December 25, 2011

Mana nak cari RM 50,000 atau RM 500,000?

Salam alaikum.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Medical Card Prudential umi aku dah sampai. 2 minggu je Prudential BSN Takaful process Medical Card dan polisi ni. So selepas ini, aku sudah tidak risau (dari segi kewangan) jika umi sakit. Boleh terus pergi Hospital KPJ Pakar Perdana, KB untuk dapat rawatan pakar dan insyaAllah hospital y selesa utk beliau recover.  

Matlamat utama medical card ini ialah utk menyediakan dana berjumlah RM 50,000 setahun dan lifetime limit sebanyak RM 500,000 bagi tujuan bil perubatan dan rawatan umi aku.




Impian aku ialah, jika umi aku sakit, aku mahukan rawatan y terbaik daripada Pakar Perubatan dan keselesaan utk beliau recover. Aku sanggup bayar berapa puluh ribu sekalipun bagi memastikan impian tersebut dicapai. Manalah tahu ini harga y perlu aku bayar sebagai tiket ke syurga. So, aku kena cari jalan. Tetapi disebabkan aku masih early 20s, duit pun tak ada, so aku tak dapat memastikan impian tersebut dicapai jika umi aku sakit dalam masa terdekat ini. Kita tak pernah tahu bagaimana percaturan Allah kepada kita.

Aku belum ada RM 50 000 ni dalam tangan bagi tujuan pembayaran bil rawatan ibu bapa. Satu perkara y aku tahu ialah syarikat Prudential BSN Takaful ada wang tersebut dan ianya syarikat y boleh dipercayai berdasarkan track record di sini, syarikat insurans pertama mencapai RM 1 Billion sales di Malaysia dan pengalaman kawan2. (contoh: schoolmate aku ayah dia kena stroke, dua kali operate, Prudential bayar semuanya).


Memandangkan umur umi dah 50s dan sudah covered utk khairat kematian dan elaun hospital dari insurans lain, so Medical Card Prudential y aku suggest utk umi adalah y paling basic, supaya bayaran bulanannya murah. Matlamat utama ialah mahukan funds sebanyak RM 50, 000 setahun dan RM 0.5 juta sepanjang hidup beliau, jika sakit y perlu warded ke hospital.


Secara ringkas, aku nak share sedikit apa benefits y umi aku dapat:


Manfaat Pertama: Medical card 
1) Cover bil perubatan sehingga RM 500, 000 utk sepanjang hidup umi utk semua jenis penyakit.
2) Yearly limit utk pelan y umi amik ini ialah RM 50,000 utk semua jenis penyakit jika warded.
3) Coverage bil rawatan sebanyak RM 2000 per accident jika accident kecil y tidak perlu warded (contohnya jatuh di bilik air or terkena minyak panas).
4) Kalau tak sakit sepanjang tahun, dapat Non-Claim bonus RM100. 

Manfaat Kedua: Perlindungan
1) Jika umi meninggal sebelum umur 80, anak2 dapat RM 10,000 (sedikit sahaja sebab umi dah covered dgn amount lain oleh insurans lain)
2) Jika umi meninggal accident RM 20 000.


Manfaat Ketiga: Savings
1) Projected earnings by umur 70 ialah minimum RM 10,000 (kalau return on investment hanya 2%). Jadi, takdelah burnt semua duit y dibayar tiap2 bulan.


Jadi, mendapatkan perkhidmatan Medical Card Prudential BSN Takaful menjadi salah satu cara utk mewujudkan funds sebanyak RM 50 000 utk kegunaan bil rawatan umi. Aku juga memilih cara ini utk kegunaan sendiri, isteri dan anak2 nanti supaya aku rasa lebih terjamin. Y penting, kita berusaha mengawal risiko. Dan beli takaful tanpa RIBA =)

Baca sini utk mendapatkan benefits y sama.





9 comments:

abang ensem said...

Congrats Beb..

Latiffi N Dalila said...

thanks bro. perghh.. the legendary abang ensem comment kat blog aku.. terharu2.. hehe.. =)

Ahmad Ghazawi Abdul hamid said...

Berapa monthly fee ni beb...

Latiffi N Dalila said...

monthly fees bergantung kepada umur, jantina, pekerjaan dan status merokok.

umur makin banyak, makin tinggi bayaran bulanan.

kerja y berisiko contohnya drilling engineer, mahal sikit bayaran bulanan berbanding kerja pejabat.

perokok pula harga tinggi sedikit dari non-smokers.

Latiffi N Dalila said...

utk clients y umur 25-45, selalunya amik dari range RM150-240 utk dapat complete benefits manfaat 3 in 1.

eli said...

tak pernah terfikir nak ade insurans tapi bila dah baca entri ni nampaknya kena la ade lepas ni.

Latiffi N Dalila said...

kita beli insurans hanya sbgi lgkh mengurus risiko. kalau Allah tentukan saya sakit sekarang, saya mmg tak ada RM50,000. So, bile beli insurans, kita confirm ada dana sbnyk at least RM50,000 utk bayar bil rawatan pada bila2 masa kita sakit.

bg saya, saya doakan supaya diri sendiri dan clients xperlu gunakan pun medical card ni. nikmat kesihatan tu tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Unknown said...

sha interested specially bab2 takaful yg islamik tu

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bagaimana pandangan saudara dengan penjawat awam yang bekerja di hospital?perlukah medical card sebab they all easily got a chance to see a specialist..

Pageviews