December 08, 2011

Kesilapan dalam merancang kewangan peribadi

Salam alaikum

Entri ini nak share mengenai kesilapan dalam merancang kewangan peribadi melalui penelitian dan pembacaan saya. Mungkin ini betul dan mungkin juga salah.

Anda mesti pernah melihat situasi ini ataupun sendiri mengalaminya. 2 orang rakan sekerja y mempunyai pendapatan isi rumah y sama, tetapi by umur early 40s, kita dapat lihat perbezaan pemilikan assets dan kestabilan kewangan. Penyebab utamanya ialah silap merancang kewangan ketika baru memasuki alam pekerjaan.


Kesilapan dalam merancang kewangan peribadi:-




1. Beli kereta y tidak sepatutnya

Kini seolah2 trendnya ialah kawan2 baru kerja beli kereta loan 9 tahun, dengan bayaran 1/3 gaji (maximum y bank benarkan). Contoh: kerja sebagai pegawai dgn gaji RM 3600. Beli kereta Honda Civic dgn bayaran bulanan sebanyak RM1200 sebulan. Ingat, kereta ialah liability y harganya berkurang sebanyak 25% right after anda bawak keluar dari kedai. Dan tiap2 tahun depreciate lagi sebanyak 10% setiap tahun! Let alone tolls, fuels and maintenance!

Selain itu, jika ini berlaku kpd anda, anda akan bermasalah utk memiliki asset pada usia muda. Ini kerana kebiasaannya, bank punye loan calculation ialah bergantung kepada commitment bulanan anda (dikenali sebagai debt service ratio - DSR). DSR ini mestilah kurang daripada 1/3 gaji utk lulus next loan (ada bank y lebih lenient). Jadi, anda perlu menunggu next 9 years utk apply loan baru contohnya loan rumah. Sebab itu saya letakkan perkara ini pertama dalam list kesilapan dalam merancang kewangan peribadi.

Tetapi ini mungkin tidak relevant utk pekerja y memerlukan selalu jumpa clients. Sebab kereta mahal menunjukkan credibility dan professionalism serta boost kita punye confidence.



2. Tiada Reserves Fund

Reserves Fund ini digunakan utk hal2 kecemasan seperti kereta tiba2 rosak, siling atau bilik air leaking, laptop kene beli baru dan sebagainya. Reserves Fund ini bertindak sebagai cover utk risiko2 y kita tak boleh pindahkan kepada institusi lain (berbeza dgn bil perubatan sbb takaful boleh cover). Pakdi dlm bukunya Rancang Wang Dari Sekarang menyarankan kita menyimpan sehingga 84 bulan perbelanjaan. Namun, saya lebih setuju utk menyimpan sebanyak 3 kali nisab zakat, bersamaan dengan lebih kurang RM 32000 jika anda berada di Selangor kerana kadar nisab selangor 2011 ialah RM10650 (nisab zakat semasa check sini).

Azizi Ali, Robert Kiyosaki dan ramai western financial experts y lain menyarankan 6 bulan perbelanjaan isi rumah. Ini terpulang kepada anda. Y penting, ada Reserves Fund. Tiada reserve fund menyebabkan anda menggunakan kad kredit y sangat mahal interestnya iaitu lebih 17.5% setahun (untuk perbandingan, Tabung Haji memberi dividens hanya 5 % utk simpanan anda). Kad kredit ni banyak memberi keburukan berbanding kebaikan (ada cerita di point ke-5). Jadi, kad kredit = kesilapan dalam merancang kewangan y kedua.




3. Tiada strategi utk bayar loan rumah

Kebanyakan dari kita beli rumah, buat loan 20-30 tahun. Lepas tu, ramai org y pasrah membayar tiap2 bulan sehinggalah habis 30 tahun tersebut. Sebenarnya most of bayaran utk the first few years hanyalah untuk bayar interest, bukannya principal (jumlah pinjaman sebenar anda). Jadi, kene pastikan loan y kita buat benarkan kita bayar lebih dari amount bulanan y ditetapkan oleh bank. Supaya kita dapat cepat kurangkan nilai principal, seterusnya mengurangkan interest dikenakan dlm jangka panjang. 

Contoh utk mudahkan calculation (amik interest 10% walaupun rate semasa ialah about 5%): 
  • Rumah dibeli dgn loan RM100k (principal). Interest 10% utk 20 tahun. Jumlah sebenar bayaran ialah RM230k (principal + interest). Jadi, interest ialah RM130k! 
  • Monthly commitment selama 20 tahun = RM 965
  • RM 965 tadi sebenarnya bayar interest sahaja pada tahun2 pertama. Utk pastikan kita allocate sikit duit utk bayar principal, kita sepatutnya membayar lebih sedikit dari RM965 ni. Contoh, klu kita bayar extra RM135, kita boleh selesaikan loan tersebut hanya dalam masa 14 tahun!! Jimat 6 tahun beb. Cuba darab RM 965 X 6 X 12. Itulah nilai anda jimat. Jadi, kita cuba elak kesilapan dalam merancang kewangan peribadi ini.


4. Tiada takaful atau salah membeli produk takaful. Juga terlebih insurans (over-insured!)


"Insurance is a fabulous financial tool and a great armour for defense. It is beneficial only when used correctly. No other financial product is as misunderstood as insurance."  (Azizi Ali)


Keluarga saya sendiri salah beli produk insurans dan juga tergolong dalam golongan y dimanipulasi (baca: ditipu) agent insurans. Bayangkan abah saya membeli 9 produk insurans!! Yes, Sembilan! Lagi menyedihkan semuanya produk riba insurans konvensional dan tiada medical card pun! Kini, saya berjaya kurangkan kepada hanya 4 insurans untuk keluarga saya dan mendapat balik wang sebanyak RM 36000.  Rugi tu memang lah rugi. Sebab dah lama bayar. Tapi, kami bincang fikirkan setiap bulan masih lagi kene bayar. Dan confirm2 pulak tu haram disebabkan riba. So, itulah keputusan y kami fikir bagi less damage for us, InsyaAllah.


Secara ringkasnya, ini sebab kenapa kita beli perlindungan takaful:
  • Medical Card - supaya kita dapat pindahkan risiko membayar puluhan mahupun ratusan ribu bil perubatan kita kepada pihak ketiga iaitu dana tabarru' takaful. Kita mahu insurans y terus bayar bil rawatan kita secara online. Bukannya pay n claim. Perbandingan medical card vs simpanan tabung haji.
  • Perlindungan - ini sekiranya kita mati atau hilang upaya, berapa jumlah wang y kita tinggalkan untuk keluarga utk permulaan hidup baru ataupun menyelesaikan hutang kita? Tahukah anda loan rumah y beratus ribu itu pun dapat diselesaikan dgn insurans y digelar MRTA atau MLTA? (insyaAllah entri akan datang)
  • Simpanan - di luar sana, ada insurans y menyebabkan duit kita hangus jika tiada tuntutan. Jadi, tanya ejen, di mana caruman kita pergi, berapa percentage utk savings dan berapa projected earnings . Lagi bagus, tanya mcm mana sistem nk tengok berapa savings anda sekarang. 

Yang saya tahu, hanya beberapa pengendali takaful sahaja y memberi pelan 3 in 1 ini. Dan masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Beli insurans ni adalah teknik pengurusan risiko kita. Jadi, kita sendiri y perlu tentukan takaful mana y nak dibeli, bukannya terpengaruh dgn kawan2. Semua y keluar paper mintak bantuan utk tujuan rawatan tu tidak pernah tahu y suatu hari nanti, mereka perlukan insurans. Yg lebih penting, medical card! Jadi, kita jadikan teladan, jangan buat kesilapan dalam merancang kewangan sendiri sebegini. 

Sini saya nak share berdasarkan software SQS 1.8.6 Prudential. Beli umur 25, harga RM150. Dan y penting kekal macam tu sampailah kita tua. Kalau beli selepas umur 45, utk dapat coverage sama, anda perlukan at least RM270 sebulan. Klu anda pernah warded, mungkin sudah tidak layak memohon. Klik sini




5. Pilih perbankan konvensional

Apa-apapun dalam mslh kewangan, kita mahukan keberkatan rezeki. Duit dan harta sepatutnya menjadi jalan sehala utk ke syurga. Cuba check di mana anda simpan, labur, atau pinjam wang. Jika di institusi konvensional, cepat2 buat u-turn. Ingat, pengamal riba seolah-olah mengisytiharkan perang dgn Allah dan Rasul (Al-baqarah: 278).

Selain takutkan azab Allah dan tak mahu kekal dalam neraka disebabkan riba, kita tahu bank konvensional itu menindas. Kredit kad konvensional menindas kerana interestnya y tinggi. Dan jika terlambat bayar lagi, interest tadi ditambah dgn hutang sedia ada, akan kemudiannya dikenakan interest lain lagi sekali. Ianya bersifat compounding. Sama jugak dengan loan rumah konvensional. Kalau y guna interest rate flexi berdasarkan Base Lending Rate (BLR -/+), nilai interest ini tiada ceiling ataupun cap. Tahun 1997, BLR 13% kot. Maha tinggi, sebab tu banyak rumah kene lelong. Klu guna perbankan islam utk finance loan, Base Financing Rate (BFR) ada cap. Jadi, boleh reduce the damage la masa ekonomi down. Walaupun diakui perbankan islam masih belum perfect, namun saya rasa masa inilah kita boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi islam dengan cara beri support ke arah jalan y baik. Semoga Allah terima amalan kita ini dan menambahkan keberkatan rezeki. :-)


P/S: Ini pendapat peribadi saya. Yang kurang tepat, mintak tolong betulkan di ruang komen kat bawah. Sama2 belajar, sama2 remind each other. :-)







9 comments:

:.leha.: said...

ske aku bce entry ko nih.alhamdulillah,setakat ni keja aku mmg xbeli kete lagi sbb keje mmg xpakai kete sgt pon.lgpn bnyk pblc trnspot even u yg aku kje pon sediakan bus utk dtg kje.hehe.save kt ctu.tp aku da beli umah.nasib baik ko ade cte psl bayar lebih dr ape yg yg kne bayar.okay,nnt aku nk apply ape yg ko ajar tp bape nilai lebihan yg kne tambah tu eh?cmne calculation die? dlu mse ak amik loan umah pon,org loan tu ade ckp better bli umah dlu dr kete sbb loan yg lepas dr nilai gaji adelah 60% dr gaji bersih evry month.so if da bli umah,lehla adjust nk pakai kete ape ikut baki dr loan umah.so no need to wait for several years utk bli kete.lgpn loan yg aku amik tu da sediakan insurans MLTA mcm ko ckp tula.so klu mati mmg xyah smbg bayar dh. 1 more thing,aku pon da amik insurans under prudential takaful ni,dah setahun gakla.ak ske sbb die ade saving skali n medical card tp aku add on 50rgt/month utk saving shj.bagus sbb die flexible. Alhamduliilah,stakat ni sume okla.aku rse pas bce ko pnye entry ni rse cm lega sbb maybe perancangan kewangan aku ni btolla kot kan?hehe..thanx a lot for ur info=)
oh lpe nk ckp,klu amik loan umah better amik islamic loan sbb mcm ko ckpla,interest rate die xkn berubah,tp lawyer's fee die mahal sketla.tu je..goodluck!=)

Latiffi-Nurdalila said...

Tahniah Leha! Style kot beli rumah dulu baru beli kereta. Dan ko pun dah cover utk life uncertainties. Aku rasa ko antara 2 org kawan y aku jumpe y dah beli rumah pada usia 24. kawan aku sorg lg beli landed property kat KL, dan beli inspira n myvi utk isteri dia. Murah betul rezeki dia. Doakan aku jgk lepas ni. :)

ok back to the question. pandangan aku, xperlu bebankan diri bayar banyak sgt sebenarnya. sbb perlu jgk save duit utk beli next property. as long as consisten pay extra per month. dlm contoh tadi, loan rm100k, azizi ali suruh bayar extra rm135 permonth je. tu pun dah jimat 6 tahun bayaran berjumlah rm69480. utk aku sendiri, maybe aku akan allocate rm100-200 extra. y kene faham ialah duit y extra tu lah y bayar hutang sebenar. y bayaran bulanan tu bayar interest. sakit hati kan taktik bank ni?hehe.. btw, ko beli rumah area mana?

Latiffi-Nurdalila said...

dan ada jugak jenis loan y xbenarkan kita bayar extra. biasa lah bank kan kapitalis. keje nak maximise profit dgn duit kita je..

y aku tahu,klu guna akad kontrak Al Bai Bithaman Ajil utk pembiayaan perumahan dalam perbankan islam (di sesetengah bank sahaja), dorg tak terima prepayment as a method to pay principal. Jadi, pentingnya kita baca Letter of Offer (LO) selepas application utk loan lulus.

sebenarnya ade 6 cara utk pay off your housing loan in a double quick way.. dan cara plg effective ialah combined all those six. stay tuned.. :)

:.leha.: said...

hmm hmm cmne eh?aritu mse discuss dgn lawyer die ade ckp,kalau nk pay extra evry month lg bgus tp kne inform bank awl2la..then die ckp klu nk pay extra boleh tp jgn cut years bnyk sgt smpi tggl 5 years je,xbebaloi ble nk jual balik umah.aku pon xfaham sgt.aku agree je.haha.aku beli area perak sbb still murah so nnt coming years mybe 20 taun lg untungla klu nk jual balik sbb tmpt aku beli tu fevret area jugak.strategi weh strategi.haha.

waa,6 ways xsabar nk bace!cpt wat next entry!and aku sentiasa doakan kawan2 aku murah rezki,dun worry rezki ko ade nnt.insyaAllah..skg aku tgh kumpul duit kawen plak.haha!doakan ktorg okeh=)

:.leha.: said...

satu lg,bank ni mmg pandai.die macam ni tau,kalau ko pinjam 100k utk rumah dan dah tambah interest die sebenarnye ade calculation lain yg menyebabkan loan actual ko adelah 2x ganda dr harga rumah selepas campur interest.memang macam tu.loan rumah tak sama dengan kereta so memang tekejutla bila loan ko da approve then tgok jumlah sebenar loan tu.sebab ni islamic loan,so die bukan mcm konvensional yg kte pinjam duit die then bayar balik tetiap bulan.die macam die tlg belikan rumah tu utk kte 1st,then kte beli balik dekat die dgn harga yg lebih tinggi.betolkan aku kalau aku silap.ini dr ape yg aku faham..=)

Latiffi-Nurdalila said...

haah. aku pn paham mcm tu. bank islam dia guna akad jual beli (sale and buy back agreement).

bank konvensional guna akad pinjaman hutang (loan facility agreement). riba terhasil dari interest y dikenakan atas hutang. y tu haram, kategori riba ad-duyun. tapi tidak dlm bank islam sbb kita beli dari bank, bank beli dari pemaju. Ada firman Allah pengharaman riba dan halalnya jualbeli (al Baqarah : 275).

loan jadi double sbb camni. bank ade calculation utk predict future market value rumah ko tu at the end of loan tenure. jadi,safe to say lepas abis byrn loan ko selepas 20-30 tahun tu, harga rumah ko adalah AT LEAST SAMA (selalunya lebih) dgn jumlah bayaran ko. Y penting, property ni kalis inflasi. value rumah naik lg tinggi dari rate inflasi. jadi, kita xrugi pun. :)

words to ponder: "More than 90 percent of World's Millionaire either Made or Parked their Money in Properties"

wakif said...

entry yang menarik!

Sha said...

thanks for sharing

manalah nak dpt rumah rm 100 k kt kl ni kan?

Rose Anna Moore said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

Pageviews