Hadis ke 8, Fizikal Rasulullah.
Salam alaikum.
Nak share sikit mengenai fizikal Rasulullah y diceritakan secara terperinci melalui sebuah hadis y direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam Kitab Syamail Muhammadiyah. Semoga kita antara y mendapat syafaat baginda kelak. Amiin.
Fizikal
Rasulullah: Hadis 8: Hasan bin Ali berkata, "Aku pernah bertanya
mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku y bernama Hind bin Abu Halah
(Abu 'Abdullah) iaitu anak lelaki Khadijah bersama suaminya y terdahulu.
Hind bin Abu Halah adalah seorang y banyak mengetahui sifat Rasulullah.
Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah
kerana aku mahu mencontohi beliau. Inilah y dikisahkan oleh Hind:
Rasulullah adalah seorang lelaki y berwibawa. Wajahnya cerah berseri
bagaikan rembulan y bersinar pada malam hari. Beliau lebih tinggi
daripada org sederhana dan lebih rendah daripada org tinggi. Kepalanya
besar.
Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya
terurai, beliau membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung
rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melepasi had
itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai *froh. Warna kulitnya putih
kemerah-merahan.
Dahinya luas, alisnya panjang melengkung
bagaikan busur panah y terpisah. Di antara kedua-dua alisnya, ada urat y
kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidungnya ada cahaya y memancar,
sehinggakan org tidak melihat betul2, akan menyangka hidung beliau
lebih mancung daripada y sebenarnya.
Janggutnya tebal, kedua2
pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi,
bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.
Bentuk
tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama
rata, dadanya lebar, kedua2 bahunya bidang dan tulang sendinya besar.
Bahagian dadanya y tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dan pangkal leher sampai ke pusat, bulu y tebal tumbuh seperti garisan.
Kedua2 puting susu dan perutnya bersih. Kedua2 bahu dan dada bahagian
atas berbulu halus.
Kedua2 ruas tulang tangannya panjang,
telapak kakinya lebar. Kedua2 telapak tangan dan kakinya terasa tebal,
jari2nya panjang, lekukan telapak kakinya (bhgn tengah) tidak menyentuh
tanah. Kedua2 kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan
kesungguhan. Beliau melangkah dengan mantap, berjalan dengan tenang dan
tawadduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah2 beliau turun
ke tempat y rendah. Apabila dipanggil, beliau akan memalingkan kedua2
bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah ke bawah. Beliau menundukkan kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.
Apabila bertemu dgn org lain, beliau y terlebih dahulu memberi salam.
(Direkodkan Tirmizi)
*froh (mafroh) bemaksud rambut y hampir
menyentuh dan tidak melebihi cuping telinga. Jika melebihi cuping,
rambut itu dinamakan limmah.
No comments:
Post a Comment