naik. Menarik, kerana future market value rumah selalunya akan naik dan y penting, kalis inflasi. Lupa pula nak tanya kalau property bubble berlaku macam mana?   

Bagi pasangan guru di atas, mereka perlu fork out RM 1674.88 setiap bulan. Pengiraan ini mengambil kira tempoh loan selama 30 tahun, profit rate (interest rate) 5%, buat zero downpayment dan not including MRTA. 
Home loan calculator boleh didapati disini.
RM 1674.88 ini ialah 26% dari household income. Jadi, hanya ada very small room utk bank luluskan next loan sekiranya mereka mahu buat loan kereta, finance next property mahupun personal loan.


P/S: Boleh dapat ke rumah teres 2 tingkat di hot area Klang Valley dengan harga macam ni nowadays?? Simple answer, no chance! Apatah lagi semi D dan bungalow. Usaha, usaha, usaha.. =)

Pastikan anda tidak lakukan kesilapan2 seperti berikut. Klik sini
Klik sini utk satu article menarik. Have fun reading.

Pls feel free to add comments below klu ada y nak tambah. Kadang2 apa y anda tahu, orang lain tak tahu. Jadi, kita sama2 share utk 'panjangkan umur' kita melalui amal jariah ilmu bermanfaat. InsyaAllah..

Berapa harga rumah berpatutan utk anda dan keluarga? =)







December 11, 2011

Thursday Tips

Salam alaikum.. =)

Aku terfikir macam mana nk bagi wifey menulis atau buat sharing kat blog ini di kala beliau sibuk utk final exams ni. Jadi, aku plan nk wujudkan satu section dalam blog ini y mempunyai ciri2 berikut:

  1. Pengisian y ringkas dan padat
  2. Boleh ditulis pada setiap minggu secara konsisten
  3. Consume less time to write
  4. Dapat dibaca dgn cepat
  5. Informative


Mula2 terfikir utk buat Wordless Wednesday. So post gambar2 menarik y aku jumpa, dan post every Wednesday. Tetapi Wordless Wednesday tidak memenuhi ciri2 di atas. Menarik jugak kalau buat Wordless Wednesday pada masa hadapan. We'll see.. 

So camne eyh nak buat section y memenuhi 5 kriteria di atas??

Tadaaa..Terhasillah section baru bernama  "Thursday Tips". InsyaAllah hari Khamis ini akan muncul the first entry. =)





December 08, 2011

Kesilapan dalam merancang kewangan peribadi

Salam alaikum

Entri ini nak share mengenai kesilapan dalam merancang kewangan peribadi melalui penelitian dan pembacaan saya. Mungkin ini betul dan mungkin juga salah.

Anda mesti pernah melihat situasi ini ataupun sendiri mengalaminya. 2 orang rakan sekerja y mempunyai pendapatan isi rumah y sama, tetapi by umur early 40s, kita dapat lihat perbezaan pemilikan assets dan kestabilan kewangan. Penyebab utamanya ialah silap merancang kewangan ketika baru memasuki alam pekerjaan.


Kesilapan dalam merancang kewangan peribadi:-




1. Beli kereta y tidak sepatutnya

Kini seolah2 trendnya ialah kawan2 baru kerja beli kereta loan 9 tahun, dengan bayaran 1/3 gaji (maximum y bank benarkan). Contoh: kerja sebagai pegawai dgn gaji RM 3600. Beli kereta Honda Civic dgn bayaran bulanan sebanyak RM1200 sebulan. Ingat, kereta ialah liability y harganya berkurang sebanyak 25% right after anda bawak keluar dari kedai. Dan tiap2 tahun depreciate lagi sebanyak 10% setiap tahun! Let alone tolls, fuels and maintenance!

Selain itu, jika ini berlaku kpd anda, anda akan bermasalah utk memiliki asset pada usia muda. Ini kerana kebiasaannya, bank punye loan calculation ialah bergantung kepada commitment bulanan anda (dikenali sebagai debt service ratio - DSR). DSR ini mestilah kurang daripada 1/3 gaji utk lulus next loan (ada bank y lebih lenient). Jadi, anda perlu menunggu next 9 years utk apply loan baru contohnya loan rumah. Sebab itu saya letakkan perkara ini pertama dalam list kesilapan dalam merancang kewangan peribadi.

Tetapi ini mungkin tidak relevant utk pekerja y memerlukan selalu jumpa clients. Sebab kereta mahal menunjukkan credibility dan professionalism serta boost kita punye confidence.



2. Tiada Reserves Fund

Reserves Fund ini digunakan utk hal2 kecemasan seperti kereta tiba2 rosak, siling atau bilik air leaking, laptop kene beli baru dan sebagainya. Reserves Fund ini bertindak sebagai cover utk risiko2 y kita tak boleh pindahkan kepada institusi lain (berbeza dgn bil perubatan sbb takaful boleh cover). Pakdi dlm bukunya Rancang Wang Dari Sekarang menyarankan kita menyimpan sehingga 84 bulan perbelanjaan. Namun, saya lebih setuju utk menyimpan sebanyak 3 kali nisab zakat, bersamaan dengan lebih kurang RM 32000 jika anda berada di Selangor kerana kadar nisab selangor 2011 ialah RM10650 (nisab zakat semasa check sini).

Azizi Ali, Robert Kiyosaki dan ramai western financial experts y lain menyarankan 6 bulan perbelanjaan isi rumah. Ini terpulang kepada anda. Y penting, ada Reserves Fund. Tiada reserve fund menyebabkan anda menggunakan kad kredit y sangat mahal interestnya iaitu lebih 17.5% setahun (untuk perbandingan, Tabung Haji memberi dividens hanya 5 % utk simpanan anda). Kad kredit ni banyak memberi keburukan berbanding kebaikan (ada cerita di point ke-5). Jadi, kad kredit = kesilapan dalam merancang kewangan y kedua.




3. Tiada strategi utk bayar loan rumah

Kebanyakan dari kita beli rumah, buat loan 20-30 tahun. Lepas tu, ramai org y pasrah membayar tiap2 bulan sehinggalah habis 30 tahun tersebut. Sebenarnya most of bayaran utk the first few years hanyalah untuk bayar interest, bukannya principal (jumlah pinjaman sebenar anda). Jadi, kene pastikan loan y kita buat benarkan kita bayar lebih dari amount bulanan y ditetapkan oleh bank. Supaya kita dapat cepat kurangkan nilai principal, seterusnya mengurangkan interest dikenakan dlm jangka panjang. 

Contoh utk mudahkan calculation (amik interest 10% walaupun rate semasa ialah about 5%): 
  • Rumah dibeli dgn loan RM100k (principal). Interest 10% utk 20 tahun. Jumlah sebenar bayaran ialah RM230k (principal + interest). Jadi, interest ialah RM130k! 
  • Monthly commitment selama 20 tahun = RM 965
  • RM 965 tadi sebenarnya bayar interest sahaja pada tahun2 pertama. Utk pastikan kita allocate sikit duit utk bayar principal, kita sepatutnya membayar lebih sedikit dari RM965 ni. Contoh, klu kita bayar extra RM135, kita boleh selesaikan loan tersebut hanya dalam masa 14 tahun!! Jimat 6 tahun beb. Cuba darab RM 965 X 6 X 12. Itulah nilai anda jimat. Jadi, kita cuba elak kesilapan dalam merancang kewangan peribadi ini.


4. Tiada takaful atau salah membeli produk takaful. Juga terlebih insurans (over-insured!)


"Insurance is a fabulous financial tool and a great armour for defense. It is beneficial only when used correctly. No other financial product is as misunderstood as insurance."  (Azizi Ali)


Keluarga saya sendiri salah beli produk insurans dan juga tergolong dalam golongan y dimanipulasi (baca: ditipu) agent insurans. Bayangkan abah saya membeli 9 produk insurans!! Yes, Sembilan! Lagi menyedihkan semuanya produk riba insurans konvensional dan tiada medical card pun! Kini, saya berjaya kurangkan kepada hanya 4 insurans untuk keluarga saya dan mendapat balik wang sebanyak RM 36000.  Rugi tu memang lah rugi. Sebab dah lama bayar. Tapi, kami bincang fikirkan setiap bulan masih lagi kene bayar. Dan confirm2 pulak tu haram disebabkan riba. So, itulah keputusan y kami fikir bagi less damage for us, InsyaAllah.


Secara ringkasnya, ini sebab kenapa kita beli perlindungan takaful:
  • Medical Card - supaya kita dapat pindahkan risiko membayar puluhan mahupun ratusan ribu bil perubatan kita kepada pihak ketiga iaitu dana tabarru' takaful. Kita mahu insurans y terus bayar bil rawatan kita secara online. Bukannya pay n claim. Perbandingan medical card vs simpanan tabung haji.
  • Perlindungan - ini sekiranya kita mati atau hilang upaya, berapa jumlah wang y kita tinggalkan untuk keluarga utk permulaan hidup baru ataupun menyelesaikan hutang kita? Tahukah anda loan rumah y beratus ribu itu pun dapat diselesaikan dgn insurans y digelar MRTA atau MLTA? (insyaAllah entri akan datang)
  • Simpanan - di luar sana, ada insurans y menyebabkan duit kita hangus jika tiada tuntutan. Jadi, tanya ejen, di mana caruman kita pergi, berapa percentage utk savings dan berapa projected earnings . Lagi bagus, tanya mcm mana sistem nk tengok berapa savings anda sekarang. 

Yang saya tahu, hanya beberapa pengendali takaful sahaja y memberi pelan 3 in 1 ini. Dan masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Beli insurans ni adalah teknik pengurusan risiko kita. Jadi, kita sendiri y perlu tentukan takaful mana y nak dibeli, bukannya terpengaruh dgn kawan2. Semua y keluar paper mintak bantuan utk tujuan rawatan tu tidak pernah tahu y suatu hari nanti, mereka perlukan insurans. Yg lebih penting, medical card! Jadi, kita jadikan teladan, jangan buat kesilapan dalam merancang kewangan sendiri sebegini. 

Sini saya nak share berdasarkan software SQS 1.8.6 Prudential. Beli umur 25, harga RM150. Dan y penting kekal macam tu sampailah kita tua. Kalau beli selepas umur 45, utk dapat coverage sama, anda perlukan at least RM270 sebulan. Klu anda pernah warded, mungkin sudah tidak layak memohon. Klik sini




5. Pilih perbankan konvensional

Apa-apapun dalam mslh kewangan, kita mahukan keberkatan rezeki. Duit dan harta sepatutnya menjadi jalan sehala utk ke syurga. Cuba check di mana anda simpan, labur, atau pinjam wang. Jika di institusi konvensional, cepat2 buat u-turn. Ingat, pengamal riba seolah-olah mengisytiharkan perang dgn Allah dan Rasul (Al-baqarah: 278).

Selain takutkan azab Allah dan tak mahu kekal dalam neraka disebabkan riba, kita tahu bank konvensional itu menindas. Kredit kad konvensional menindas kerana interestnya y tinggi. Dan jika terlambat bayar lagi, interest tadi ditambah dgn hutang sedia ada, akan kemudiannya dikenakan interest lain lagi sekali. Ianya bersifat compounding. Sama jugak dengan loan rumah konvensional. Kalau y guna interest rate flexi berdasarkan Base Lending Rate (BLR -/+), nilai interest ini tiada ceiling ataupun cap. Tahun 1997, BLR 13% kot. Maha tinggi, sebab tu banyak rumah kene lelong. Klu guna perbankan islam utk finance loan, Base Financing Rate (BFR) ada cap. Jadi, boleh reduce the damage la masa ekonomi down. Walaupun diakui perbankan islam masih belum perfect, namun saya rasa masa inilah kita boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi islam dengan cara beri support ke arah jalan y baik. Semoga Allah terima amalan kita ini dan menambahkan keberkatan rezeki. :-)


P/S: Ini pendapat peribadi saya. Yang kurang tepat, mintak tolong betulkan di ruang komen kat bawah. Sama2 belajar, sama2 remind each other. :-)







December 06, 2011

Coretan rindu buat kekasih

Salam sayang. 

Happy birthday syg! Semalam dah nyanyi kat syg. Sedap ke tak, pasrah jela k. hehe..


Hari ni 6 Disember 2011, sudah 24 tahun syg berkelana di bumi Allah. Ini hari jadi kedua syg bergelar isteri abg. Walaupun berjauhan buat seketika, kita yakin ini ialah percaturan Allah y terbaik utk kita dan ganjarannya sedia menanti org y sabar. :-) 


24/7 2010: In love


Abg nak ucapkan terima kasih dan tahniah kerana menjadi isteri y baik dan taat. Abg selalu doakan syg dikurniakan syurga oleh Allah, diberi syafaat oleh Rasulullah dan mendapat keberkatan serta kesenangan hidup di dunia. Abg panjatkan syukur dikurniakan isteri y solehah.


Tinggal sebulan lebih lagi utk syg final exam. Follow jadual y syg dah buat tu. Nanti, join study circle ngan Teh dan Madihah, dan buat soalan2 mcm kita sama2 revise utk exam masa stay kat Whiteoak Court dulu. Abg ingat lagi kita pakai baju n jaket 4-5 lapis, socks tebal2, duvet lagi, sebab rumah Whiteoak Court tu groundfloor dan ada masalah insulation. Bila bills electric dan gas melambung 2,3 kali ganda, abg catu penggunaan heater dan blower. Kesian syg sebab time tu study leave utk exam. Duk dalam rumah pun cakap keluar asap! Huhu..Buat revision sama2 sambil mengigil2. Tapi syukur Alhamdulillah. Allah uji, kita sabar dan berdoa, kemudian Allah reward balik dengan result exams kita jadi lagi baik dari exams kita y lepas2. FYP abg pun cemerlang.


Hari ini tinggal 109 hari lagi utk kita disatukan semula. Abg yakin ujian sebegini menjadikan kita pasangan y lebih menyayangi dan memahami. Allah sahaja tahu betapa susahnya nak accommodate perbezaan masa 8 jam ni. Jam 1 pagi Malaysia, syg baru balik rumah dari hospital jam 5 ptg kat sana. Skype or webcam kejap, lepas tu abg tido. Abg bangun pagi, syg pulak nak tido. Kadang2 sempat skype kejap je.
InsyaAllah ada ganjaran dari Allah nanti. :-)


Ok syg, selamat hari lahir sekali lg. Nanti balik Malaysia, tuntut hadiah okay! Anything for you, sayang :-)


With Love,
Abang.


Pageviews