Salam alaikum..
Entri ni aku tulis last few days. Tapi belum publish. So malas lah nak edit. Jom layan, zasss..
Aku baru balik dari Terengganu semalam, tapi tidur lambat jugak sebab skype dgn wifey utk tlg dia plan apa nak beli shopping boxing day di Manchester nanti. Pagi ni, catch up baca entries bloggers y aku follow. Pastu dapat idea lepas tengok klip video Dave Ramsey, US financial counsellor y famous dengan buku Total Money Makeover.
Aku baru balik dari Terengganu semalam, tapi tidur lambat jugak sebab skype dgn wifey utk tlg dia plan apa nak beli shopping boxing day di Manchester nanti. Pagi ni, catch up baca entries bloggers y aku follow. Pastu dapat idea lepas tengok klip video Dave Ramsey, US financial counsellor y famous dengan buku Total Money Makeover.
Erti Sedekah bagi Financial Gurus
Aku kagum and a bit surprised selepas baca buku2 western financial gurus y turut menekankan keperluan bersedekah. Kita tidak hairan jika orang Islam nasihatkan kita untuk bersedekah. Ini disebabkan keyakinan kita y sedekah dapat menyuburkan rezeki. Antara dalil al-Quran y wajib kita percayai ialah al-Baqarah 245 dan 261.
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (al-Baqarah: 245)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui." (al-Baqarah: 261)
Robert T Kiyosaki dan Dave Ramsey sudah menjadi financial coaches kepada ramai jutawan di dunia ini. Kalau Robert Kiyosaki, dalam buku Rich Dad Poor Dad dan Cashflow Quadrants, dia sangat menekankan US citizens utk keluar dari The Rat Race, iaitu kerja kuat utk dapat paychecks dan duit tersebut digunakan utk bayar bills dan loans y akhirnya tinggal sedikit sahaja utk kegunaan sendiri, apatah lagi nak build own wealth. Dan dalam Chapter 8: Getting Started, nasihat ke 10 dari Robert Kiyosaki ialah tentang the necessities of being charitable. Rich Dad ajar beliau "if you want something, you first need to give" dan character Rich Dad dalam buku ni boleh kita teladani. Rich Dad selalu bagi derma kepada badan2 kebajikan dan rumah agama jika dia short of money. Kita pula bagaimana ye?
Dave Ramsey pula menekankan Debt-Free Life. Beliau famous dgn teknik debt snowball y banyak menimbulkan kontroversi. Tapi somehow, aku macam setuju dengan teknik beliau. Beliau juga menasihatkan benda sama iaitu beri sumbangan kepada non-profit organisations supaya wang y kita ada, terasa lebih bermakna. Mereka orang bukan beragama Islam memandang tinggi sedekah kerana sedekah menyuburkan rezeki mereka. Tetapi, kita orang Islam lagi bertuah. Selain dapat kesenangan dunia, InsyaAllah reward Allah menanti kita di alam sana. Dan itulah y lebih utama buat kita. =)
Aku tertarik dengan tulisan ringkas Pakdi dalam Majalahniaga. Sangat mendalam maknanya.
"Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima. Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali."
Imam as-Sayuthi pula menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
- Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
- Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
- Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
- Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
- Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
Anda ingin bermula? Aku cadangkan satu website y aku dapati dari Majalah Solusi Isu 34. Iaitu derma kepada pembinaan Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah. InsyaAllah y ni bukan scam. Dan pahalanya insyaAllah lasts for generations, selagi bangunan ini digunakan utk melahirkan tokoh2 agama dan hafiz al-Quran. Then, pahala akan compounding lg dengan ilmu2 y diajar oleh agamawan tersebut. InsyaAllah.. Klik sini utk website tersebut.
Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan menikmati syurga Allah di akhirat kelak. =)
No comments:
Post a Comment