Showing posts with label Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Kerohanian. Show all posts

February 26, 2012

Mendidik Anak2 Mengikut Umur


Assalamualaikum


Entri ringkas ini bertujuan utk berkongsi dengan isteri tercinta tentang gist atau the essences of today's friday sermon. Tajuknya ialah cara2 mendidik anak2 mengikut umur atau tahap kecerdikan mereka. Perkara ni boleh juga aplikasi kepada adik2 y kecil.


Nasihat Saidina Ali dalam perihal mendidik anak2 ialah, "Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu." 


Mendidik Anak2 Mengikut Umur


1) Umur anak sehari sehingga 7 tahun

- Ibubapa perlu mendidik mereka dengan cara bermesra, bermain dan bergurau dengan mereka. Maksudnya disini pelajaran diberi secara santai dan menghiburkan.

2) Umur anak 7 tahun sehingga akil baligh (biasanya 14 tahun)

- Perlunya menerapkan unsur2 ketegasan kerana pada umur sebegini ibubapa disarankan untuk mendisiplinkan anak2. Didik "life lessons" seperti cara beribadat dengan betul, sopan santun dan adab2 kehidupan, cara2 berinteraksi dengan orang, menghormati hak orang lain dan sebagainya.
- Ini juga bersesuaian dengan saranan merotan anak2 y tidak solat selepas umur 10 tahun sebagai cara mendisiplinkan mereka.

3) Umur anak 14 tahun sehingga 21 tahun

- Jiwa remaja ni, selalunya memberontak. Tak suka disuruh2. (teringat balik perangai semasa form 5 di asrama dulu. Waktu tu, kita rasa kita sudah matured dan rasa semua warden mengongkong kebebasan pelajar. hehe)
- Cara approach anak2 umur sebegini ialah sepertimana kita berkawan. Anak2 dididik seperti teman y ibubapa hormati. Ibubapa disaran menjadi a good listener, selalu bertanyakan pandangan mereka dalam hal2 kehidupan. Dengan cara ini, ibubapa dapat memberi didikan secara tidak langsung iaitu dengan memberi pandangan ibubapa selepas mendengar pendapat mereka dalam sesuatu isu. Bukannya arah dan perintah mengikut acuan ibubapa.
- Ibubapa juga perlu mengambil tahu siapa kawan2 anak2 remaja. Ajak mereka bertandang ke rumah. Kenali mereka. Nak kenal macam mana perangai anak, tengok perangai siapa mereka berkawan.

4) Selepas umur 21 tahun

- Ibubapa perlu memberi kebebasan kepada anak2 utk memilih cara hidup mereka. Jika 3 steps sebelum ni diikuti dengan betul, insyaAllah anak2 akan menjadi insan y baik.
- Ibubapa masih perlu memberi nasihat dan pandangan kepada mereka mengikut situasi2 y berlaku.

Semoga bermanfaat. :)



P/S: Semalam share dengan isteri tentang debat sunni vs shiah di Malaysia y diadakan di Perak. Boleh cari videonya di youtube. Duration video tu agak panjang, jadi wifey tak berkesempatan lagi nak tengok. Pastu fikir2 balik, sepatutnya tulis di blog tentang video tu, so dapatlah share dengan ramai orang. Tu yang keluar idea aku tulis blog tentang khutbah hari ni :)

January 08, 2012

Anda tahu apa asset y tak ternilai di dunia?

Salam alaikum. 

Macam2 kita belajar tentang selok belok dunia untuk capai financial freedom. Hari ni, sy nak share satu klip video y insyaAllah boleh menjadikan bukan sahaja anda kaya, malah kedua ibubapa, anak2, serta keturunan anda. Selagi mana anda dapat fahami apa maksud y ingin disampaikan dari klip video ini.


Peringatan! Jangan tengok video ini semasa anda sedang melayan anak2, atau sedang berborak dengan isteri mahupun kawan2. Video ini lagi berkesan ditonton dalam keadaan sunyi dan berseorangan. 




Ready? Shhhh.. Light off please. 





Muhasabah.
Muhasabah.
Muhasabah.


January 05, 2012

Cara Ringkas Solat Jenazah

Assalamualaikum..

Khamis datang lagi. Jadi, masa untuk Thursday Tips. Hari ni saya nak share tentang Cara Ringkas Solat Jenazah. Kepada y sudah tahu, anggaplah tips ini sebagai ulangkaji. Y sudah lupa, jom kita ingatkan kembali amalan fardhu kifayah ini. Supaya suatu hari nanti kita dapat memberi "khidmat terakhir" kepada kenalan kita y meninggal dunia. 

Boleh copy paste ke blog atau facebook anda. Supaya kenalan anda pun melakukan perkara sama apabila kita meninggal dunia. "What goes around, comes around."




Cara Ringkas Solat Jenazah

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
  • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
  • Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
  • Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
  • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
  • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
  • Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
  • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia
  • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
  • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
  • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan
  • Selesailah Cara Ringkas Solat Jenazah


Cara Ringkas Solat Jenazah ini diolah dari Klik sini.
Panduan Lengkap Klik sini.




January 01, 2012

Kupasan Tafsir Surah Al-Fatihah Ayat 1

Bismillahhirrahmanirrahim...
Asslamualaikum..

Selamat tahun baru semua. Melangkah kita ke tahun baru 2012. Bertambah sudah usia kita. Maka makin dekat jualah ke pengakhiran kembara ke destinasi yang dituju di negara sana. Moga carian di dunia tidak pernah sia-sia dan diberkati Ilahi.

Ingin berkongsi homework yang pernah dibuat untuk usrah dengan adik-adik di Manchester tentang tafsir surah Al-Fatihah. It is going to be a long beneficial entry InsyaAllah for those who want to learn. Dan semoga dengan mengetahui tafsiran surah Al-Fatihah ini dapat menyempurnakan lagi solat-solat kita tiap hari.


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Ertinya: Katakanlah Wahai Muhammad, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(Az-zumar ayat 9)

Oleh kerana akan menjadi panjang ulasan tentang surah ini, Insya Allah akan saya pecahkan kepada beberapa entry. Oleh itu, entry pertama ini akan menyentuh perkara-perkara berikut:

1-Latar belakang surah Al-Fatihah
2-Kupasan Ayat 1
3-Antara Jahar (kuat) dan siir (perlahan)
4-Kesimpulan

Nota kaki: Discussion below is based on Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Azhar serta ulasan peribadi.


Latar belakang surah Al-Fatihah


Surah ini dinamakan Fatihatul kitab (pembuka kitab) sesuai dengan maksud Fatihah sendiri iaitu pembukaan. Permulaan kitab suci Al-furqan ini di dahului dengan lembaran pertama iaitu surah Al-Fatihah. Surah ini juga terkenal dengan nama As-sab'ul Matsaani yang bermaksud 'tujuh yang diulang-ulang' (rujuk surah Al-Hijr ayat 87). Ini kerana surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat,  sentiasa kita ulangi membacanya di dalam solat-solat fardhu malah solat sunat jua setap hari. ( Tafsir Ibn kathir dan Tafsir Azhar). Malah tidak sah solat seseorang itu seandainya tidak membaca surah Al-Fatihah. 


Tentang di mana surah ini diturunkan, terdapat beberapa pendapat. Namun pendapat yang paling kuat ialah di Mekah ( Kitab Asbabun-Nuzul tulisan Al-Wahidi). Dalam satu riwayat yang telah dilakarkan dalam beberapa kitab seperti Al-Mushannaf (Abu Syaibah) dan Dalailun-Nubuwwah (Abu Nu'aim dan Al-Baihaqi), setelah Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama iaitu surah Al-'Alaq ayat 1-5, nabi pulang ke rumah dengan gementar. Lalu ditenangkan oleh Saidatina Khadijah dan Nabi menyelimuti diri baginda yang masih gementar. Kemudian turun pula wahyu pangkal ayat dari surah Al-muddatssir dan Al-Muzammil. Kemudian Khadijah membawa Rasulullah menemui pendita yang merupakan saudara Khadijah yang bernama Waraqah Bin Naufal. 


Maka baginda menceritakan kpd Waraqah, bahawa ketika sedang memencilkan diri, tiba-tiba aku terdengar suara dari belakang yang memanggil, "Ya Muhammad! Ya Muhammad! Ya Muhammad!" Mendengar suara itu, aku pun melarikan diri. 

Seterusnya Waraqah berkata, "Jangan engkau berbuat begitu; tetapi jika engkau dengar suara itu , tetap tenanglah engkau, sehingga dapat engkau dengar apa lanjutan perkataannya itu." 

Selanjutnya, Nabi pun bersabda, "Maka datanglah lagi suara itu dan berkata Ya Muhammad, katakanlah: Bisillahirrahnirrahim. Alhamdulillahhirabbil alamin..." hingga ke akhir ayat surah Al-Fatihah. 


Menurut hadis di atas dapat kita lihat bahawa surah Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap seluruh surah. Ianya diturunkan selepas diturunkan 5 ayat pertama dari surah Al-'alaq, pangkal surah Al-Muddatssir dan Al-Muzammil. Allah menurunkan surah ini dengan kandungan yang sangat padat dan tepat. Kandungannya ibarat sinopsis/abstrak yang sangat tepat kepada seluruh isi Al-quran. 



Kupasan Ayat 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang


Setiap permulaan pekerjaan aktiviti kita perlu dan moleklah kita mulakan dengan kalimah suci ini. Dengan menyebut dan memuji nama Allah yang mencipta kewujudan kita. Dan telah melimpahkan kasih dan sayangNya ke seluruh alam. Dan perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini diulang sekali dalam ayat yang ketiga yang akan diulas dengan lebih lanjut dalam entry yang seterusnya.

Apabila menyebut kalimah ini sebelum melakukan pekerjaan perlulah dengan pengharapan untuk menerima keredhaan Allah dan keberkatan atas apa yang dilakukan. Dan perlu juga meletakkan kalimah ini di tempatnya yang adil. Ini bermaksud, mengucapkan kalimah ini bila kita mahu melakukan pekerjaan yang baik. Jangan pula mengucapkan kalimah ini ketika ingin melakukan pekerjaan yang batil seperti maksiat, mencuri dan sebagainya kerana itu adalah zalim apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Nescaya hanya akan mengundang kemurkaan. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ada menyebut tentang kerugian tidak memulakan apa-apa pekerjaan tanpa kalimah basmalah. Riwayat itu berbunyi seperti dibawah : 


"Tiap-tiap pekerjaan yang penting kalau tidak dimulai dengan Bismillah, dengan nama Allah, maka pekerjaan itu akan menjadi rugi"

Ada pelbagai tafsiran tentang maksud dihujung hadis ini iaitu "pekerjaan itu menjadi rugi atau sia-sia". Ada yang mentafsirkan bahawa pekerjaan itu akan menjadi ajdzam, iaitu akan ditimpa penyakit. Ada pula yang menafsirkan bahawa ia akan aqtho, menjadi terputus atau gagal. Dan ada riwayat lain yang mengatakan ia menjadi abtar, iaitu akan mendapat hasil yang tidak seperti diharapkan. Apa pun, kesimpulannya, ayuhlah kita ikut contoh teladan dari Nabi Muhammad yang memulakan setiap pekerjaan dengan kalimah suci ini dengan penuh pengharapan mendapat redha dari Allah.  



Antara Jahar (kuat) dan Siir (perlahan)


Selain daripada perselisihan sama ada ayat pertama ini sebahagian ayat dari surah Al-Fatihah atau tidak, perselisihan yang berlaku juga melibatkan sama ada ianya perlu dibaca secara kuat atau tidak di dalam solat.

Golongan yang berpendapat bahwa hendaknya Basmallah itu dijaharkan dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ialah : Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Zubair. Dan yang menjaharkan dari kalangan Tabi'in ialah Said bin Jubair, Abu Qilabah, az-Zuhri, Ikrimah, Athaa', Thaawuus, Mujahid, Ali bin Husain, Salim bin Abdullah, Muhammad bin Ka'ab al Qurazhi, Ibnu Siirin, Ibnul Munkadir, Nafi' Maula Ibnu Umar, Zaid bin Aslam, Makhuul, Umar bin Abdil Aziz, Amir bin Dinar dan Muslim bin Khalid. Dan itu pula pilihan (Mazhab) Imam Syafi'i. Dan begitu pula salah satu pendapat dari Ibnu Wahab, salah seorang pemangku Mazhab Malik. Diriwayatkan orang pula, bahwa Tbnu Mubarak dan Abu Tsaur berpendapat menjaharkan juga.


Yang berpendapat bahwa Bismillahi itu di Siir-kan saja, (tidak dlbaca keras) oleh Imam, dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ialah : Abu Bakar, Umar, Usman, Ali bin Abu T'halib, Ibnu Mas'ud, Ammaar bin Yasir, Ibnu Maghal dan lain-lain. Dan dari tabi'in, di antaranya ialah Hasan al-Bishri, asy-Syabi, Ibrahim an-Nakhali, Qatadah, al­A'masy dan as-Tsauri. Puluhan Mazhab dari Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hambal pun condong kepada membacanya dengan Siir.

Antara hadis yang menjadi alasan kenapa Basmalah dibaca kuat ialah daripada riwayat Abu Hurairah dan isteri Rasulullah sendiri, Ummu Salamah bahawasanya Nabi menjaharkan bacaan Bismillah. 

Kemudian, ada pula satu riwayat dari Na'im bin Abdullah al­Mujmar. Dia berkata. 


 

"Aku telah sembahyang  di belakang Abu Hurairah. Aku dengar dia membaca Bismillahir-Rohmanir-Rohim, setelah itu dibacanya pula Ummul Qur'an. Setelah selesai sembahyang diapun mengucapkan salam lalu berkata kepada kami , Sesungguhnya akulah yang lebih mirip sembahyangnya dengan sembahyang Rosululloh s. a. w ".


(Hadis  di atas di rawikan olen An-Nasai)

Kemudian Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini pula.


Ditanyakan orang kepada Anas, Bagaimana bacaan Nabi s. a. w . Maka diapun menjawab : Bacaan Nabi adalah panjang. Kemudian beliau (Abu Hurairah) baca Bismillahir-Rahman-Rahim, dipanjangkannya pada Bismillah dan dipanjangkannya pula pada Ar-Rahman, dan Ar-Rahim. " 

(Dirawikan oleh Bukhari)

Bagaimana Anas mengetahui cara Nabi membaca Bismillah melainkan beliau sendiri mendengar bacaan tersebut. 

Kemudian terdapat pula sebuah hadits dari riwayat Anas juga :
"Daripada Anas bin Malik, berkata dia : Aku telah sembahyang bersama Rasulullah s. a. w., Abu Bakar, Umar dan Usman, maka tidaklah saya mendengar seorangpun daripada mereka yang membaca Bimillahir­Rahmanir Rahim. "                         
(Dirawikan oleh Ahmad dan Muslim)


Kalau kita lihat dua hadis terakhir di atas seolah-olah  berlaku pertentangan pendapat dari Anas Bin Malik sendiri yang hidup bersama Nabi dan para sahabat. Namun sebenarnya ini bukan lah pertentangan pendapat. Tetapi  ianya adalah apa yang dilakarkan oleh Anas Bin Malik tentang apa yang dilihat dan didengarnya. Oleh itu bolehlah anda rujuk  bahagian kesimpulan di bawah.



Kesimpulan

Isu ini telah diulas Al-Hafizd Ibnu Hajar yang diperkuat lagi oleh As-syaukani dalam Kitab Nailatul Authar sebagai jalan keluar bagi kesulitan ini. Berikut catatan oeh Ibnu Hajar :



 "Hal ini bukanlah semata-mata karena mendahulukan hadits yang menetapkan hukum (jahar) daripada yang menafsirkan (siir). Karena amat jauh dari penerimaan akal kita bahwa Anas yang mendampingi Abu Bakar, Umar dan Usman dua puluh lima tahun dan mendampingi Nabi s.a.w sebagai sahabat sepuluh tahun lamanya, tidak sekali juga akan mendengar mereka menjahar agak sekali sembahyangpun. Tetapi yang terang ialah bahwa Anas sendiri mengakui bahwa dia tidak ingat lagi (sudah lupa) hukum itu. Karena sudah lama masanya tidak dia ingat lagi dengan pasti, apakah mereka (Nabi s.a.w. dan ketiga sahabat itu) memulai dengan Alhamdulillah secara jahar atau dengan Bismillah. Lantaran itu jelaslah diambil hadits yang menetapkan jahar.
 


Ayat pertama dari ulasan beliau :"Hal ini bukanlah semata-mata karena mendahulukan hadits yang menetapkan hukum (jahar) daripada yang menafsirkan (siir)." Ini merujuk kepada kaedah usul fiqh dan ilmu hadith iaitu "Yang menetapkan lebih didahulukan daripada yang menidakkan. "Justeru bacaan perlu dijaharkan.


Namun perselisihan dan perbezaan pendapat ini sememangnya wujud, malah para sahabat sendiri lain cara mereka. Apatah lagi zaman kita ini. Namun perlulah kita berlapang dada dengan khilaf ini. Dan berpeganglah kita dengan apa yang telah kita ketahui dan pelajari tanpa mewujudkan persengketaan sesama sendiri. 

Yang sangat menyedihkan, ada segolongan daripada kita, sangat fanatik terhadap pendapat mereka sampai berlaku pertengkaran, perpecahan dan membawa fitnah. Ingatlah, bahawa sekiranya itu berlaku, kita sudah tidak lagi menurut ukuran sebenar seperti yang disebut dalam kitab-kitab usul fiqh bahawa ianya adalah ijtihad dan ijtihad itu bebas. Ijtihad itu bukanlah Qath'i(pasti) melainkan zhanni(kecenderungan). Oleh itu, usahlah kita bertelagah lagi tentang ini.

Wallahu'alam 
Warm wishes
Dalila



December 28, 2011

Erti Sedekah bagi Financial Gurus

Salam alaikum..

Entri ni aku tulis last few days. Tapi belum publish. So malas lah nak edit. Jom layan, zasss..

Aku baru balik dari Terengganu semalam, tapi tidur lambat jugak sebab skype dgn wifey utk tlg dia plan apa nak beli shopping boxing day di Manchester nanti.  Pagi ni, catch up baca entries bloggers y aku follow. Pastu dapat idea lepas tengok klip video Dave Ramsey, US financial counsellor y famous dengan buku Total Money Makeover. 




Erti Sedekah bagi Financial Gurus

Aku kagum and a bit surprised selepas baca buku2 western financial gurus y turut menekankan keperluan bersedekah.  Kita tidak hairan jika orang Islam nasihatkan kita untuk bersedekah. Ini disebabkan keyakinan kita y sedekah dapat menyuburkan rezeki. Antara dalil al-Quran y wajib kita percayai ialah al-Baqarah 245 dan 261

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (al-Baqarah: 245)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui." (al-Baqarah: 261)


Robert T Kiyosaki dan Dave Ramsey sudah menjadi financial coaches kepada ramai jutawan di dunia ini. Kalau Robert Kiyosaki, dalam buku Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrants, dia sangat menekankan US citizens utk keluar dari The Rat Race, iaitu kerja kuat utk dapat paychecks dan duit tersebut digunakan utk bayar bills dan loans y akhirnya tinggal sedikit sahaja utk kegunaan sendiri, apatah lagi nak build own wealth. Dan dalam Chapter 8: Getting Started, nasihat ke 10 dari Robert Kiyosaki ialah tentang the necessities of being charitable. Rich Dad ajar beliau "if you want something, you first need to give" dan character Rich Dad dalam buku ni boleh kita teladani. Rich Dad selalu bagi derma kepada badan2 kebajikan dan rumah agama jika dia short of money. Kita pula bagaimana ye?


Dave Ramsey pula menekankan Debt-Free Life. Beliau famous dgn teknik debt snowball y banyak menimbulkan kontroversi. Tapi somehow, aku macam setuju dengan teknik beliau.  Beliau juga menasihatkan benda sama iaitu beri sumbangan kepada non-profit organisations supaya wang y kita ada, terasa lebih bermakna. Mereka orang bukan beragama Islam memandang tinggi sedekah kerana sedekah menyuburkan rezeki mereka. Tetapi, kita orang Islam lagi bertuah. Selain dapat kesenangan dunia, InsyaAllah reward Allah menanti kita di alam sana. Dan itulah y lebih utama buat kita. =)


Aku tertarik dengan tulisan ringkas Pakdi dalam Majalahniaga. Sangat mendalam maknanya.

"Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima. Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali."


Imam as-Sayuthi pula menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:- 

  1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
  2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
  3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
  4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
  5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.



Anda ingin bermula? Aku cadangkan satu website y aku dapati dari Majalah Solusi Isu 34. Iaitu derma kepada pembinaan Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah. InsyaAllah y ni bukan scam. Dan pahalanya insyaAllah lasts for generations, selagi bangunan ini digunakan utk melahirkan tokoh2 agama dan hafiz al-Quran. Then, pahala akan compounding lg dengan ilmu2 y diajar oleh agamawan tersebut. InsyaAllah.. Klik sini utk website tersebut


Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan menikmati syurga Allah di akhirat kelak. =)



December 27, 2011

Kepercayaan Khurafat Bulan Safar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..



Assalamualaikum warahmatullah..


Asal Usul Perkataan Safar

Hari ini sudah hari kedua bulan Safar, mengikut kalendar Islam. Perkataan 'Safar' dipilih untuk menamakan bulan kedua dalam kalendar Islam oleh Saidina Umar Al-Khattab berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kosong atau sifar

Hal ini kerana pada waktu ini, orang-orang Arab, lelaki khususnya akan keluar dari rumah untuk mengadakan urusan perdagangan, kegiatan ekonomi serta mengembara. Malah berlaku juga beberapa peperangan ketika ini. Contohnya perang Al-Abwa (tahun kedua hijrah), perang Bani Qainuqa dan Zi Amin (tahun 3 hijrah) dan perang Khaibar (tahun 4 hijrah). Oleh itu, rumah-rumah kosong dan cuma dipenuhi oleh kaum wanita dan kanak-kanak.



Khurafat Bulan Safar : Masyarakat Arab Jahiliyyah

Kaum Arab jahiliyah mempunyai kepercayaan khurafat dalam bulan ini. Mereka menganggap bulan ini adalah bulan sial dan bala. Kepercayaan khurafat ini telah menyebabkan berlakunya masalah tahyul dan khurafat yang dilakukan oleh mereka dengan harapan kononnya dapat menangkis bala dan sial dalam bulan ini. Malah ada antara amal tahyul mereka ini sampai ke sesetengah golongan masyarakat Melayu kita.


مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.”  (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748)


Oleh kerana percaya bulan ini bulan bala, masyarakat Arab tidak akan melakukan upacara perkahwinan pada bulan Safar dan begitu juga pada bulan Syawal. Ini kerana sekiranya dilakukan pada bulan-bulan ini, akan berlaku bala pada rumah tangga pengantin tersebut. Malah kepercayaan ini masih wujud dalam sesetengah masyarakat Melayu dan khuatir jika dilakukan jua pada bulan Safar, pasangan pengantin tersebut akan sukar untuk mendapat zuriat dan perkahwinan itu tidak akan kekal lama. Amalan dan kepercayaan ini sangatlah merbahya dan boleh merosakkan aqidah kita.


Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 51:

 قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad), sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.



Khurafat Bulan Safar : Masyarakat Melayu

Pernah menjadi amalan masyarakat melayu suatu ketika apabila tiba bulan safar wujudnya upacara Pesta Mandi Safar. Terutamnya mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai atau sungai akan turun beramai untuk mandi Safar untuk menolak bala. Upacara ini selalunya dilalukan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar. Mereka akan berarak  dengan iringan  jampi serapah dan zikir-zikir tertentu. Lalu mereka menulis jampi dan zikir tersebut atas kertas dan memasukkan kedalam bekas mandi lalu mandi dengannya.


Selain itu wujud penulis kitab Al-Futuhat Al-Haqqaniy, yang mengikut sebuah tarekat bawah pimpinan syeikh mereka yang bernama Abdullah Faiz Daghestani, menahan diri daripada keluar rumah pada bulan Safar kecuali atas keperluan mendesak dan menasihati pengikut tarekatnya berbuat demikian juga. Dicatatkan juga dalam kitab tersebut bahawa mengikut Syeikh Abdullah Faiz, pada hari rabu terakhir bulan Safar akan turun 70000 bala atas dunia.Dan pengikut tarekat ini mempunyai amalan-amalan serta bacaan-bacaan khas untuk dibaca dalam bulan Safar.



Kesemua amalan-amalan pelik yang dilakukan ini tidak pernah di ajar oleh Rasullullah dan tidak pernah di amalkan oleh para sahabat. Janganlah kita terpengaruh dengan kepercayaan tahyul dan khurafat. Takutlah kita pada kemurkaan Allah.


 “Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)


Apa yang disuruh oleh Rasulullah adalah untuk memperbanyakkan amalan-amalan sepanjang tahun termasuk juga bulan Safar. Oleh itu, mari kita tingkatkan ibadah dan iman serta ikhlas kita...


Wallahu'alam
Warm wishes
Dalila

December 23, 2011

Fadhilat Surah Al-Kahfi

Bismillahhiramanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah...



Muharam sudah tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirai keberkatannya. Berlalu sudah sebulan tanpa kita sedari. Bersempena dengan hari yang mulia,saiyyidul aiyam, hari jumaat yang penuh barakah, ayuh kita sama-sama muhasabah kembali banyak dan berkualitikah amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini di pandangan mata Allah yang Maha Agung.

Atau kita banyak terperangkap dengan kesibukan duniawi. Dunia, adalah tempat untuk mencari bekalan. Untuk bercucuk tanam agar hasilnya dapat dinikmati di dunia sana kelak. Maka, lakukanlah setiap kerja anda seharian dengan niat untuk mencari redha Ilahi. Semoga pekerjaan itu mendapat keberkatan.

Mari kita jadikan hari Jumaat ini sebagai hari kita membersihkan kembali minggu kita ini dengan amalan-amalan yang mulia.

  
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

 Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)


Antara amalan saranan pada hari jumaat ialah membaca surah Al-kahfi. Oleh itu, ingin berkongsi fadhilat-fadhilat Surah Al-kahfi berdasarkan hadis. 


1. Dari  Abu Sa'id Al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda :

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Ertinya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq. Diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Alban.




2. Manakala dari  Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:


 مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ



Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.



3. Selain itu, aku masih ingat lagi, Ustazah Fauziah Sani, ustazah pengajianku dan mama, di Perlis asyik menekankan muslimat pengajiannya menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah Al-Kahfi. Tercatat dalam hadis bahawa sesiapa yang menghafal 10 ayat dari surah Al-Kahfi nescaya akan terselamat dari fitnah dajjal ketika menjelang ajalnya.


Oleh itu, mari kita jadikan surah ini amalan kita. Kalau ada dikalangan kita sibuk, dan tidak sempat baca, download bacaan Surah Al-Kahfi bacaan imam-imam yang terkemuka seperti Syeikh Sudais(sebab saya suka  bacaan Syeikh Sudais), aatau Imam-imam Masjidil Haram yang lain, atau ustaz-ustaz Malaysia pun ada. Download dalam Mp3. On the way untuk pergi ke kelas atau ke tempat kerja, boleh pasang dan dengar.


Wallahhu 'alam

Warm wishes
Dalila





December 13, 2011

Usaha kecil, Ganjaran besar.

Salam alaikum.

Entri pendek utk kita sama2 amalkan. Effort y dikeluarkan sgt minimum. Siapa tahu amalan sekecil ini y membantu kita masuk syurga. InsyaAllah.



Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "2 kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah SubhanAllahi wa bihamdih, dan SubhanAllahil-`Azim". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung


Terdapat satu doa agar dipermudahkan hisab, klik sini utk ke laman facebook Ustaz Zahazan.

December 01, 2011

Hadis ke 8, Fizikal Rasulullah.

Salam alaikum.
Nak share sikit mengenai fizikal Rasulullah y diceritakan secara terperinci melalui sebuah hadis y direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam Kitab Syamail Muhammadiyah. Semoga kita antara y mendapat syafaat baginda kelak. Amiin. 

Link facebook page Kenali Rasulullah melalui Hadis 
 
 
Fizikal Rasulullah: Hadis 8: Hasan bin Ali berkata, "Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku y bernama Hind bin Abu Halah (Abu 'Abdullah) iaitu anak lelaki Khadijah bersama suaminya y terdahulu. Hind bin Abu Halah adalah seorang y banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi beliau. Inilah y dikisahkan oleh Hind:

Rasulullah adalah seorang lelaki y berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan y bersinar pada malam hari. Beliau lebih tinggi daripada org sederhana dan lebih rendah daripada org tinggi. Kepalanya besar.

Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, beliau membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai *froh. Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

Dahinya luas, alisnya panjang melengkung bagaikan busur panah y terpisah. Di antara kedua-dua alisnya, ada urat y kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidungnya ada cahaya y memancar, sehinggakan org tidak melihat betul2, akan menyangka hidung beliau lebih mancung daripada y sebenarnya.

Janggutnya tebal, kedua2 pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi, bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata, dadanya lebar, kedua2 bahunya bidang dan tulang sendinya besar. Bahagian dadanya y tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

Dan pangkal leher sampai ke pusat, bulu y tebal tumbuh seperti garisan. Kedua2 puting susu dan perutnya bersih. Kedua2 bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

Kedua2 ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua2 telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari2nya panjang, lekukan telapak kakinya (bhgn tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua2 kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

Apabila rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Beliau melangkah dengan mantap, berjalan dengan tenang dan tawadduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah2 beliau turun ke tempat y rendah. Apabila dipanggil, beliau akan memalingkan kedua2 bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah ke bawah. Beliau menundukkan kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dgn org lain, beliau y terlebih dahulu memberi salam. (Direkodkan Tirmizi)

*froh (mafroh) bemaksud rambut y hampir menyentuh dan tidak melebihi cuping telinga. Jika melebihi cuping, rambut itu dinamakan limmah.

November 14, 2011

Memanjangkan umur dengan pena

Salam alaikum..

Aku baru sahaja pulang dari pengebumian sedara aku, Ustaz Khaidir. Pemergian allahyarham ke alam barzakh pada usia y muda sungguh terkesan pada hati aku. Pelbagai soalan menerjah fikiran ketika menyaksikan urusan pengebumian. 

"Bagaimana kalau aku ditakdirkan "pulang awal"? Cukupkah persediaan aku? Berapa banyak bekalan y aku ada?" 


Maka, dengan umur yang berbaki ini, aku merancang. Merancang utk memanjangkan umur dengan pena, dengan blog mahupun dengan facebook. Semoga perkongsian y akan aku coretkan pada masa akan datang dapat mengirimkan pahala ketika keberadaan aku di alam abadi kelak.





Kisah Ustaz Khaidir

Allahyarham meninggal pada umur 40 tahun disebabkan kanser paru-paru. Sebelum itu, allahyarham sudah disahkan sembuh dan sudah menamatkan chemotherapy utk kanser usus. Namun, tidak sampai setahun allahyarham sihat seperti biasa, Allah memberi ujian lagi kepada hamba-Nya ini. Kali ini kanser telah metastasis ataupun merebak ke bahagian peparu dan seterusnya kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." -Al-Jumu'ah: 8-



Kepulangan Ustaz Khaidir ke rahmatullah selepas beberapa hari di ICU KB meninggalkan seorang isteri, dan 3 orang anak y masing2 berumur 10tahun, 6 tahun dan 14 bulan. Allah.. Allah..
Sungguh sedih mendengar cerita anak2 allahyarham. Anak sulungnya pernah berdoa, 

"Ya Allah,berikanlah peluang kedua kepada Walidku (panggilan utk ayah) ini..."

Anak kedua pula, mungkin kerana masih tidak faham apa y berlaku, langsung tidak menangis semasa melihat jenazah walidnya. Menangis umi aku mendengar anak kecil ini menuturkan kata2 berikut semasa pengebumian.  

"Nanti walid keluarlah dari kubur ni utk jumpa Fahim selepas sembuh penyakit2 walid tu..."   huhu..



Teladan buat kita yang masih hidup
 
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:
  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”

Jangan kita tangguhkan buat apa y kita mampu. Bagi yang sudah berkahwin, bolehla untuk kejar ketiga2 perkara di atas. Didiklah anak2 dalam acuan Islam. Banyakkan membaca tidak kiralah ilmu duniawi mahupun akhirat. InsyaAllah, mesti ada manfaat walau sekecil mana pun ilmu y baru dipelajari. Kadang2 kita je y pikir bende ni semua org dah tahu, so xpyh la share. Cliche! Bagi y belum berkahwin, ayuh jangan kita tangguh utk mengejar perkara pertama dan kedua.




"Memanjangkan umur dengan pena" -Latiffi Aziz- 
  



November 01, 2011

Panduan Suami Isteri: Kupasan kitab Muhimmah oleh Ustaz Azhar Idrus

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Rahmat dan kasih sayangNya melangit luas xterhingga. Kerana kasihNya, kita hidup di dunia ini..


Sejak sebelum kahwin dulu, sgt tertarik dengan kupasan kitab Muhimmah. Cerita ttg golongan wanita yang Rasulullah temui ketika peristiwa Isra' dan Mikraj...Berkesempatan berkongsi dalam usrah kisah yang sgt berkesan di hati itu. seperti kisah itu, terkena batang hidung sdri.. dan sedar, betapa hina dan penuh dosanya diri ini.


Alhamdulillah, hari ini jumpa kupasan kitab Muhimmah oleh ustaz Azhar Idrus. Sgt suka cara penyampaian ustaz Azhar dan intipati ceramah-ceramahnya. Banyak ilmu2 yang sgt berguna utk menjadi a good Muslim. Oleh kerana terjumpa kupasan kitab Muhimmah oleh ustaz, teringin nk berkongsi dgn suamiku tercinta dan semua yang membaca...Moga menjadi iktibar utk kita membaiki diri utk menjadi wanita solehah dan isteri yang taat..aminn..

Di bawah adalah siri ke 5 ulasan kitab Muhimmah..Ada banyak lagi siri seterusnya... boleh you tube sahaja..Semoga Allah berikan syurga utk ustaz Azhar Idrus

October 25, 2011

Riba: Dosa Besar

Salam wrt.

Tahukah anda bukan Islam sahaja agama yang mengharamkan riba? Yahudi dan Kristian masing2 menceritakan perihal pengharaman riba ini dalam kitab mereka. Ini boleh dirujuk dalam kitab undang2 yahudi iaitu Talmud bab Exodus 22:35-37 dan dalam Bible bab Luke 6:34-35.


Pekerjaan amat sinonim dengan paycheck, iaitu duit gaji. Duit gaji lah yang akan digunakan utk kehidupan sebelum mati menghadap Allah kelak. Duit gaji ini akan digunakan utk savings, pelaburan, kegunaan makan pakai anak isteri dan juga sumbangan utk ibubapa di kampung. Namun, tiada kefahaman dalam financial planning boleh menjerumuskan kita ke arah dosa besar riba.


Sepanjang mengisi masa lapang sambil tunggu postings kerja, aku meluangkan sedikit masa untuk mengenali dunia kewangan. Pengkhususan kepada cara islami, elakkan riba dalam pinjaman (pembiayaan bank), insurans (takaful), dan juga pelaburan. Buku Rancang Wang Dari Sekarang tulisan Pakdi dan Wang, Anda dan Islam tulisan Ustaz Zaharuddin sudah habis dibaca. Dan kini sudah halfway through untuk habiskan buku Millionaires are from a Different Planet tulisan Azizi Ali. Semuanya sangat2 bermanfaat utk aku yang tak pernah ada pendidikan formal financing.

So, entri ni aku nak share apa y aku baca dan juga jadi notes utk rujukan aku masa depan.

Memandangkan ini notes, so aku suka utk buat sesimple mungkin.


Riba ada 2 jenis:

1. Riba ad-duyun (Riba terhasil dari hutang)
  • iaitu kadar tambahan y disyaratkan atas pemberian hutang. 
  • contoh yang terdapat dalam masyarakat hari ini: bank konvensional bagi loan kereta RM40000, dengan kadar interest 4% setahun.


2. Riba al-buyu' (Riba muncul dari jual beli barang ribawi- emas, perak, gandum, tamar,garam)
  • iaitu ketidaksamaan pada kuantiti pertukaran atau jual beli barangan ribawi y sama jenis (dikenali sbg riba al-fadhl).
  • contoh y terdapat dalam masyarakat hari ni: pergi kedai emas, nak tukar emas lama 6g dengan emas pattern baru 4g.
  • atau pertukaran brg ribawi atau jual beli dibuat secara bertangguh (dikenali sbg riba an-nasa'). 
  • contoh dalam masyarakat hari ini: beli emas RM 4000 secara ansuran bulanan.

Sepertimana kata Pakdi, Riba itu dosa yang cantik, namun ianya tetap sangat tak worth it. Maksud hadis. “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad). Jadi, tiada keberkatan rezeki untuk pemakan riba.


Jom kita renungkan apa lagi firman Allah dan hadis Nabi Muhammad yang menunjukkan betapa besarnya dosa pengamal riba ini. Kita kena ingat, individu yang memberi riba dan mengambil riba, dua2 dosa besar.


1. Allah ibaratkan pemakan riba ini mengisytiharkan perang dgn Allah
Firman Allah SWT :  
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )  

2. Dosa besar
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

3. Dosa besar seperti berzina dgn ibu bapa sendiri 
Erti Hadis: “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
 
4. Ibn Abbas r.a berkata: Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”


Bagi kita di malaysia ini, sebenarnya terdapat sangat banyak alternatif untuk urusan perbankan y tidak melibatkan riba langsung tak kiralah soal pinjaman perumahan, kereta, insurans (takaful) dan pelaburan. Jadi, sebelum buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan konvesional, eloklah kalau cuba ingat apa amaran2 Allah mengenai riba. Nanti aku update apa bank2 islam kat Malaysia.



Pageviews