December 06, 2011

Coretan rindu buat kekasih

Salam sayang. 

Happy birthday syg! Semalam dah nyanyi kat syg. Sedap ke tak, pasrah jela k. hehe..


Hari ni 6 Disember 2011, sudah 24 tahun syg berkelana di bumi Allah. Ini hari jadi kedua syg bergelar isteri abg. Walaupun berjauhan buat seketika, kita yakin ini ialah percaturan Allah y terbaik utk kita dan ganjarannya sedia menanti org y sabar. :-) 


24/7 2010: In love


Abg nak ucapkan terima kasih dan tahniah kerana menjadi isteri y baik dan taat. Abg selalu doakan syg dikurniakan syurga oleh Allah, diberi syafaat oleh Rasulullah dan mendapat keberkatan serta kesenangan hidup di dunia. Abg panjatkan syukur dikurniakan isteri y solehah.


Tinggal sebulan lebih lagi utk syg final exam. Follow jadual y syg dah buat tu. Nanti, join study circle ngan Teh dan Madihah, dan buat soalan2 mcm kita sama2 revise utk exam masa stay kat Whiteoak Court dulu. Abg ingat lagi kita pakai baju n jaket 4-5 lapis, socks tebal2, duvet lagi, sebab rumah Whiteoak Court tu groundfloor dan ada masalah insulation. Bila bills electric dan gas melambung 2,3 kali ganda, abg catu penggunaan heater dan blower. Kesian syg sebab time tu study leave utk exam. Duk dalam rumah pun cakap keluar asap! Huhu..Buat revision sama2 sambil mengigil2. Tapi syukur Alhamdulillah. Allah uji, kita sabar dan berdoa, kemudian Allah reward balik dengan result exams kita jadi lagi baik dari exams kita y lepas2. FYP abg pun cemerlang.


Hari ini tinggal 109 hari lagi utk kita disatukan semula. Abg yakin ujian sebegini menjadikan kita pasangan y lebih menyayangi dan memahami. Allah sahaja tahu betapa susahnya nak accommodate perbezaan masa 8 jam ni. Jam 1 pagi Malaysia, syg baru balik rumah dari hospital jam 5 ptg kat sana. Skype or webcam kejap, lepas tu abg tido. Abg bangun pagi, syg pulak nak tido. Kadang2 sempat skype kejap je.
InsyaAllah ada ganjaran dari Allah nanti. :-)


Ok syg, selamat hari lahir sekali lg. Nanti balik Malaysia, tuntut hadiah okay! Anything for you, sayang :-)


With Love,
Abang.


December 01, 2011

Hadis ke 8, Fizikal Rasulullah.

Salam alaikum.
Nak share sikit mengenai fizikal Rasulullah y diceritakan secara terperinci melalui sebuah hadis y direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam Kitab Syamail Muhammadiyah. Semoga kita antara y mendapat syafaat baginda kelak. Amiin. 

Link facebook page Kenali Rasulullah melalui Hadis 
 
 
Fizikal Rasulullah: Hadis 8: Hasan bin Ali berkata, "Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku y bernama Hind bin Abu Halah (Abu 'Abdullah) iaitu anak lelaki Khadijah bersama suaminya y terdahulu. Hind bin Abu Halah adalah seorang y banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi beliau. Inilah y dikisahkan oleh Hind:

Rasulullah adalah seorang lelaki y berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan y bersinar pada malam hari. Beliau lebih tinggi daripada org sederhana dan lebih rendah daripada org tinggi. Kepalanya besar.

Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, beliau membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai *froh. Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

Dahinya luas, alisnya panjang melengkung bagaikan busur panah y terpisah. Di antara kedua-dua alisnya, ada urat y kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidungnya ada cahaya y memancar, sehinggakan org tidak melihat betul2, akan menyangka hidung beliau lebih mancung daripada y sebenarnya.

Janggutnya tebal, kedua2 pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi, bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata, dadanya lebar, kedua2 bahunya bidang dan tulang sendinya besar. Bahagian dadanya y tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

Dan pangkal leher sampai ke pusat, bulu y tebal tumbuh seperti garisan. Kedua2 puting susu dan perutnya bersih. Kedua2 bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

Kedua2 ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua2 telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari2nya panjang, lekukan telapak kakinya (bhgn tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua2 kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

Apabila rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Beliau melangkah dengan mantap, berjalan dengan tenang dan tawadduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah2 beliau turun ke tempat y rendah. Apabila dipanggil, beliau akan memalingkan kedua2 bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah ke bawah. Beliau menundukkan kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dgn org lain, beliau y terlebih dahulu memberi salam. (Direkodkan Tirmizi)

*froh (mafroh) bemaksud rambut y hampir menyentuh dan tidak melebihi cuping telinga. Jika melebihi cuping, rambut itu dinamakan limmah.

November 24, 2011

Kenali Rasulullah melalui Hadis

Salam alaikum

Dalam usaha utk "memanjangkan umur dgn pena", aku create satu page dekat facebook.  Page ni diberi nama Kenali Rasulullah melalui Hadis. Aku akan update setiap hari. Iaitu Satu Hari, Satu Hadis. Hadis2 ini adalah sepertimana y direkodkan oleh Imam at-Tirmizi dalam buku Syamail Tirmizi membahagikan kpd 5 aspek kehidupan baginda (Fizikal, Perilaku, Ibadah, Kehidupan, Akhlak). 


Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya org y paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah org y paling bnyk berselawat kepadaku." 
Jadi, bacalah selawat: "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin". Maksudnya "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat beliau."
 




Buku ini dibeli di Jaafar Rawas, Kota Bharu bersama2 wife aku sbelum dia fly balik Manchester. Isi kandungan buku ini sgt bermanfaat sehinggakan aku rasa rugi jika umat Muhammad tidak memilikinya. Semoga usaha kecil ini diterima Allah sebagai amal jariah aku, isteri dan ibubapa kami. =)




Buku ini mengandungi 399 Hadis mengenai Nabi Muhammad SAW. Maksudnya page ini akan mengambil masa selama plg kurang 399 hari utk mengkhatamkan buku ni. =)

Kat bawah ni aku share entri page ini y pertama.
Fizikal Rasulullah: Hadis 1: Anas Bin Malik berkata, "Rasulullah bukanlah org y terlalu tinggi, namun bukan juga y terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih dan tidak juga sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Beliau diutuskan oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Beliau diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaaan tidak sampai 20 helai uban terdapat di kepala dan janggutnya." (Hadis sahih. Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Anas Bin Malik berkhidmat kpd Rasulullah selama 10 tahun, dan merupakan sahabat Rasulullah di Basrah y paling akhir meninggal dunia, 71Hijrah.



November 20, 2011

How to maximise your EPF (KWSP)

Salam alaikum

Nak share article y sgt bermanfaat. How to maximise your EPF y diambil dari majalah Personal Money issue August 2009. Majalah ni harga RM10. isinya sgt bagus. Azizi Ali cakap dalam dunia pelaburan ni, kita mesti selalu dapatkan updated info regarding how n when to invest. So, carilah ilmu, dan share lah kat kawan2. Ilmu mengenai kewangan ni best kita sebarkan sbb membawa kepada keberkatan rezeki. InsyaAllah :)



Basically die ckp suruh guna duit EPF ni. Laburkan supaya ia bertambah. Bukannya lying dormant macam tu je.. :)

Selamat membaca dan amalkannya =)  Klik utk download.



November 18, 2011

Simpanan Tabung Haji vs Medical Card

Kaedah Pengurusan Risiko.
Salam wrt. Apa khabar hari ini? Jika sihat, Alhamdulillah. Jom kita fikir sejenak, adakah 10, 20 atau 30 tahun akan datang kita masih sihat seperti hari ini? Sama-sama kita doakan kesihatan kita. Namun, kita tetap tidak dapat lari dari risiko2 sakit, accident mahupun meninggal dunia pada usia muda. Mati itu pasti, Al-Jumu'ah: 8.

Kita bekerja utk meneruskan kelangsungan hidup kita dan anak isteri. Apabila dikurniakan rezeki, Allah menyarankan kita dalam Surah Yusuf:46-49 untuk menyimpan sedikit daripada pendapatan kita utk kegunaan ketika menghadapi musibah contohnya sakit, accident ataupun kegunaan waris apabila kita mati.

Saya kongsikan pilihan2 y kita ada utk simpanan dana kecemasan sbg langkah pengurusan risiko di Malaysia:
  1. Tabung Haji
  2. ASB
  3. Akaun simpanan bank biasa (Al-wadiah savings)
  4. Akaun pelaburan (mudharabah)
  5. Medical Card



Kebiasaannya, di Malaysia kita menyimpan di Tabung Haji kerana dividennya dan faktor simpanan tersebut sudah ditolak zakat apabila cukup nisab dan haul. Manakala simpanan di ASB pula hukumnya syubhah dan simpanan di bank biasa pula memerlukan pengeluaran zakat di samping dividen y kecil.

Medical card pula jarang2 org Melayu fikirkan kerana pelbagai faktor antaranya “aku bukan selalu sakit, jadi ia merugikan!”. Ataupun disebabkan oleh lambat mendapat kesedaran, jadi apabila tahu kepentingan medical card, bayaran bulanan utk medical card sudah mahal (byrn bulanan bagi seorang berumur 30 semestinya lebih murah berbanding mereka y berumur 50 kerana risiko berpenyakit makin meningkat seiring umur)


Saya nak kongsikan jadual perbandingan dibawah dengan simpanan RM150 sebulan untuk pemuda berumur 25-30 tahun di antara simpanan di Tabung Haji dan Medical Card Prudential BSN Takaful.

1) Jadual Perbandingan Nilai Simpanan
Perkara
Tabung Haji (TH)
Prudential BSN Takaful (PruBSN)
Hukum pelaburan dan simpanan
Harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Wang keluar
RM 150 sebulan
RM 150 sebulan
Kelebihan atau manfaat
-Dividen 5% setahun
-Zakat sudah dikeluarkan
- RM 500 000 ialah nilai coverage pelan terendah medical card.
- Jika disahkan menghidap 36 penyakit kritikal, tidak perlu lagi bayar bayaran bulanan tersebut. Prudential akan tlg cover bayaran bulanan, byr bil rawatan anda dan bagi pampasan RM 15000
- Jika meninggal, waris dapat RM 30000
Boleh withdraw wang simpanan?
Boleh
Boleh, tetapi kena tinggalkn baki RM1000


2) Jadual Perbandingan Pengurusan Risiko
Risiko
Simpanan Tabung Haji
Medical Card Prudential
BSN Takaful
Risiko kehidupan di Akhirat
Hukumnya jelas difatwakan harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Hukumnya jelas difatwakan harus (tiada riba, gharar dan maisir)
Risiko sakit (contoh demam panas, patah tangan, accident, injured main sukan dan mcm2 penyakit kat luar sana)
Duit tabungan berkurang bergantung kepada:
-bil rawatan
-kelayakan doctor
-jenis hospital
Duit tabungan dalam akaun Prudential kekal
-bil rawatan dibayar
-rawatan doctor pakar
-di hospital pakar pilihan anda
-bukan “pay n claim” tetapi hanya perlu tunjukkan medical card. Hospital akan hubungi Prudential secara online. Tiada situasi “susah nak claim” di Prudential
Risiko sakit kena masuk hospital
-Tiada elaun
-Anda boleh pilih hospital kerajaan tetapi tiada jaminan rawatan secepat mungkin kerana jika memerlukan pembedahan, kena tunggu giliran.
-Sama dengan y di atas
-PruBSN Takaful bagi elaun hospital RM300 sehari (dpt cheque/cek)
-Rawatan y efisien
-Ahli keluarga senang dtg melawat
-Selesa
Risiko cedera biasa (contoh terkena minyak panas ketika memasak)
Duit tabungan berkurang lagi.
Bayar dulu bil rawatan, simpan resit, kemudian claim dengan Prudential
Risiko cedera kemalangan
-Hospital pakar mahal, so wang simpanan berkurang
-Hospital kerajaan kurang selesa
-PruBSN Takaful bayar bil rawatan.
-Lg best, dpt duit elaun hospital RM300 sehari (dpt cheque/cek)
Risiko pembedahan
-Duit simpanan dikeluarkan lagi
-PruBSN Takaful cover
-Dpt elaun pembedahan sehingga RM2500 (dpt cheque/cek)
Risiko menghidap 36 penyakit kritikal
Contoh: Penyakit jantung, Strok, Kanser,Alzheimer, Parkinson, buah pinggang
-Tiada pampasan
-Duit simpanan terpaksa dikeluarkan utk rawatan.
-Mungkin tidak cukup kerana kos sgt tinggi
-PruBSN Takaful bagi pampasan RM 15000
-PruBSN Takaful bayar bil rawatan sampai RM0.5Juta utk pelan paling rendah
Risiko Mati (nature death)
RM 0
RM 30000 diberi kpd waris
Risiko Mati kemalangan
RM 0
RM 60000 diberi kpd waris
Khairat kematian
-Guna duit simpanan tadi
PruBSN Takaful bagi RM2000
Coverage sampai bila?
Duit sendiri keluar sehingga anda mati
Coverage sehingga umur 70,80 atau 100 tahun bergantung kepada pilihan anda.
Anda tak sakit??
Alhamdulillah. Duit tidak berkurang
Duit kekal, dan dpt duit non-claim bonus! Maximum: RM500
*Nilai utk Medical card tersebut boleh dicustomize mengikut bajet anda dan penilaian risiko anda. 

Y lagi penting, bayaran bulanan RM150 utk Medical Card ni bukannya hangus. Ada portion y akan dimasukkn kedalam akaun savings anda selepas ditolak caj pengurusan Prudential. Jadi, disamping anda dpt coverage jika anda sakit, anda jugak pada masa y sama mempunyai wang simpanan y boleh anda withdraw pada bila2 masa.

Klik utk ke website rasmi tentang medical card ni.

Jangan kita gunakan duit simpanan utk bayar bil perubatan. Biar medical card tlg uruskan.


Untuk mereka y bekerja dengan syarikat2 besar, cuba teliti apa y mereka cover anda. Salah satu risiko yang confirm ada pada anda adalah seperti berikut, "Bil rawatan perubatan kakitangan syarikat XXX ditanggung sepenuhnya oleh syarikat baik XXX."

Namun, selepas anda disahkan menghidap penyakit kritikal ataupun hilang upaya, hakikatnya ialah anda sudah tidak akan dicover kerana status anda menjadi bukan kakitangan syarikat lagi kerana tidak produktif bg syarikat. Dan lebih malang, sudah tiada syarikat takaful yang mahu menerima permohonan anda ketika itu!  True story.


"An investment in your health pays the best interest. anddd invest it early for even more benefits!" --Latiffi Aziz--




Bacaan ringkas lain:
TakafulHealth2 PruBSN Takaful
Kenapa PruBSN Takaful patuh shariah manakala semua Insurans Konvensional adalah Haram?
Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Insurans Konvensional
Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Takaful

8 Langkah Pengurusan Wang y bijak dan sistematik: Blog Pakdi



November 17, 2011

Kenapa Kita Mesti Kaya dengan Cara yang Halal

Salam alaikum.

Nak share apa y Pakdi tulis mengenai 5 sebab kenapa kita mesti kaya dengan cara y halal. Keberkatan rezeki ialah sesuatu y kita cari. Kaya dunia dgn cara halal, insyaAllah kaya akhirat.



Semua orang mahu menjadi orang yang berharta. Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.

Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)

Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.


1. Tanda syukur kepada Allah swt
Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita. Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan cara yang halal adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberi. [al-Qasas:77]


2. Anak kunci syurga
Harta dari sumber yang halal perlu dizakat dan dibelanjakan di jalan Allah. Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang yang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Justeru, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]


3. Berkembang unik
Harta halal, melalui zakat dan sedekah dapat berkembang dengan cara tersendiri. Ini kerana zakat dan sedekah walaupun secara fizikal kelihatan ‘mengurangkan’ tetapi sebenarnya zakat dan sedekah menambahkan harta. Berbeza dengan harta haram, nampak banyak tetapi akhirnya susut dan mengecil. Sesungguhnya semua harta adalah milik Allah dan Dia memberi kepada kita dengan cara tersendiri. [al-Baqarah: 276]


4. Semakin banyak, semakin tenang
Harta yang halal, walaupun jumlahnya kecil tetap memberikan ketenangan dalam jiwa. Berbeza dengan mereka yang mengumpul harta melalui jalan riba, judi dan gharar, Allah swt mencabut ketenangan dari jiwa mereka. Lagi banyak mengumpul harta haram, lagi gelisah, gundah gulana dan semakin jauh dengan Allah swt. [al-Baqarah: 277]


5. Nabi saw juga orang kaya
Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes. Dari kecil sudah diajar berniaga. Menjadi rakan niaga Sayyidatina Khadijah ‘business woman’ ulung pada zamannya dan kemudian menikahinya dengan maskahwin 20 ekor unta (anggaran nilai seekor unta paling kurang bersamaan dengan 8 ekor kambing). Ketika Nabi saw mula menyebarkan Islam, bisnes Baginda diuruskan oleh sahabat bernama al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi. Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik menjadi kaya dengan cara yang halal.

… makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan? (Hadis dari Imam Muslim)

Selamat beramal. Jauhi penipuan, riba, gharar(ketidakpastian), dan maisir (judi).





November 14, 2011

Memanjangkan umur dengan pena

Salam alaikum..

Aku baru sahaja pulang dari pengebumian sedara aku, Ustaz Khaidir. Pemergian allahyarham ke alam barzakh pada usia y muda sungguh terkesan pada hati aku. Pelbagai soalan menerjah fikiran ketika menyaksikan urusan pengebumian. 

"Bagaimana kalau aku ditakdirkan "pulang awal"? Cukupkah persediaan aku? Berapa banyak bekalan y aku ada?" 


Maka, dengan umur yang berbaki ini, aku merancang. Merancang utk memanjangkan umur dengan pena, dengan blog mahupun dengan facebook. Semoga perkongsian y akan aku coretkan pada masa akan datang dapat mengirimkan pahala ketika keberadaan aku di alam abadi kelak.





Kisah Ustaz Khaidir

Allahyarham meninggal pada umur 40 tahun disebabkan kanser paru-paru. Sebelum itu, allahyarham sudah disahkan sembuh dan sudah menamatkan chemotherapy utk kanser usus. Namun, tidak sampai setahun allahyarham sihat seperti biasa, Allah memberi ujian lagi kepada hamba-Nya ini. Kali ini kanser telah metastasis ataupun merebak ke bahagian peparu dan seterusnya kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." -Al-Jumu'ah: 8-



Kepulangan Ustaz Khaidir ke rahmatullah selepas beberapa hari di ICU KB meninggalkan seorang isteri, dan 3 orang anak y masing2 berumur 10tahun, 6 tahun dan 14 bulan. Allah.. Allah..
Sungguh sedih mendengar cerita anak2 allahyarham. Anak sulungnya pernah berdoa, 

"Ya Allah,berikanlah peluang kedua kepada Walidku (panggilan utk ayah) ini..."

Anak kedua pula, mungkin kerana masih tidak faham apa y berlaku, langsung tidak menangis semasa melihat jenazah walidnya. Menangis umi aku mendengar anak kecil ini menuturkan kata2 berikut semasa pengebumian.  

"Nanti walid keluarlah dari kubur ni utk jumpa Fahim selepas sembuh penyakit2 walid tu..."   huhu..



Teladan buat kita yang masih hidup
 
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:
  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”

Jangan kita tangguhkan buat apa y kita mampu. Bagi yang sudah berkahwin, bolehla untuk kejar ketiga2 perkara di atas. Didiklah anak2 dalam acuan Islam. Banyakkan membaca tidak kiralah ilmu duniawi mahupun akhirat. InsyaAllah, mesti ada manfaat walau sekecil mana pun ilmu y baru dipelajari. Kadang2 kita je y pikir bende ni semua org dah tahu, so xpyh la share. Cliche! Bagi y belum berkahwin, ayuh jangan kita tangguh utk mengejar perkara pertama dan kedua.




"Memanjangkan umur dengan pena" -Latiffi Aziz- 
  



Pageviews