October 30, 2011

Senarai bank Islam di Malaysia

Salam wrt.

Sepertimana dijanjikan dlm post mengenai riba y lepas, entri ni adalah senarai bank islam di malaysia. Bank-bank ini dapat accreditation dari Bank Negara Malaysia dan mempunyai Majlis Penasihat Shariah. Majlis inilah yang oversee sama ada segala bentuk pinjaman (dalam perbankan islam, tiada istilah pinjaman, y ada adalah pembiayaan), pelaburan dan juga simpanan duit dijalankan mengikut syarak ataupun tidak. (kiranya dorg la y akan tanggung dosa kalau menipu utk tujuan melariskan bank).



                                                         



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”(riwayat Ahmad dan Abu Daud).


  Islamic Banks
No.  Name  Ownership
1  Affin Islamic Bank BerhadLocal
2  Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) BerhadForeign
3  Alliance Islamic Bank BerhadL
4  AmIslamic Bank BerhadL
5  Asian Finance Bank BerhadF
6  Bank Islam Malaysia BerhadL
7  Bank Muamalat Malaysia BerhadL
8  CIMB Islamic Bank BerhadL
9  EONCAP Islamic Bank BerhadL
10  Hong Leong Islamic Bank BerhadL
11  HSBC Amanah Malaysia BerhadF
12  Kuwait Finance House (Malaysia) BerhadF
13  Maybank Islamic BerhadL
14  OCBC Al-Amin Bank BerhadF
15  Public Islamic Bank BerhadL
16  RHB Islamic Bank BerhadL
17  Standard Chartered Saadiq BerhadF
*sumber: website Bank Negara Malaysia




Mesti ada yang cakap, ni setakat main tukar nama je ke? Dan aku dulunye sangsi dengan macam mana penggunaan modal utk bank islam ni? Mesti modal bercampur halal dan haram disebabkan sesetengah bank diatas mempunyai bank induk y mengamalkan perbankan konvensional?


Jawapannya kepada soalan di atas oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman:

1. ok kena tahu mula2 ialah wang secara fizikalnya adalah tidak haram. namun boleh jadi haram melalui cara memperolehinya yang haram contohnya tempat pelaburan y haram, jual beli y ada unsur ketidakpastian dan judi.

2. modal dan keuntungan asal bank induk bukan semua haram. Ada y datang dari syarikat2 dan juga keuntungan dari pelaburan y halal.

3. Nabi Muhammad membenarkan transaksi dengan masyarakat badwi y syirik y mana pendapatan mereka juga bercampur2 halal dan haram.

4. dan yang paling utama adalah modal perbankan islam mesti dipastikan bersih oleh panel shariah sebelum diluluskan sebelum boleh wujudnya perbankan islam. ada bank induk yang bagi pinjaman tanpa faedah (qard hasan) kepada perbankan islam. ini dibolehkan kerana kita sekarang dalam proses transisi dari sistem konvensional ke sistem islamik.


Untuk bacaan y lebih ilmiah: Link utk ke website UZAR berkaitan modal bercampur permulaan perbankan Islam


Diakui perbankan islam sekarang ni masih tidak sempurna kerana kalau dibuat peratusan, perbankan islam hanya 20% berbanding perbankan konvensional 80% dalam sistem bank di Malaysia. Namun, itu tidak boleh menjadi alasan utk kita memilih perbankan konvensional sebab kita sudah ada pilihan, tidak seperti zaman mak ayah kita muda-mudi.


Mahukah anda dapat pahala jariah selepas meninggal dunia? Kita mendapat banyak pahala jika kita support perbankan Islam di Malaysia sekarang ini supaya generasi seterusnya nanti dapat menggunakan sistem perbankan islam y lebih sempurna. Ianya seolah2 jihad ekonomi utk kita. InsyaAllah. =)




"Look at your past. Your past has determined where you are at this moment. What you do today will determine where you are tomorrow"

October 26, 2011

Manchester Alumni

Salam..

I've received The University of Manchester Alumni Association Membership Card days ago. I think this is a good idea to keep updated with university. But the main reason to register is to get all those benefits such as travel discounts, access to library journals and discounts with big commercial companies. Apart from that, theres a link called 'find a friend'. That might be helpful in future. =)

This is the gateway to lifelong connections. Your Manchester Online

October 25, 2011

Riba: Dosa Besar

Salam wrt.

Tahukah anda bukan Islam sahaja agama yang mengharamkan riba? Yahudi dan Kristian masing2 menceritakan perihal pengharaman riba ini dalam kitab mereka. Ini boleh dirujuk dalam kitab undang2 yahudi iaitu Talmud bab Exodus 22:35-37 dan dalam Bible bab Luke 6:34-35.


Pekerjaan amat sinonim dengan paycheck, iaitu duit gaji. Duit gaji lah yang akan digunakan utk kehidupan sebelum mati menghadap Allah kelak. Duit gaji ini akan digunakan utk savings, pelaburan, kegunaan makan pakai anak isteri dan juga sumbangan utk ibubapa di kampung. Namun, tiada kefahaman dalam financial planning boleh menjerumuskan kita ke arah dosa besar riba.


Sepanjang mengisi masa lapang sambil tunggu postings kerja, aku meluangkan sedikit masa untuk mengenali dunia kewangan. Pengkhususan kepada cara islami, elakkan riba dalam pinjaman (pembiayaan bank), insurans (takaful), dan juga pelaburan. Buku Rancang Wang Dari Sekarang tulisan Pakdi dan Wang, Anda dan Islam tulisan Ustaz Zaharuddin sudah habis dibaca. Dan kini sudah halfway through untuk habiskan buku Millionaires are from a Different Planet tulisan Azizi Ali. Semuanya sangat2 bermanfaat utk aku yang tak pernah ada pendidikan formal financing.

So, entri ni aku nak share apa y aku baca dan juga jadi notes utk rujukan aku masa depan.

Memandangkan ini notes, so aku suka utk buat sesimple mungkin.


Riba ada 2 jenis:

1. Riba ad-duyun (Riba terhasil dari hutang)
  • iaitu kadar tambahan y disyaratkan atas pemberian hutang. 
  • contoh yang terdapat dalam masyarakat hari ini: bank konvensional bagi loan kereta RM40000, dengan kadar interest 4% setahun.


2. Riba al-buyu' (Riba muncul dari jual beli barang ribawi- emas, perak, gandum, tamar,garam)
  • iaitu ketidaksamaan pada kuantiti pertukaran atau jual beli barangan ribawi y sama jenis (dikenali sbg riba al-fadhl).
  • contoh y terdapat dalam masyarakat hari ni: pergi kedai emas, nak tukar emas lama 6g dengan emas pattern baru 4g.
  • atau pertukaran brg ribawi atau jual beli dibuat secara bertangguh (dikenali sbg riba an-nasa'). 
  • contoh dalam masyarakat hari ini: beli emas RM 4000 secara ansuran bulanan.

Sepertimana kata Pakdi, Riba itu dosa yang cantik, namun ianya tetap sangat tak worth it. Maksud hadis. “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad). Jadi, tiada keberkatan rezeki untuk pemakan riba.


Jom kita renungkan apa lagi firman Allah dan hadis Nabi Muhammad yang menunjukkan betapa besarnya dosa pengamal riba ini. Kita kena ingat, individu yang memberi riba dan mengambil riba, dua2 dosa besar.


1. Allah ibaratkan pemakan riba ini mengisytiharkan perang dgn Allah
Firman Allah SWT :  
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )  

2. Dosa besar
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

3. Dosa besar seperti berzina dgn ibu bapa sendiri 
Erti Hadis: “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
 
4. Ibn Abbas r.a berkata: Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”


Bagi kita di malaysia ini, sebenarnya terdapat sangat banyak alternatif untuk urusan perbankan y tidak melibatkan riba langsung tak kiralah soal pinjaman perumahan, kereta, insurans (takaful) dan pelaburan. Jadi, sebelum buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan konvesional, eloklah kalau cuba ingat apa amaran2 Allah mengenai riba. Nanti aku update apa bank2 islam kat Malaysia.



October 24, 2011

A Walk To Remember

A Walk to Remember

Isle of Man  24.09.11-22.10.2011

Setelah di 'allocate'kan oleh uni untuk posting di Noble's Hospital, Isle of Man, I really looking forward untuk melihat mcm mana rupanya Isle of Man. Eventhough, asyik dengar cerita yang Isle of Man xramai patient, so tak boleh nk buat ape2 sgt, boring dan sebagainya, I stumbled across a whole different pictures once I arrived. 

Well, first and foremost, as you can see, the scenery is MasyaAllah, beautiful and spectacular..Unfortunately, I only managed to take several pictures of the island due to time constraint. 






 Gambar kt atas ini ialah salah satu area di kawasan bandarnya yang bernama Douglas. Bandar ni, betul2 tepi laut.dan ada pelabuhan di belakangnya. Isle of Man, is a self-governed British country. Orang-orang di sni sgt peramah dan baik.Mixture of smua cultures and ethnic ada. Die punye language is Manx language. Tapi, sepanjang sebulan kt sana, tak pernah berjumpa pun dgn sesiapa yang bertutur bahasa Manx. Cuma ada nama bangunan saja yang masih menggunkan bahasa tersebut


Gambar ini pun, adalah salah satu area di Douglas.
Ini lah quays yang ada di kota Douglas.Di sini town ni, ada kedai2, seperti Tesco, spar dan shop rite.ada jugak la mark and spencer, clark, body shop dsb. Tapi kebesaran dan kemeriahannya tidak dapatlah dibandingkan dengan Manchester yang sentiasa sesak dgn manusia. Isle Of Man, tidak sesibuk itu. Tiada masalh traffic, everything peaceful je, and tidaklah ada shopping complex yang besar-besar. sgt ala -kadar but enough.
 

Satu-satunya kedai halal yang diketahui ialah Robinsons yang terletak di Cooil Road. Gambar di atas ini adalah pemandangan yang sempat di snap sewaktu dalam perjalanan jalan kaki ke Robinsons. Kedai ini ada banyk barang2 Asian seperti, Pakistan, India, Filipina, China dan sebagainya. Kat sni, boleh dpt makanan mentah halal seperti ayam, kambing dan daging. Ada jgk di jual bhn2 masak lain dr Asia kat sni.Perjalanan dr Nobles Hospital ke sni, kalau menaiki kereta, tidak jauh, dalam 10 minit,mungkin. Tapi my experience aritu, naik bas ke Anagh Cor amik masa 30 minit, kemudian jlan kaki ke kedai Robinsons, yang sebenarnya merupakan depot import eksport bhn dr luar Isle of Man jgk, dan terletak di tgh2 kawasan lapang atas bukit, mengambil masa 20-30 minit jgk.Namun, perjalanan yg di temani pemandangan indah.

Well, ini pulak pemandangan di belakang apartment tempat menginap.cantik..Dan dua gamabar di bawah ini, yang disebelah kiri pembaca adalah sebuah flat di sebalakng apartment hospital Noble's Hospital dan disebelah kanan pula, adalah apartment tempat saya menginap, Mwyllin Doo Aah Apartment..Setiap hari rabu akan ada orang dtg tukarkan tower, bed sheets and pillow case. It is a 2 bedroom appartment, lengkap dengan smua kemudahan, dapur, periuk laundry dsb.







3 Gambar di atas ini pula ialah gambar Noble's Hospital...Semasa attachment, banyak pengalaman yang best yang tak boleh nk describe dgn words. Dr Shahid Hussain, my supervisor, is my idol. Sgt bijak dan baik. Team Dr Hussain, sgt banyak membantu sewaktu attachment ini. I can tell banyak medical pengalaman yang sgt best dan aspiring, namun, post ini akan menjadi tersangat panjang. Probably next post, insyaAllah..A Walk to Remember 2 or 3..


Well, i guess, i should stop now. Tapi i should write some more. Belum lagi cerita ttg apa yang menyebabkan Isle of Man popular seperti Manx Cat, TT Race yang sgt famous di kalangan pelumba-pelumba motor, Steam train dan sebagainya..hmmmm...insya Allah sometime later..

For me, it was a splendid walk to be remembered for the rest of my life...

warm wishes to all

~Dalila~

October 19, 2011

Temuduga SPA jawatan Pegawai Farmasi U41


Salam.


Sebelum terlupa, baik aku share sikit pasal temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) bagi jawatan Pegawai Farmasi gred U41. Aku rasa terpanggil untuk share ni sebab aku agak effort jugak la contact kawan2 dari local universities untuk tahu apa format interview dan soalan2 yang biasa ditanya.  Kiranya ni format interview dan compilations soalan2 yang pernah ditanya kepada calon2 pegawai farmasi tahun ini dalam temuduga SPA jawtan Pegawai Farmasi U41. Mungkin post ni lagi beneficial untuk graduan overseas.

Enjoy! =)

  1. Format.
  • 2 orang interviewers y terdiri daripada pegawai SPA dan seorang pegawai farmasi
  • Tempoh interview tu bergantung kepada individu. Aku stay dalam bilik interview lebih kurang setengah jam. Ada member aku 15 minit je. 
  • Pegawai SPA tanya dalam Bahasa Melayu manakala pegawai farmasi tu tanya dalam Bahasa Inggeris
     2.  Soalan2 yang interviewers tanya aku
  • Siapa Menteri Kesihatan Malaysia?
  • Siapa ketua setiausaha untuk Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Siapa pengarah Lembaga Farmasi Malaysia?
  • Nanti nak mintak kerja di negeri mana?   

  • Why do you want to be a pharmacist at the first place)?
  • How is the learning system in The University of Manchester?
  • How about the failure rate of pharmacy students during your study in Manchester? (she knew the fact that Manchester have high failure rates)
  • How do you report adverse drug reaction (ADR)?
  • How do you identify patients with ADR and how to distinguish them in clinical practise?
  • How is the acceptance of UK doctors towards generic prescriptions? 
  • Warfarin counselling
  • What to monitor for patients with warfarin?
  • Which department or service do u like?

Klik link di bawah ni utk download soalan2 temuduga SPA jawatan Pegawai Farmasi U41yang sempat aku compile dari budak2 farmasi local universities.

Download: Compilation of questions asked for SPA interview pegawai farmasi u41


Ok guys, hope this helps. Please say thanks in the comment section below if u found this post beneficial and let me know if the link is broken.
=)


NB: credits to those who gave me these questions.

September 15, 2011

Welcome guys!

It seems like ages ago since wifey created this blog. So, today i think its about time for me to leave my mark on this blog. Its always better late than never, innit? =) The future entries for this blog will be everthing about how do we see the world today. Live, Love, Learn as the world turns.
Hopefully, our children can read the journey of their parents through this blog..



 
Live, Love, Learn

Live your life, the way you should,
Love the life you have,
Learn from the mistakes you make.


Live your life, for Allah's sake,
love your life, come what may,
learn to accept the things you cannot change.


Live,
Love,
Learn as the world turns.

Pageviews