Entri ini ditulis sebagai nota utk diri sendiri dan serba sedikit ulasan mengenai buku yang dibaca bulan lepas bertajuk Rancang Wang Dari Sekarang tulisan Pakdi (Pakdi.net).
Bagi aku, perkara y paling penting dalam perancangan kewangan adalah keberkatan rezeki. Pernah aku mengikuti ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat y mengatakan keberkatan adalah salah satu benda ghaib y wajib dipercayai. Keberkatan di sini bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah s.w.t. Jadi, pentingnya bagi aku untuk mencari buku y mengajar panduan kewangan mengikut cara islami. InsyaAllah, jika anda tercari2 buku y sedemikian, beli buku Pakdi ni. Ia merupakan starting point yang terbaik untuk pengurusan kewangan di Malaysia.
1. Kewangan secara menyeluruh
- Islam tidak pernah menghalang kita menjadi kaya dengan dalilnya seperti berikut:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." -al-Jumuah: 10-
- Perbankan konvensional haram disebabkan oleh faktor riba dan juga tempat pelaburan dilakukan.
- Zuhud itu bukannya bermaksud kena jadi miskin
- Insurans konvensional juga haram kerana kontrak jual beli yang tidak jelas. Menurut Ustaz Zaharuddin dlm buku Anda, Wang dan Islam, terdapat unsur riba al-fadhl dalam insuran konvensional, iaitu tidak sama nilai antara duit caruman dan duit y diberi jika berlaku musibah, dan juga terdapat unsur riba an-nasiah iaitu bayaran bertangguh. Kini, kita sudah ada pilihan iaitu kontrak derma dan sumbangan yang digunapakai dalam sistem Takaful
2. Simpanan kewangan
- Persoalan kita ialah berapa banyak y kita perlukan? Pakdi menyarankan simpanan kita adalah 10-30% dari gaji.
- Tempoh simpanan y disarankan oleh Pakdi adalah 7 tahun perbelanjaan (84 bulan) berdasarkan pentafsiran mimpi Raja Mesir oleh Nabi Yusuf dan dalilnya adalah seperti berikut
"(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala- galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya". -Surah Yusuf ayat 46-
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. -Surah Yusuf ayat 47-
"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). -Surah Yusuf ayat 48-
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". -Surah Yusuf ayat 49-
- Maksud 84 bulan perbelanjaan adalah contohnya gaji anda RM 2500. Tiap2 bulan anda habiskan RM2000 untuk perbelanjaan isi rumah. Jadi, perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2000. Bermakna anda kene menyimpan RM 2000 X 84 bulan = RM 168000 sebagai simpanan. Simpanan bulanan anda adalah RM2500-RM2000=RM500. Jadi, jika anda menyimpan sebanyak RM500 sebulan, untuk capai nilai RM 168000, anda perlukan 336 bulan iaitu 28 tahun!!
Pandangan peribadi aku ialah tidak perlu pun untuk simpan sampai 84 bulan perbelanjaan sebelum mula lakukan pelaburan. Cukup sekadar maybe 12 bulan perbelanjaan jika anda adalah pekerja kerajaan (Azizi Ali dan Western financial planners hanya mencadangkan 3-6 bulan perbelanjaan bagi orang y mempunyai gaji tetap.)
- Gunakan konsep pay yourself first selepas dapat duit gaji. iaitu simpan 10-30% dalam bank terlebih dahulu sebelum digunakan utk perbelanjaan bulanan. Simpan di Tabung Haji, Akaun Mudharabah ataupun Wadiah biasa.
- Gaji minus Simpanan equals to Perbelanjaan. (Gaji-Simpanan = Perbelanjaan)
- Selepas cukup jumlah simpanan menyamai 84 bulan perbelanjaan (ataupun beberapa bulan perbelanjaan y kita rasa terbaik utk kita dan keluarga), barulah menceburi bidang investment. Jadi, kita sudah ada cover.
3. Perbelanjaan
- Bayaran ansuran kereta sepatutnye maksimum 15% daripada gaji. (sekarang purata rakyat Malaysia spent 30-40% duit gaji untuk bayar kereta "besar" meraka. Ini belum termasuk maintenance, tol dan minyak
- Pendekkan loan kereta kepada maksimum 3 tahun.
Secara jujurnya, aku rasa saranan ini amat tepat namun susah untuk diaplikasikan oleh fresh graduates y berpendapatan kurang dari RM 4000 sebulan unless one willing to compromise safety (beli kancil or viva).
4. Pelaburan
- Capital gain (contoh: beli asset, tunggu harga naik, jual balik untuk dapat untung)
- Cashflow (contoh: beli asset contohnya rumah, utk dpt pulangan sewa bulanan)
- Pelaburan hartanah: flippers utk dptkan capital gain, manakala satu jenis pelaburan lain adalah dgn cara bagi sewa utk dapatkan cashflow
5. Lain2
- Jangan jadi penjamin.
- Banyakkan sedekah (peruntukkan at least 5% dari gaji untuk bagi sedekah. paling senang adalah bagi kat tabung masjid hari jumaat).
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." -al-baqarah ayat 261-
Selamat beramal ye kawan2 =)
1 comment:
a good review indeed
Post a Comment