Salam alaikum..
Aku baru sahaja pulang dari pengebumian sedara aku, Ustaz Khaidir. Pemergian allahyarham ke alam barzakh pada usia y muda sungguh terkesan pada hati aku. Pelbagai soalan menerjah fikiran ketika menyaksikan urusan pengebumian.
"Bagaimana kalau aku ditakdirkan "pulang awal"? Cukupkah persediaan aku? Berapa banyak bekalan y aku ada?"
Maka, dengan umur yang berbaki ini, aku merancang. Merancang utk memanjangkan umur dengan pena, dengan blog mahupun dengan facebook. Semoga perkongsian y akan aku coretkan pada masa akan datang dapat mengirimkan pahala ketika keberadaan aku di alam abadi kelak.
Kisah Ustaz Khaidir
Allahyarham meninggal pada umur 40 tahun disebabkan kanser paru-paru. Sebelum itu, allahyarham sudah disahkan sembuh dan sudah menamatkan chemotherapy utk kanser usus. Namun, tidak sampai setahun allahyarham sihat seperti biasa, Allah memberi ujian lagi kepada hamba-Nya ini. Kali ini kanser telah metastasis ataupun merebak ke bahagian peparu dan seterusnya kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu
melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian
kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib
dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah
lakukan (serta membalasnya)." -Al-Jumu'ah: 8-
Kepulangan Ustaz Khaidir ke rahmatullah selepas beberapa hari di ICU KB meninggalkan seorang isteri, dan 3 orang anak y masing2 berumur 10tahun, 6 tahun dan 14 bulan. Allah.. Allah..
Sungguh sedih mendengar cerita anak2 allahyarham. Anak sulungnya pernah berdoa,
"Ya Allah,berikanlah peluang kedua kepada Walidku (panggilan utk ayah) ini..."
Anak kedua pula, mungkin kerana masih tidak faham apa y berlaku, langsung tidak menangis semasa melihat jenazah walidnya. Menangis umi aku mendengar anak kecil ini menuturkan kata2 berikut semasa pengebumian.
"Nanti walid keluarlah dari kubur ni utk jumpa Fahim selepas sembuh penyakit2 walid tu..." huhu..
Teladan buat kita yang masih hidup
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:
- Sedekah jariah.
- Ilmu yang berguna dan diamalkan.
- Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”
Jangan kita tangguhkan buat apa y kita mampu. Bagi yang sudah berkahwin, bolehla untuk kejar ketiga2 perkara di atas. Didiklah anak2 dalam acuan Islam. Banyakkan membaca tidak kiralah ilmu duniawi mahupun akhirat. InsyaAllah, mesti ada manfaat walau sekecil mana pun ilmu y baru dipelajari. Kadang2 kita je y pikir bende ni semua org dah tahu, so xpyh la share. Cliche! Bagi y belum berkahwin, ayuh jangan kita tangguh utk mengejar perkara pertama dan kedua.
"Memanjangkan umur dengan pena" -Latiffi Aziz-
"Memanjangkan umur dengan pena" -Latiffi Aziz-
No comments:
Post a Comment