December 26, 2011

Boxing Day

Salam alaikum..

Hari ni 26 November 2011, hari Boxing Day di UK!!..Aku asyik duk BBM dengan wifey aku y masih berada di Manchester. Kitorang duk bincang worth it ke tak beli itu dan ini. Biasalah orang perempuan ni, dorang suka tanya pendapat suami walaupun nak makan apa utk tengah hari..Apatah lagi hari ni shopping boxing day. Baguslah, dapat keberkatan di situ. Aku suke isteri aku tanya macam2. Tak tahu lah orang lain macam mana..Hehe..






Apa y istimewa sangat Boxing Day ni?

Boxing Day ni dibuat sehari lepas Christmas. Y aku faham bukan orang bertinju. Tapi disebabkan dorang beli berkotak2 barang murah. So Boxing Day laah! Kalau di Manchester, kedai bukak seawal 6 pagi utk buat jualan murah. Orang datang memang ramai gile. Sebab memang harga murah kadang2 boleh capai 90% off! I miss Manchester..huhu.. cuba bayangkan sale macam tu di Topman, Next, Perfume Shop, CK dan macam2 lah.. Wifey aku cakap dia dah sampai tahap ribu ringgit shopping hari ni. Adoiii.. Takpelah, final year kat sana tahun ni. To be exact, 89 hari je lagi! =)


 
Apa aku beli utk Boxing Day hari ni?

Tahun lepas mmg banyak habis duit shopping sbb final year aku kat sana. Macam2 beli. Untuk tahun ni, aku tak tahu lagi apa y wifey aku belikan utk hubby dia. Aku rasa gift sets perfume lah biasanya murah sangat2. Dan shirts or ties. Tu aku punya wishlist. Hehe.. 

Tapi utk diri sendiri, aku baru beli 4 buah buku baru. Sangat murah sempena Boxing Day hari ni. Buku2 tersebut ialah:


1) The Millionaire Next Door [Paperback] by William D Danko
2) The Total Money Makeover [Hardcover] by Dave Ramsey
3) Who Moved My Cheese [Paperback] by Spencer Johnson
4) Your Money or Your Life [Paperback] by Joe Dominguez


Inilah y aku rindu negara penjajah, England. Buku2 tersebut aku dapat beli dengan harga £18.50 sahaja including postage. Iaitu bersamaan dengan less than RM 90. Apa2pun syukur Alhamdulillah kerana Allah kurniakan masa selama 4 tahun utk aku hidup di sana. Kalau kita bersyukur, Allah tambah lagi kurnia-Nya, InsyaAllah.. 



When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith. (Al-Baqarah: 152)






No comments:

Pageviews