November 24, 2011

Kenali Rasulullah melalui Hadis

Salam alaikum

Dalam usaha utk "memanjangkan umur dgn pena", aku create satu page dekat facebook.  Page ni diberi nama Kenali Rasulullah melalui Hadis. Aku akan update setiap hari. Iaitu Satu Hari, Satu Hadis. Hadis2 ini adalah sepertimana y direkodkan oleh Imam at-Tirmizi dalam buku Syamail Tirmizi membahagikan kpd 5 aspek kehidupan baginda (Fizikal, Perilaku, Ibadah, Kehidupan, Akhlak). 


Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya org y paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah org y paling bnyk berselawat kepadaku." 
Jadi, bacalah selawat: "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin". Maksudnya "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat beliau."
 




Buku ini dibeli di Jaafar Rawas, Kota Bharu bersama2 wife aku sbelum dia fly balik Manchester. Isi kandungan buku ini sgt bermanfaat sehinggakan aku rasa rugi jika umat Muhammad tidak memilikinya. Semoga usaha kecil ini diterima Allah sebagai amal jariah aku, isteri dan ibubapa kami. =)




Buku ini mengandungi 399 Hadis mengenai Nabi Muhammad SAW. Maksudnya page ini akan mengambil masa selama plg kurang 399 hari utk mengkhatamkan buku ni. =)

Kat bawah ni aku share entri page ini y pertama.
Fizikal Rasulullah: Hadis 1: Anas Bin Malik berkata, "Rasulullah bukanlah org y terlalu tinggi, namun bukan juga y terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih dan tidak juga sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Beliau diutuskan oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Beliau diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaaan tidak sampai 20 helai uban terdapat di kepala dan janggutnya." (Hadis sahih. Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Anas Bin Malik berkhidmat kpd Rasulullah selama 10 tahun, dan merupakan sahabat Rasulullah di Basrah y paling akhir meninggal dunia, 71Hijrah.



November 20, 2011

How to maximise your EPF (KWSP)

Salam alaikum

Nak share article y sgt bermanfaat. How to maximise your EPF y diambil dari majalah Personal Money issue August 2009. Majalah ni harga RM10. isinya sgt bagus. Azizi Ali cakap dalam dunia pelaburan ni, kita mesti selalu dapatkan updated info regarding how n when to invest. So, carilah ilmu, dan share lah kat kawan2. Ilmu mengenai kewangan ni best kita sebarkan sbb membawa kepada keberkatan rezeki. InsyaAllah :)



Basically die ckp suruh guna duit EPF ni. Laburkan supaya ia bertambah. Bukannya lying dormant macam tu je.. :)

Selamat membaca dan amalkannya =)  Klik utk download.



November 18, 2011

Simpanan Tabung Haji vs Medical Card

Kaedah Pengurusan Risiko.
Salam wrt. Apa khabar hari ini? Jika sihat, Alhamdulillah. Jom kita fikir sejenak, adakah 10, 20 atau 30 tahun akan datang kita masih sihat seperti hari ini? Sama-sama kita doakan kesihatan kita. Namun, kita tetap tidak dapat lari dari risiko2 sakit, accident mahupun meninggal dunia pada usia muda. Mati itu pasti, Al-Jumu'ah: 8.

Kita bekerja utk meneruskan kelangsungan hidup kita dan anak isteri. Apabila dikurniakan rezeki, Allah menyarankan kita dalam Surah Yusuf:46-49 untuk menyimpan sedikit daripada pendapatan kita utk kegunaan ketika menghadapi musibah contohnya sakit, accident ataupun kegunaan waris apabila kita mati.

Saya kongsikan pilihan2 y kita ada utk simpanan dana kecemasan sbg langkah pengurusan risiko di Malaysia:
  1. Tabung Haji
  2. ASB
  3. Akaun simpanan bank biasa (Al-wadiah savings)
  4. Akaun pelaburan (mudharabah)
  5. Medical Card



Kebiasaannya, di Malaysia kita menyimpan di Tabung Haji kerana dividennya dan faktor simpanan tersebut sudah ditolak zakat apabila cukup nisab dan haul. Manakala simpanan di ASB pula hukumnya syubhah dan simpanan di bank biasa pula memerlukan pengeluaran zakat di samping dividen y kecil.

Medical card pula jarang2 org Melayu fikirkan kerana pelbagai faktor antaranya “aku bukan selalu sakit, jadi ia merugikan!”. Ataupun disebabkan oleh lambat mendapat kesedaran, jadi apabila tahu kepentingan medical card, bayaran bulanan utk medical card sudah mahal (byrn bulanan bagi seorang berumur 30 semestinya lebih murah berbanding mereka y berumur 50 kerana risiko berpenyakit makin meningkat seiring umur)


Saya nak kongsikan jadual perbandingan dibawah dengan simpanan RM150 sebulan untuk pemuda berumur 25-30 tahun di antara simpanan di Tabung Haji dan Medical Card Prudential BSN Takaful.

1) Jadual Perbandingan Nilai Simpanan
Perkara
Tabung Haji (TH)
Prudential BSN Takaful (PruBSN)
Hukum pelaburan dan simpanan
Harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Wang keluar
RM 150 sebulan
RM 150 sebulan
Kelebihan atau manfaat
-Dividen 5% setahun
-Zakat sudah dikeluarkan
- RM 500 000 ialah nilai coverage pelan terendah medical card.
- Jika disahkan menghidap 36 penyakit kritikal, tidak perlu lagi bayar bayaran bulanan tersebut. Prudential akan tlg cover bayaran bulanan, byr bil rawatan anda dan bagi pampasan RM 15000
- Jika meninggal, waris dapat RM 30000
Boleh withdraw wang simpanan?
Boleh
Boleh, tetapi kena tinggalkn baki RM1000


2) Jadual Perbandingan Pengurusan Risiko
Risiko
Simpanan Tabung Haji
Medical Card Prudential
BSN Takaful
Risiko kehidupan di Akhirat
Hukumnya jelas difatwakan harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Hukumnya jelas difatwakan harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Risiko sakit (contoh demam panas, patah tangan, accident, injured main sukan dan mcm2 penyakit kat luar sana)
Duit tabungan berkurang bergantung kepada:
-bil rawatan
-kelayakan doctor
-jenis hospital
Duit tabungan dalam akaun Prudential kekal
-bil rawatan dibayar
-rawatan doctor pakar
-di hospital pakar pilihan anda
-bukan “pay n claim” tetapi hanya perlu tunjukkan medical card. Hospital akan hubungi Prudential secara online. Tiada situasi “susah nak claim” di Prudential
Risiko sakit kena masuk hospital
-Tiada elaun
-Anda boleh pilih hospital kerajaan tetapi tiada jaminan rawatan secepat mungkin kerana jika memerlukan pembedahan, kena tunggu giliran.
-Sama dengan y di atas
-PruBSN Takaful bagi elaun hospital RM300 sehari (dpt cheque/cek)
-Rawatan y efisien
-Ahli keluarga senang dtg melawat
-Selesa
Risiko cedera biasa (contoh terkena minyak panas ketika memasak)
Duit tabungan berkurang lagi.
Bayar dulu bil rawatan, simpan resit, kemudian claim dengan Prudential
Risiko cedera kemalangan
-Hospital pakar mahal, so wang simpanan berkurang
-Hospital kerajaan kurang selesa
-PruBSN Takaful bayar bil rawatan.
-Lg best, dpt duit elaun hospital RM300 sehari (dpt cheque/cek)
Risiko pembedahan
-Duit simpanan dikeluarkan lagi
-PruBSN Takaful cover
-Dpt elaun pembedahan sehingga RM2500 (dpt cheque/cek)
Risiko menghidap 36 penyakit kritikal
Contoh: Penyakit jantung, Strok, Kanser,Alzheimer, Parkinson, buah pinggang
-Tiada pampasan
-Duit simpanan terpaksa dikeluarkan utk rawatan.
-Mungkin tidak cukup kerana kos sgt tinggi
-PruBSN Takaful bagi pampasan RM 15000
-PruBSN Takaful bayar bil rawatan sampai RM0.5Juta utk pelan paling rendah
Risiko Mati (nature death)
RM 0
RM 30000 diberi kpd waris
Risiko Mati kemalangan
RM 0
RM 60000 diberi kpd waris
Khairat kematian
-Guna duit simpanan tadi
PruBSN Takaful bagi RM2000
Coverage sampai bila?
Duit sendiri keluar sehingga anda mati
Coverage sehingga umur 70,80 atau 100 tahun bergantung kepada pilihan anda.
Anda tak sakit??
Alhamdulillah. Duit tidak berkurang
Duit kekal, dan dpt duit non-claim bonus! Maximum: RM500
*Nilai utk Medical card tersebut boleh dicustomize mengikut bajet anda dan penilaian risiko anda. 

Y lagi penting, bayaran bulanan RM150 utk Medical Card ni bukannya hangus. Ada portion y akan dimasukkn kedalam akaun savings anda selepas ditolak caj pengurusan Prudential. Jadi, disamping anda dpt coverage jika anda sakit, anda jugak pada masa y sama mempunyai wang simpanan y boleh anda withdraw pada bila2 masa.

Klik utk ke website rasmi tentang medical card ni.

Jangan kita gunakan duit simpanan utk bayar bil perubatan. Biar medical card tlg uruskan.


Untuk mereka y bekerja dengan syarikat2 besar, cuba teliti apa y mereka cover anda. Salah satu risiko yang confirm ada pada anda adalah seperti berikut, "Bil rawatan perubatan kakitangan syarikat XXX ditanggung sepenuhnya oleh syarikat baik XXX."

Namun, selepas anda disahkan menghidap penyakit kritikal ataupun hilang upaya, hakikatnya ialah anda sudah tidak akan dicover kerana status anda menjadi bukan kakitangan syarikat lagi kerana tidak produktif bg syarikat. Dan lebih malang, sudah tiada syarikat takaful yang mahu menerima permohonan anda ketika itu!  True story.


"An investment in your health pays the best interest. anddd invest it early for even more benefits!" --Latiffi Aziz--




Bacaan ringkas lain:
TakafulHealth2 PruBSN Takaful
Kenapa PruBSN Takaful patuh shariah manakala semua Insurans Konvensional adalah Haram?
Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Insurans Konvensional
Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Takaful

8 Langkah Pengurusan Wang y bijak dan sistematik: Blog Pakdi



November 17, 2011

Kenapa Kita Mesti Kaya dengan Cara yang Halal

Salam alaikum.

Nak share apa y Pakdi tulis mengenai 5 sebab kenapa kita mesti kaya dengan cara y halal. Keberkatan rezeki ialah sesuatu y kita cari. Kaya dunia dgn cara halal, insyaAllah kaya akhirat.



Semua orang mahu menjadi orang yang berharta. Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.

Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)

Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.


1. Tanda syukur kepada Allah swt
Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita. Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan cara yang halal adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberi. [al-Qasas:77]


2. Anak kunci syurga
Harta dari sumber yang halal perlu dizakat dan dibelanjakan di jalan Allah. Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang yang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Justeru, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]


3. Berkembang unik
Harta halal, melalui zakat dan sedekah dapat berkembang dengan cara tersendiri. Ini kerana zakat dan sedekah walaupun secara fizikal kelihatan ‘mengurangkan’ tetapi sebenarnya zakat dan sedekah menambahkan harta. Berbeza dengan harta haram, nampak banyak tetapi akhirnya susut dan mengecil. Sesungguhnya semua harta adalah milik Allah dan Dia memberi kepada kita dengan cara tersendiri. [al-Baqarah: 276]


4. Semakin banyak, semakin tenang
Harta yang halal, walaupun jumlahnya kecil tetap memberikan ketenangan dalam jiwa. Berbeza dengan mereka yang mengumpul harta melalui jalan riba, judi dan gharar, Allah swt mencabut ketenangan dari jiwa mereka. Lagi banyak mengumpul harta haram, lagi gelisah, gundah gulana dan semakin jauh dengan Allah swt. [al-Baqarah: 277]


5. Nabi saw juga orang kaya
Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes. Dari kecil sudah diajar berniaga. Menjadi rakan niaga Sayyidatina Khadijah ‘business woman’ ulung pada zamannya dan kemudian menikahinya dengan maskahwin 20 ekor unta (anggaran nilai seekor unta paling kurang bersamaan dengan 8 ekor kambing). Ketika Nabi saw mula menyebarkan Islam, bisnes Baginda diuruskan oleh sahabat bernama al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi. Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik menjadi kaya dengan cara yang halal.

… makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan? (Hadis dari Imam Muslim)

Selamat beramal. Jauhi penipuan, riba, gharar(ketidakpastian), dan maisir (judi).





November 14, 2011

Memanjangkan umur dengan pena

Salam alaikum..

Aku baru sahaja pulang dari pengebumian sedara aku, Ustaz Khaidir. Pemergian allahyarham ke alam barzakh pada usia y muda sungguh terkesan pada hati aku. Pelbagai soalan menerjah fikiran ketika menyaksikan urusan pengebumian. 

"Bagaimana kalau aku ditakdirkan "pulang awal"? Cukupkah persediaan aku? Berapa banyak bekalan y aku ada?" 


Maka, dengan umur yang berbaki ini, aku merancang. Merancang utk memanjangkan umur dengan pena, dengan blog mahupun dengan facebook. Semoga perkongsian y akan aku coretkan pada masa akan datang dapat mengirimkan pahala ketika keberadaan aku di alam abadi kelak.





Kisah Ustaz Khaidir

Allahyarham meninggal pada umur 40 tahun disebabkan kanser paru-paru. Sebelum itu, allahyarham sudah disahkan sembuh dan sudah menamatkan chemotherapy utk kanser usus. Namun, tidak sampai setahun allahyarham sihat seperti biasa, Allah memberi ujian lagi kepada hamba-Nya ini. Kali ini kanser telah metastasis ataupun merebak ke bahagian peparu dan seterusnya kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." -Al-Jumu'ah: 8-



Kepulangan Ustaz Khaidir ke rahmatullah selepas beberapa hari di ICU KB meninggalkan seorang isteri, dan 3 orang anak y masing2 berumur 10tahun, 6 tahun dan 14 bulan. Allah.. Allah..
Sungguh sedih mendengar cerita anak2 allahyarham. Anak sulungnya pernah berdoa, 

"Ya Allah,berikanlah peluang kedua kepada Walidku (panggilan utk ayah) ini..."

Anak kedua pula, mungkin kerana masih tidak faham apa y berlaku, langsung tidak menangis semasa melihat jenazah walidnya. Menangis umi aku mendengar anak kecil ini menuturkan kata2 berikut semasa pengebumian.  

"Nanti walid keluarlah dari kubur ni utk jumpa Fahim selepas sembuh penyakit2 walid tu..."   huhu..



Teladan buat kita yang masih hidup
 
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:
  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”

Jangan kita tangguhkan buat apa y kita mampu. Bagi yang sudah berkahwin, bolehla untuk kejar ketiga2 perkara di atas. Didiklah anak2 dalam acuan Islam. Banyakkan membaca tidak kiralah ilmu duniawi mahupun akhirat. InsyaAllah, mesti ada manfaat walau sekecil mana pun ilmu y baru dipelajari. Kadang2 kita je y pikir bende ni semua org dah tahu, so xpyh la share. Cliche! Bagi y belum berkahwin, ayuh jangan kita tangguh utk mengejar perkara pertama dan kedua.




"Memanjangkan umur dengan pena" -Latiffi Aziz- 
  



November 10, 2011

Bersara sebagai jutawan 2 - Retire Rich 2!

Salam alaikum.

Nak update sikit entri y lepas. Bersara sbg jutawan ataupun retire rich menggunakan plan y aku ceritakan sebelum ini memerlukan disiplin diri.

The rules of thumb u need to follow untuk menyediakan Retirement Funds terbaik ialah:


1. Mulakan menabung sekarang!

Masa adalah wang untuk plan ini.
Ok tgk case study ni. 3 orang engineer berjaya berumur 25 tahun, Rais, Amsyar dan Faizie menyimpan di Tabung Haji utk retirement funds mereka dengan dividends 5.5%. Mereka bercadang utk bersara pada umur 55 tahun.

  • Situasi A: Rais menabung RM500 sebulan bermula umur 25 tahun. (30 tahun savings)
  • Situasi B: Amsyar menabung RM500 sebulan bermula umur 35 tahun. (20 tahun savings)
  • Situasi C: Faizie menabung RM1000 sebulan bermula umur 45 tahun (10 tahun savings)


Calculator compounding interest y digunakan utk kira berapa nilai retirement funds mereka.

  • Situasi A: Rais berjaya mempunyai Retirement Funds berjumlah RM 458,516.58
  • Situasi B: Amsyar berjaya mempunyai Retirement Funds berjumlah RM 220,716.45
  • Situasi C: Faizie berjaya mempunyai Retirement Funds berjumlah RM 163,001.98

Amsyar hanya terlewat 10 tahun menabung sdh ketinggalan sbanyak separuh wang y berjaya dikumpul Rais!

Manakala Faizie, walaupun terpaksa menyimpan 2 kali ganda nilai yang disimpan Amsyar, masih ketinggalan sebanyak RM60,000 daripada Amsyar!


Nampak tak kenapa org tua dulu2 cakap "masa itu emas"? Kini, disebabkan fiat money digunakan utk urusan muamalat, maka "masa itu wang" adalah lebih sesuai! hehe..
Anda pilih anda nak ikut route mana. =)



2. Jangan keluarkan langsung wang ini selagi anda belum bersara! 
sebab nanti akan affect returns!

Utk menjadikan rule of thumb no 2 berjaya, perkara lain y perlu anda buat ialah:
  • sediakan dana kecemasan (3-6 bulan nilai perbelanjaan isi rumah bulanan anda) - dana ini digunakan jika sinki rosak, mesin basuh rosak ke dan sebagainya y memerlukan perbelanjaan extra bulanan anda. dana ni boleh simpan d savings account biasa sbb kita nak liquidity semasa kecemasan iaitu simpanan y senang dicapai ketika diperlukan.
  • kereta rosak juga boleh guna dana kecemasan tadi. tetapi kalau accident, anda hanya perlu claim balik daripada syarikat insurans atau takaful anda. itu lebih baik!
  • perlindungan bil2 perubatan pula tidak sepatutnye covered by dana kecemasan tadi. apatah lagi retirement funds! sebab anda sepatutnya sudah dilindungi oleh takaful ataupun insurans. 




"The Riches dont work for money, money work for them instead!" -Robert T. Kiyosaki





November 09, 2011

Bersara sebagai jutawan - Retire Rich!

Salam wrt.

Bersara sebagai jutawan atau retire rich adalah salah satu cita2 aku. Problemnye skang ialah aku masih belum kerja pun.hehe..Takpe, insyaAllah Allah da caturkan y terbaik utk kami suami isteri. Kebanyakan kawan aku adalah tergolong dalam 3 golongan berikut: 1) baru bekerja. 2) fresh graduates 3) masih belajar. Jadi, most of them mempunyai lebih kurang 30 tahun sebelum bersara. So, aku nak share pelan ini supaya nanti dapat kita sama2 bersara sebagai jutawan ataupun retire rich. Yang paling penting, cara ini tidak memerlukan kita join MLM, jual produk, jual insurans mahupun bukak bisnes.


Ok, save your money! itu saja caranya. ya, anda baca dengan betul. save atau menabung. Masih tak percaya? Anda bijak! Menabung membabi buta tanpa study di mana tempat terbaik untuk park the money tidak akan menjadikan anda kaya. Firstly, kita lihat situasi di bawah.


Anda berumur 25 tahun, menabung di savings account bank maybank sebanyak RM500 sebulan sehingga umur 55 tahun (360 months savings), maka retirement funds anda adalah seperti berikut:

  1. savings account tadi: RM500X360= RM180,000
  2. Jika beliau ialah public servant, maka ditambah duit gratuiti dari kerajaan katela RM100,000
  3. Purata caruman KWSP di Malaysia ialah RM 114,000.

Jadi, retirement funds anda ialah = RM394 000. 
Anda rasa banyak? ok, cuba imagine inflasi tiap2 tahun sebanyak 2%. dan fikir balik berapa harga beras,ayam,minyak,bil air,electricity etc 30 tahun akan datang. 


Jadi, apa kita boleh buat ialah, save duit tadi di tempat y betul supaya duit tadi bekerja utk menggandakan dirinya sendiri. Ini dinamakan compounding interest atau compounding dividends, what Einstein calls the “8th wonder of the world.”.



Adakah ianya haram?  HARAM kalau anda salurkan ke investment vehicle berteraskan riba, pelaburan y menjanjikan pulangan tetap dan pelaburan y dilaburkan di tempat2 haram.


Sekarang di Malaysia, kita mempunyai banyak pilihan untuk menabung ke investment vehicles y shariah compliance.

  1. Tabung Haji - purata pulangan ialah 5.5% sejak 15 tahun lepas. link 
  2. Unit trusts y shariah compliance - pulangan 5-15% bergantung kepada pilihan unit trusts and Link: List shariah compliance unit trusts 
      3.  Akaun Mudharabah perbankan islam


ASB?? Rujuk bahagian akhir entri ini.



Jom kita bantu diri sendiri macam mana nak retire rich dengan menabung sebanyak RM 500 sebulan, selama 30 tahun.


1) Tabung Haji

Walaupun pulangan pelaburan (return on investment, ROI) hanyalah 5% historically, tetapi yang bestnya dengan Tabung Haji ialah duit y kita tengok kat bank statement tu adalah memang duit anda. Tabung Haji sudah keluarkan zakat. Dan kelebihannya juga ialah kita rasa lebih secure sbb dana Tabung Haji y besar =)

  • Current Principal = RM 0
  • Annual Addition = RM 500 sebulan X12 = RM6000
  • Years to grow = 30 years
  • Interest rate = 5.5%

So, Retirement Funds anda ialah RM 458,516.58, berbanding simpan di savings account bank biasa RM180,000.00. Nilai RM 458,516.58 ini tidak mengambil kira KWSP, wang gratuiti bagi public servant. Itulah the magic of compounding dividens! Duit anda pada tahun kedua semestinya lagi banyak dari tahun pertama. Jadi, bila capital besar, return pun besar! Pulangan pada tahun ke 30 semestinya lagi besar daripada pulangan pada tahun ke 10 disebabkan oleh capital sudah semakin besar due to kita tambah tiap2 bulan.

p/s: kalau anda dan isteri save setiap seorang RM500. maka, nilainya ialah RM 917,033.15. Perlu diingat, gaji anda jugak bertambah seiring usia. Jadi, tambahkan funds along the process. Tetapi teknik ini tidak akan berjaya jika anda selalu keluarkan duit tersebut.  


Retirement funds adalah utk kegunaan selepas bersara. bukan utk beli rumah, bukan utk beli kereta baru, bukan utk beli latest gadgets dan bukan juga utk bayar bil perubatan anda! Anda sepatutnya sudah dilindungi takaful utk tujuan perubatan! 



2) Unit trusts

Yang ni, kita kene study unit trust mana jadi pilihan. Memandangkan unit trusts ni lebih volatile berbanding dengan dengan Tabung Haji, dan ia jugak dipengaruhi demands menyebabkan harga seunit berubah-ubah. Jadi, peluang return jugak ada risiko. Sebab itu ia ada wide range of return iaitu biasanya 5-15% Namun, utk kurangkan risiko, kita boleh adaptkan teknik Dollar Cost Averaging (DCA). Iaitu beli tiap2 bulan, dengan nilai wang yang tetap. Contoh: RM 500 tiap2 bulan. Jadi, kita boleh compensate belian ketika harga seunit mahal.

Untuk contoh pengiraan retirement funds kita, kita amik pulangan 10% sahaja.

  • Current Principal = RM 0
  • Annual Addition = RM 500 sebulan X12 = RM6000
  • Years to grow = 30 years
  • Interest rate = 10%

So, Retirement funds kita ialah RM1,085,660.55 berbanding simpan di savings account bank biasa RM180,000.00. Nilai RM1,085,660.55 ini tidak mengambil kira KWSP, wang gratuiti bagi public servant.

Jika anda dan isteri buat benda sama: Retirement funds anda ialah: RM 2,171,321.10
Untuk jadi lebih macho, tingkatkan pelaburan along the process sbb gaji pun mesti naik,kan?

Soalan2 y perlu kita tanya sebelum beli unit trust


Anda boleh mengira compounding interest ni guna calculator online. Aku guna yang ni. Calculator

NB: ASB tidak dimasukkan dalam 3 tempat y boleh dilaburkan walaupun difatwakan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas sebab2 yang aku rasa sgt obvious. Ingat tujuan matlamat kewangan kita: jauhi penipuan, riba, gharar dan maisir. 

Klik link di bawah ni dan baca ikut urutan tersebut sebagai rujukan ASB. 

1) Perbincangan Hukum Pelaburan ASB
2) ASB & ASN Adalah Harus - Majlis Fatwa : Ulasan UZAR
3) Terkini Hukum ASB dan ASN 


Ok, selamat beramal! Pastikan anda gunakan retirement funds ini hanya selepas bersara! Itu rule of thumb utk retire rich! =)  
Retirement funds adalah utk kegunaan selepas bersara. bukan utk beli rumah, bukan utk beli kereta baru, bukan utk beli latest gadgets dan bukan juga utk bayar bil perubatan anda! Anda sepatutnya sudah dilindungi takaful utk tujuan perubatan! 


November 06, 2011

Kenapa insurans konvensional haram? PruBSN Takaful patuh shariah?

Salam wrt.

Aku ada menerima beberapa email dari kawan2 bertanyakan kenapa insurans konvensional haram dan kenapa pula sistem takaful disahkan patuh shariah? Dan PruBSN Takaful adalah salah satu daripada hanya 11 pengendali takaful berlesen dibenarkan beroperasi oleh Bank Negara dan diselia oleh Majlis Penasihat Shariah.


Link: Senarai pengendali takaful di Malaysia




Ini note ringkas y pernah aku buat utk kegunaan sendiri dulu berdasarkan buku Anda, Wang dan Islam tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kat bawah nanti aku attachkan links y aku rasa boleh menambahkan kefahaman.


INSURANS KONVENSIONAL
Insurans konvensional guna akad jual beli. Tapi dalam akad itu ada unsur gharar (tidak pasti) pada salah satu rukun jual beli iaitu barang y diniagakan. Rukun jual beli ialah penjual, pembeli, barang y dijual, harga y dibeli, sighah dan qabul.

Sebab utama insurans konvensional HARAM adalah RIBA. Jom kita telitikan kat bawah ni.


Wang adalah salah satu barang ribawi (usurious item). Jadi, apabila berurusan dgn barangan ribawi y sama jenis,ia mestilah terikat dgn syarat:
  1. Sama nilai
  2. Diserahkan semasa urusan jual beli dilakukan.

Jadi, perbezaan nilai disini ialah RIBA al fadhl. Sebagai contoh: dlm kontrak insurans konvensional, pencarum bayar RM150, tapi kalau berlaku musibah, dapat bayaran RM100k. Di sini nilai sudah tidak sama. Oleh itu RIBA Al-Fadhl.

Selain itu, berlaku juga jualan pembayaran bertangguh utk barang ribawi ini (wang) jadi RIBA An-nasiah. Jadi, dalam kes insurans konvensional, blaku riba ini kerana terdapat penangguhan iaitu bila berlaku musibah, barulah bayaran pampasan dibuat.

ulasan aku:
Oleh itu,mana2 insurans konvensional mmg xboleh lari dari riba. Paling kurang, mmg confirm riba an-nasiah. Ini belum lg bincang ttg di mana duit itu dilaburkn?pelaburan di tempat haram atau bercampur2, akan menjadikan return tu haram.



SISTEM TAKAFUL
Ok, dlm Takaful, aqad tukar kepada akad kontrak derma dan sumbangan. Pencarum saling menjamin antara satu sama lain. Jadi,tiada kontrak jual beli berlaku. So, xperlu jelaskan jumlah itu semasa serahan dan tidak terikat dengan rukun jual beli. Namun, utk memudahkan syarikat takaful ini, mereka gabungkan beberapa aqad.


1. Wakalah (wakil) dan tabarru (derma dan sumbangan).
- iaitu syarikat takaful dilantik sbgi wakil utk uruskan sejumlah wang y akan didermakan bg tujuan takaful kelak. Oleh itu syarikat takaful ambil upah atas kos pengurusan.
- disamping itu mereka ambil jugak upah utk melaburkan duit tersebut.


2. Tabarru dan mudarabah (serah duit kepada syarikat,utk dilaburkan)
-guna konsep tabarru iaitu lantik syarikat takaful jadi wakil dan aqad mudarabah ni bermaksud pencarum meletakkan wang dlm jumlah tertentu utk dilaburkan oleh syarikat takaful ke instrumen y halal dari segi shariah shj. Wang keuntungan pelaburan dikira milik pencarum bukannya milik syarikat (beza dgn konvensional). Tapi syarikat akan dpt percentage sptmana y dijanjikan dlm kontrak. 

Memandangkan konsep takaful ialah pencarum saling menjamin antara satu sama lain utk bagi sumbangan jika salah seorg pencarum kene musibah, jadi jika kekurangan wang takaful, syarikat induk akan bagi (qard hasan) pinjaman tanpa faedah utk tampung kekurangan itu.

ulasan aku:
- jika diperhatikan, perbezaan hanyalah pada aqad. Tapi aqad adalah plg penting dlm islam. Suami isteri jadi psgn halal disebabkan aqad. Kita jadi anak sah taraf pun disebabkan aqad nikah ayah kita dengan tok kadi dulu.
 

-ia juga bergantung kpd niat sistem itu diadakan. (Hadis pertama imam nawawi). Niat takaful diadakan ialah utk memastikan rakyat dunia moden ini mempunyai sistem perlindungan yang berlandaskan shariah islam. 



Jadual perbezaan sistem insuran konvensional dan sistem takaful.

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
 *diambil dari website ustaz zaharuddin abd rahman

Sumber: Insurans konvensional vs takaful
Download pdf file: insurans menurut perspektif islam
Link bagus: Beza insuran konvensional dan takaful

ulasan aku:
Pilihlah yang halal. Di dunia kita dilindungi, di akhirat kita tidak dibebani riba. =)


November 01, 2011

Rancang Wang Dari Sekarang

Salam wrt.

Entri ini ditulis sebagai nota utk diri sendiri dan serba sedikit ulasan mengenai buku yang dibaca bulan lepas bertajuk Rancang Wang Dari Sekarang tulisan Pakdi (Pakdi.net).


Bagi aku, perkara y paling penting dalam perancangan kewangan adalah keberkatan rezeki. Pernah aku mengikuti ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat y mengatakan keberkatan adalah salah satu benda ghaib y wajib dipercayai. Keberkatan di sini bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah s.w.t.  Jadi, pentingnya bagi aku untuk mencari buku y mengajar panduan kewangan mengikut cara islami. InsyaAllah, jika anda tercari2 buku y sedemikian, beli buku Pakdi ni. Ia merupakan starting point yang terbaik untuk pengurusan kewangan di Malaysia.


1. Kewangan secara menyeluruh
  •  Islam tidak pernah menghalang kita menjadi kaya dengan dalilnya seperti berikut:

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."  -al-Jumuah: 10-


  • Perbankan konvensional haram disebabkan oleh faktor riba dan juga tempat pelaburan dilakukan.
  • Zuhud itu bukannya bermaksud kena jadi miskin
  • Insurans konvensional juga haram kerana kontrak jual beli yang tidak jelas. Menurut Ustaz Zaharuddin dlm buku Anda, Wang dan Islam, terdapat unsur riba al-fadhl dalam insuran konvensional, iaitu tidak sama nilai antara duit caruman dan duit y diberi jika berlaku musibah, dan juga terdapat unsur riba an-nasiah iaitu bayaran bertangguh. Kini, kita sudah ada pilihan iaitu kontrak derma dan sumbangan yang digunapakai dalam sistem Takaful


2. Simpanan kewangan

  • Persoalan kita ialah berapa banyak y kita perlukan? Pakdi menyarankan simpanan kita adalah 10-30% dari gaji.
  • Tempoh simpanan y disarankan oleh Pakdi adalah 7 tahun perbelanjaan (84 bulan) berdasarkan pentafsiran mimpi Raja Mesir oleh Nabi Yusuf dan dalilnya adalah seperti berikut
  
"(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala- galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya".  -Surah Yusuf ayat 46-

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. -Surah Yusuf ayat 47-

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). -Surah Yusuf ayat 48-

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".  -Surah Yusuf ayat 49-


  •  Maksud 84 bulan perbelanjaan adalah contohnya gaji anda RM 2500. Tiap2 bulan anda habiskan RM2000 untuk perbelanjaan isi rumah. Jadi, perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2000. Bermakna anda kene menyimpan RM 2000 X 84 bulan = RM 168000 sebagai simpanan. Simpanan bulanan anda adalah RM2500-RM2000=RM500. Jadi, jika anda menyimpan sebanyak RM500 sebulan, untuk capai nilai RM 168000, anda perlukan 336 bulan iaitu 28 tahun!!
Pandangan peribadi aku ialah tidak perlu pun untuk simpan sampai 84 bulan perbelanjaan sebelum mula lakukan pelaburan. Cukup sekadar maybe 12 bulan perbelanjaan jika anda adalah pekerja kerajaan (Azizi Ali dan Western financial planners hanya mencadangkan 3-6 bulan perbelanjaan bagi orang y mempunyai gaji tetap.)


  • Gunakan konsep pay yourself first selepas dapat duit gaji. iaitu simpan 10-30% dalam bank terlebih dahulu sebelum digunakan utk perbelanjaan bulanan. Simpan di Tabung Haji, Akaun Mudharabah ataupun Wadiah biasa.
  • Gaji minus Simpanan equals to Perbelanjaan. (Gaji-Simpanan = Perbelanjaan)
  • Selepas cukup jumlah simpanan menyamai 84 bulan perbelanjaan (ataupun beberapa bulan perbelanjaan y kita rasa terbaik utk kita dan keluarga), barulah menceburi bidang investment. Jadi, kita sudah ada cover.


3. Perbelanjaan
  • Bayaran ansuran kereta sepatutnye maksimum 15% daripada gaji. (sekarang purata rakyat Malaysia spent 30-40% duit gaji untuk bayar kereta "besar" meraka. Ini belum termasuk maintenance, tol dan minyak
  • Pendekkan loan kereta kepada maksimum 3 tahun.
Secara jujurnya, aku rasa saranan ini amat tepat namun susah untuk diaplikasikan oleh fresh graduates y berpendapatan kurang dari RM 4000 sebulan unless one willing to compromise safety (beli kancil or viva).



4. Pelaburan
  • Capital gain (contoh: beli asset, tunggu harga naik, jual balik untuk dapat untung)
  • Cashflow (contoh: beli asset contohnya rumah, utk dpt pulangan sewa bulanan)
  • Pelaburan hartanah: flippers utk dptkan capital gain, manakala satu jenis pelaburan lain adalah dgn cara bagi sewa utk dapatkan cashflow


5. Lain2
  • Jangan jadi penjamin. 
  • Banyakkan sedekah (peruntukkan at least 5% dari gaji untuk bagi sedekah. paling senang adalah bagi kat tabung masjid hari jumaat). 
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." -al-baqarah ayat 261-




Selamat beramal ye kawan2 =)

Panduan Suami Isteri: Kupasan kitab Muhimmah oleh Ustaz Azhar Idrus

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Rahmat dan kasih sayangNya melangit luas xterhingga. Kerana kasihNya, kita hidup di dunia ini..


Sejak sebelum kahwin dulu, sgt tertarik dengan kupasan kitab Muhimmah. Cerita ttg golongan wanita yang Rasulullah temui ketika peristiwa Isra' dan Mikraj...Berkesempatan berkongsi dalam usrah kisah yang sgt berkesan di hati itu. seperti kisah itu, terkena batang hidung sdri.. dan sedar, betapa hina dan penuh dosanya diri ini.


Alhamdulillah, hari ini jumpa kupasan kitab Muhimmah oleh ustaz Azhar Idrus. Sgt suka cara penyampaian ustaz Azhar dan intipati ceramah-ceramahnya. Banyak ilmu2 yang sgt berguna utk menjadi a good Muslim. Oleh kerana terjumpa kupasan kitab Muhimmah oleh ustaz, teringin nk berkongsi dgn suamiku tercinta dan semua yang membaca...Moga menjadi iktibar utk kita membaiki diri utk menjadi wanita solehah dan isteri yang taat..aminn..

Di bawah adalah siri ke 5 ulasan kitab Muhimmah..Ada banyak lagi siri seterusnya... boleh you tube sahaja..Semoga Allah berikan syurga utk ustaz Azhar Idrus

Pageviews