October 30, 2011

Senarai bank Islam di Malaysia

Salam wrt.

Sepertimana dijanjikan dlm post mengenai riba y lepas, entri ni adalah senarai bank islam di malaysia. Bank-bank ini dapat accreditation dari Bank Negara Malaysia dan mempunyai Majlis Penasihat Shariah. Majlis inilah yang oversee sama ada segala bentuk pinjaman (dalam perbankan islam, tiada istilah pinjaman, y ada adalah pembiayaan), pelaburan dan juga simpanan duit dijalankan mengikut syarak ataupun tidak. (kiranya dorg la y akan tanggung dosa kalau menipu utk tujuan melariskan bank).



                                                         



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”(riwayat Ahmad dan Abu Daud).


  Islamic Banks
No.  Name  Ownership
1  Affin Islamic Bank BerhadLocal
2  Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) BerhadForeign
3  Alliance Islamic Bank BerhadL
4  AmIslamic Bank BerhadL
5  Asian Finance Bank BerhadF
6  Bank Islam Malaysia BerhadL
7  Bank Muamalat Malaysia BerhadL
8  CIMB Islamic Bank BerhadL
9  EONCAP Islamic Bank BerhadL
10  Hong Leong Islamic Bank BerhadL
11  HSBC Amanah Malaysia BerhadF
12  Kuwait Finance House (Malaysia) BerhadF
13  Maybank Islamic BerhadL
14  OCBC Al-Amin Bank BerhadF
15  Public Islamic Bank BerhadL
16  RHB Islamic Bank BerhadL
17  Standard Chartered Saadiq BerhadF
*sumber: website Bank Negara Malaysia




Mesti ada yang cakap, ni setakat main tukar nama je ke? Dan aku dulunye sangsi dengan macam mana penggunaan modal utk bank islam ni? Mesti modal bercampur halal dan haram disebabkan sesetengah bank diatas mempunyai bank induk y mengamalkan perbankan konvensional?


Jawapannya kepada soalan di atas oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman:

1. ok kena tahu mula2 ialah wang secara fizikalnya adalah tidak haram. namun boleh jadi haram melalui cara memperolehinya yang haram contohnya tempat pelaburan y haram, jual beli y ada unsur ketidakpastian dan judi.

2. modal dan keuntungan asal bank induk bukan semua haram. Ada y datang dari syarikat2 dan juga keuntungan dari pelaburan y halal.

3. Nabi Muhammad membenarkan transaksi dengan masyarakat badwi y syirik y mana pendapatan mereka juga bercampur2 halal dan haram.

4. dan yang paling utama adalah modal perbankan islam mesti dipastikan bersih oleh panel shariah sebelum diluluskan sebelum boleh wujudnya perbankan islam. ada bank induk yang bagi pinjaman tanpa faedah (qard hasan) kepada perbankan islam. ini dibolehkan kerana kita sekarang dalam proses transisi dari sistem konvensional ke sistem islamik.


Untuk bacaan y lebih ilmiah: Link utk ke website UZAR berkaitan modal bercampur permulaan perbankan Islam


Diakui perbankan islam sekarang ni masih tidak sempurna kerana kalau dibuat peratusan, perbankan islam hanya 20% berbanding perbankan konvensional 80% dalam sistem bank di Malaysia. Namun, itu tidak boleh menjadi alasan utk kita memilih perbankan konvensional sebab kita sudah ada pilihan, tidak seperti zaman mak ayah kita muda-mudi.


Mahukah anda dapat pahala jariah selepas meninggal dunia? Kita mendapat banyak pahala jika kita support perbankan Islam di Malaysia sekarang ini supaya generasi seterusnya nanti dapat menggunakan sistem perbankan islam y lebih sempurna. Ianya seolah2 jihad ekonomi utk kita. InsyaAllah. =)




"Look at your past. Your past has determined where you are at this moment. What you do today will determine where you are tomorrow"

1 comment:

Anonymous said...

thank you for this! :)

Pageviews