December 23, 2011

Fadhilat Surah Al-Kahfi

Bismillahhiramanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah...



Muharam sudah tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirai keberkatannya. Berlalu sudah sebulan tanpa kita sedari. Bersempena dengan hari yang mulia,saiyyidul aiyam, hari jumaat yang penuh barakah, ayuh kita sama-sama muhasabah kembali banyak dan berkualitikah amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini di pandangan mata Allah yang Maha Agung.

Atau kita banyak terperangkap dengan kesibukan duniawi. Dunia, adalah tempat untuk mencari bekalan. Untuk bercucuk tanam agar hasilnya dapat dinikmati di dunia sana kelak. Maka, lakukanlah setiap kerja anda seharian dengan niat untuk mencari redha Ilahi. Semoga pekerjaan itu mendapat keberkatan.

Mari kita jadikan hari Jumaat ini sebagai hari kita membersihkan kembali minggu kita ini dengan amalan-amalan yang mulia.

  
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

 Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)


Antara amalan saranan pada hari jumaat ialah membaca surah Al-kahfi. Oleh itu, ingin berkongsi fadhilat-fadhilat Surah Al-kahfi berdasarkan hadis. 


1. Dari  Abu Sa'id Al-Khudri RA, Nabi Muhammad SAW bersabda :

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Ertinya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq. Diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Alban.




2. Manakala dari  Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:


 مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ



Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.



3. Selain itu, aku masih ingat lagi, Ustazah Fauziah Sani, ustazah pengajianku dan mama, di Perlis asyik menekankan muslimat pengajiannya menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah Al-Kahfi. Tercatat dalam hadis bahawa sesiapa yang menghafal 10 ayat dari surah Al-Kahfi nescaya akan terselamat dari fitnah dajjal ketika menjelang ajalnya.


Oleh itu, mari kita jadikan surah ini amalan kita. Kalau ada dikalangan kita sibuk, dan tidak sempat baca, download bacaan Surah Al-Kahfi bacaan imam-imam yang terkemuka seperti Syeikh Sudais(sebab saya suka  bacaan Syeikh Sudais), aatau Imam-imam Masjidil Haram yang lain, atau ustaz-ustaz Malaysia pun ada. Download dalam Mp3. On the way untuk pergi ke kelas atau ke tempat kerja, boleh pasang dan dengar.


Wallahhu 'alam

Warm wishes
Dalila





No comments:

Pageviews