November 09, 2011

Bersara sebagai jutawan - Retire Rich!

Salam wrt.

Bersara sebagai jutawan atau retire rich adalah salah satu cita2 aku. Problemnye skang ialah aku masih belum kerja pun.hehe..Takpe, insyaAllah Allah da caturkan y terbaik utk kami suami isteri. Kebanyakan kawan aku adalah tergolong dalam 3 golongan berikut: 1) baru bekerja. 2) fresh graduates 3) masih belajar. Jadi, most of them mempunyai lebih kurang 30 tahun sebelum bersara. So, aku nak share pelan ini supaya nanti dapat kita sama2 bersara sebagai jutawan ataupun retire rich. Yang paling penting, cara ini tidak memerlukan kita join MLM, jual produk, jual insurans mahupun bukak bisnes.


Ok, save your money! itu saja caranya. ya, anda baca dengan betul. save atau menabung. Masih tak percaya? Anda bijak! Menabung membabi buta tanpa study di mana tempat terbaik untuk park the money tidak akan menjadikan anda kaya. Firstly, kita lihat situasi di bawah.


Anda berumur 25 tahun, menabung di savings account bank maybank sebanyak RM500 sebulan sehingga umur 55 tahun (360 months savings), maka retirement funds anda adalah seperti berikut:

  1. savings account tadi: RM500X360= RM180,000
  2. Jika beliau ialah public servant, maka ditambah duit gratuiti dari kerajaan katela RM100,000
  3. Purata caruman KWSP di Malaysia ialah RM 114,000.

Jadi, retirement funds anda ialah = RM394 000. 
Anda rasa banyak? ok, cuba imagine inflasi tiap2 tahun sebanyak 2%. dan fikir balik berapa harga beras,ayam,minyak,bil air,electricity etc 30 tahun akan datang. 


Jadi, apa kita boleh buat ialah, save duit tadi di tempat y betul supaya duit tadi bekerja utk menggandakan dirinya sendiri. Ini dinamakan compounding interest atau compounding dividends, what Einstein calls the “8th wonder of the world.”.



Adakah ianya haram?  HARAM kalau anda salurkan ke investment vehicle berteraskan riba, pelaburan y menjanjikan pulangan tetap dan pelaburan y dilaburkan di tempat2 haram.


Sekarang di Malaysia, kita mempunyai banyak pilihan untuk menabung ke investment vehicles y shariah compliance.

  1. Tabung Haji - purata pulangan ialah 5.5% sejak 15 tahun lepas. link 
  2. Unit trusts y shariah compliance - pulangan 5-15% bergantung kepada pilihan unit trusts and Link: List shariah compliance unit trusts 
      3.  Akaun Mudharabah perbankan islam


ASB?? Rujuk bahagian akhir entri ini.



Jom kita bantu diri sendiri macam mana nak retire rich dengan menabung sebanyak RM 500 sebulan, selama 30 tahun.


1) Tabung Haji

Walaupun pulangan pelaburan (return on investment, ROI) hanyalah 5% historically, tetapi yang bestnya dengan Tabung Haji ialah duit y kita tengok kat bank statement tu adalah memang duit anda. Tabung Haji sudah keluarkan zakat. Dan kelebihannya juga ialah kita rasa lebih secure sbb dana Tabung Haji y besar =)

  • Current Principal = RM 0
  • Annual Addition = RM 500 sebulan X12 = RM6000
  • Years to grow = 30 years
  • Interest rate = 5.5%

So, Retirement Funds anda ialah RM 458,516.58, berbanding simpan di savings account bank biasa RM180,000.00. Nilai RM 458,516.58 ini tidak mengambil kira KWSP, wang gratuiti bagi public servant. Itulah the magic of compounding dividens! Duit anda pada tahun kedua semestinya lagi banyak dari tahun pertama. Jadi, bila capital besar, return pun besar! Pulangan pada tahun ke 30 semestinya lagi besar daripada pulangan pada tahun ke 10 disebabkan oleh capital sudah semakin besar due to kita tambah tiap2 bulan.

p/s: kalau anda dan isteri save setiap seorang RM500. maka, nilainya ialah RM 917,033.15. Perlu diingat, gaji anda jugak bertambah seiring usia. Jadi, tambahkan funds along the process. Tetapi teknik ini tidak akan berjaya jika anda selalu keluarkan duit tersebut.  


Retirement funds adalah utk kegunaan selepas bersara. bukan utk beli rumah, bukan utk beli kereta baru, bukan utk beli latest gadgets dan bukan juga utk bayar bil perubatan anda! Anda sepatutnya sudah dilindungi takaful utk tujuan perubatan! 



2) Unit trusts

Yang ni, kita kene study unit trust mana jadi pilihan. Memandangkan unit trusts ni lebih volatile berbanding dengan dengan Tabung Haji, dan ia jugak dipengaruhi demands menyebabkan harga seunit berubah-ubah. Jadi, peluang return jugak ada risiko. Sebab itu ia ada wide range of return iaitu biasanya 5-15% Namun, utk kurangkan risiko, kita boleh adaptkan teknik Dollar Cost Averaging (DCA). Iaitu beli tiap2 bulan, dengan nilai wang yang tetap. Contoh: RM 500 tiap2 bulan. Jadi, kita boleh compensate belian ketika harga seunit mahal.

Untuk contoh pengiraan retirement funds kita, kita amik pulangan 10% sahaja.

  • Current Principal = RM 0
  • Annual Addition = RM 500 sebulan X12 = RM6000
  • Years to grow = 30 years
  • Interest rate = 10%

So, Retirement funds kita ialah RM1,085,660.55 berbanding simpan di savings account bank biasa RM180,000.00. Nilai RM1,085,660.55 ini tidak mengambil kira KWSP, wang gratuiti bagi public servant.

Jika anda dan isteri buat benda sama: Retirement funds anda ialah: RM 2,171,321.10
Untuk jadi lebih macho, tingkatkan pelaburan along the process sbb gaji pun mesti naik,kan?

Soalan2 y perlu kita tanya sebelum beli unit trust


Anda boleh mengira compounding interest ni guna calculator online. Aku guna yang ni. Calculator

NB: ASB tidak dimasukkan dalam 3 tempat y boleh dilaburkan walaupun difatwakan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas sebab2 yang aku rasa sgt obvious. Ingat tujuan matlamat kewangan kita: jauhi penipuan, riba, gharar dan maisir. 

Klik link di bawah ni dan baca ikut urutan tersebut sebagai rujukan ASB. 

1) Perbincangan Hukum Pelaburan ASB
2) ASB & ASN Adalah Harus - Majlis Fatwa : Ulasan UZAR
3) Terkini Hukum ASB dan ASN 


Ok, selamat beramal! Pastikan anda gunakan retirement funds ini hanya selepas bersara! Itu rule of thumb utk retire rich! =)  
Retirement funds adalah utk kegunaan selepas bersara. bukan utk beli rumah, bukan utk beli kereta baru, bukan utk beli latest gadgets dan bukan juga utk bayar bil perubatan anda! Anda sepatutnya sudah dilindungi takaful utk tujuan perubatan! 


2 comments:

wardahku said...

Moga Allah jadikan kita kaya dgn iman yg kukuh dan barakah dunia akhirat agar dpt membantu ummah...amiiiinnn

Anonymous said...

bgus ni boh..tq2 .gud info

Pageviews