November 06, 2011

Kenapa insurans konvensional haram? PruBSN Takaful patuh shariah?

Salam wrt.

Aku ada menerima beberapa email dari kawan2 bertanyakan kenapa insurans konvensional haram dan kenapa pula sistem takaful disahkan patuh shariah? Dan PruBSN Takaful adalah salah satu daripada hanya 11 pengendali takaful berlesen dibenarkan beroperasi oleh Bank Negara dan diselia oleh Majlis Penasihat Shariah.


Link: Senarai pengendali takaful di Malaysia




Ini note ringkas y pernah aku buat utk kegunaan sendiri dulu berdasarkan buku Anda, Wang dan Islam tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kat bawah nanti aku attachkan links y aku rasa boleh menambahkan kefahaman.


INSURANS KONVENSIONAL
Insurans konvensional guna akad jual beli. Tapi dalam akad itu ada unsur gharar (tidak pasti) pada salah satu rukun jual beli iaitu barang y diniagakan. Rukun jual beli ialah penjual, pembeli, barang y dijual, harga y dibeli, sighah dan qabul.

Sebab utama insurans konvensional HARAM adalah RIBA. Jom kita telitikan kat bawah ni.


Wang adalah salah satu barang ribawi (usurious item). Jadi, apabila berurusan dgn barangan ribawi y sama jenis,ia mestilah terikat dgn syarat:
  1. Sama nilai
  2. Diserahkan semasa urusan jual beli dilakukan.

Jadi, perbezaan nilai disini ialah RIBA al fadhl. Sebagai contoh: dlm kontrak insurans konvensional, pencarum bayar RM150, tapi kalau berlaku musibah, dapat bayaran RM100k. Di sini nilai sudah tidak sama. Oleh itu RIBA Al-Fadhl.

Selain itu, berlaku juga jualan pembayaran bertangguh utk barang ribawi ini (wang) jadi RIBA An-nasiah. Jadi, dalam kes insurans konvensional, blaku riba ini kerana terdapat penangguhan iaitu bila berlaku musibah, barulah bayaran pampasan dibuat.

ulasan aku:
Oleh itu,mana2 insurans konvensional mmg xboleh lari dari riba. Paling kurang, mmg confirm riba an-nasiah. Ini belum lg bincang ttg di mana duit itu dilaburkn?pelaburan di tempat haram atau bercampur2, akan menjadikan return tu haram.



SISTEM TAKAFUL
Ok, dlm Takaful, aqad tukar kepada akad kontrak derma dan sumbangan. Pencarum saling menjamin antara satu sama lain. Jadi,tiada kontrak jual beli berlaku. So, xperlu jelaskan jumlah itu semasa serahan dan tidak terikat dengan rukun jual beli. Namun, utk memudahkan syarikat takaful ini, mereka gabungkan beberapa aqad.


1. Wakalah (wakil) dan tabarru (derma dan sumbangan).
- iaitu syarikat takaful dilantik sbgi wakil utk uruskan sejumlah wang y akan didermakan bg tujuan takaful kelak. Oleh itu syarikat takaful ambil upah atas kos pengurusan.
- disamping itu mereka ambil jugak upah utk melaburkan duit tersebut.


2. Tabarru dan mudarabah (serah duit kepada syarikat,utk dilaburkan)
-guna konsep tabarru iaitu lantik syarikat takaful jadi wakil dan aqad mudarabah ni bermaksud pencarum meletakkan wang dlm jumlah tertentu utk dilaburkan oleh syarikat takaful ke instrumen y halal dari segi shariah shj. Wang keuntungan pelaburan dikira milik pencarum bukannya milik syarikat (beza dgn konvensional). Tapi syarikat akan dpt percentage sptmana y dijanjikan dlm kontrak. 

Memandangkan konsep takaful ialah pencarum saling menjamin antara satu sama lain utk bagi sumbangan jika salah seorg pencarum kene musibah, jadi jika kekurangan wang takaful, syarikat induk akan bagi (qard hasan) pinjaman tanpa faedah utk tampung kekurangan itu.

ulasan aku:
- jika diperhatikan, perbezaan hanyalah pada aqad. Tapi aqad adalah plg penting dlm islam. Suami isteri jadi psgn halal disebabkan aqad. Kita jadi anak sah taraf pun disebabkan aqad nikah ayah kita dengan tok kadi dulu.
 

-ia juga bergantung kpd niat sistem itu diadakan. (Hadis pertama imam nawawi). Niat takaful diadakan ialah utk memastikan rakyat dunia moden ini mempunyai sistem perlindungan yang berlandaskan shariah islam. 



Jadual perbezaan sistem insuran konvensional dan sistem takaful.

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
 *diambil dari website ustaz zaharuddin abd rahman

Sumber: Insurans konvensional vs takaful
Download pdf file: insurans menurut perspektif islam
Link bagus: Beza insuran konvensional dan takaful

ulasan aku:
Pilihlah yang halal. Di dunia kita dilindungi, di akhirat kita tidak dibebani riba. =)


1 comment:

Syazwan Salleh said...

tupa,boleh x ko letak contoh quotation org y penah amik prudential takaful ni?

Pageviews