November 24, 2011

Kenali Rasulullah melalui Hadis

Salam alaikum

Dalam usaha utk "memanjangkan umur dgn pena", aku create satu page dekat facebook.  Page ni diberi nama Kenali Rasulullah melalui Hadis. Aku akan update setiap hari. Iaitu Satu Hari, Satu Hadis. Hadis2 ini adalah sepertimana y direkodkan oleh Imam at-Tirmizi dalam buku Syamail Tirmizi membahagikan kpd 5 aspek kehidupan baginda (Fizikal, Perilaku, Ibadah, Kehidupan, Akhlak). 


Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya org y paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah org y paling bnyk berselawat kepadaku." 
Jadi, bacalah selawat: "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin". Maksudnya "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat beliau."
 




Buku ini dibeli di Jaafar Rawas, Kota Bharu bersama2 wife aku sbelum dia fly balik Manchester. Isi kandungan buku ini sgt bermanfaat sehinggakan aku rasa rugi jika umat Muhammad tidak memilikinya. Semoga usaha kecil ini diterima Allah sebagai amal jariah aku, isteri dan ibubapa kami. =)




Buku ini mengandungi 399 Hadis mengenai Nabi Muhammad SAW. Maksudnya page ini akan mengambil masa selama plg kurang 399 hari utk mengkhatamkan buku ni. =)

Kat bawah ni aku share entri page ini y pertama.
Fizikal Rasulullah: Hadis 1: Anas Bin Malik berkata, "Rasulullah bukanlah org y terlalu tinggi, namun bukan juga y terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih dan tidak juga sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Beliau diutuskan oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Beliau diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaaan tidak sampai 20 helai uban terdapat di kepala dan janggutnya." (Hadis sahih. Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Anas Bin Malik berkhidmat kpd Rasulullah selama 10 tahun, dan merupakan sahabat Rasulullah di Basrah y paling akhir meninggal dunia, 71Hijrah.



3 comments:

KHAIRUL said...

menarik2 . syamail tirmizi . buku yg saya pinjam dari kak dal dlu . harapnya dah dapat balik la =p

Latiffi N Dalila said...

Salam anam..haha..xtaula buku tu da kat mane. ni aku beli kat jaafar rawas. xpe2, wakafkan kat library. =)

KHAIRUL said...

aku rasa ada kat rumah muslimin . rumah budak2 pharmacy 2nd year sekarang . sebab last time aku bungkus sekali ngan buku2 aku yang diwakafkan kat situ =p sori bro.. haha..

Pageviews