January 05, 2012

Cara Ringkas Solat Jenazah

Assalamualaikum..

Khamis datang lagi. Jadi, masa untuk Thursday Tips. Hari ni saya nak share tentang Cara Ringkas Solat Jenazah. Kepada y sudah tahu, anggaplah tips ini sebagai ulangkaji. Y sudah lupa, jom kita ingatkan kembali amalan fardhu kifayah ini. Supaya suatu hari nanti kita dapat memberi "khidmat terakhir" kepada kenalan kita y meninggal dunia. 

Boleh copy paste ke blog atau facebook anda. Supaya kenalan anda pun melakukan perkara sama apabila kita meninggal dunia. "What goes around, comes around."




Cara Ringkas Solat Jenazah

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
  • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
  • Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
  • Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
  • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
  • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
  • Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
  • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia
  • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
  • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
  • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan
  • Selesailah Cara Ringkas Solat Jenazah


Cara Ringkas Solat Jenazah ini diolah dari Klik sini.
Panduan Lengkap Klik sini.




3 comments:

abang ensem said...

Terima kasih di atas entri ini.

Ana said...

Syukran atas entry yg berguna ni. Saya nak post kat blog saya pula. Mohon share :)

Ayah Yeop said...

Elok sang at entry ni. Perkara ni buka berlaku setiap hari, tapi nyemedang juga le. Kut ada yang terlupa.
Elok sangat tu.

Pageviews